sape suka kuih cara manis..? utk minum petang tadi..yang garing2 hangit tu akak punya taw..😆😆
RESEPI KUIH CARA MANIS
BAHAN A:
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1/2 cawan santan pekat
3. 1 biji telur
4. 3 sudu minyak masak
5. 1 1/2 cawan air daun pandan
6. sedikit garam
7. sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
gula putih(untuk inti )
BAHAN C:
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak
CARA-CARANYA:
campurkan semua BAHAN A dan blender sehingga sebati.
ambil acuan kuih cara dan panaskan di atas dapur gas.sapukan minyak..sapu sahaja ..bukan tuang yer..sapu guna BAHAN C (ikat elok2 daun pandan tu).
bila acuan panas,tuangkan bancuhan tadi ke dalam acuan ,jangan terlalu penuh sebab nanti jadi masalah bila nak isi gula kat tengah2..masukkan BAHAN B bila lapisan bawah telah masak/mengeras(boleh nampak perbezaannya bila buat)..
tutup dengan tudung periuk dan masak sehingga lapisan atas sudah tidak melekat bila disentuh..
ulang proses yang sama sehingga siap..tindihkan lapisan satu sama lain bila kuih telah sejuk..
nota :pastikan api kecil sahaja sebab acuan kuih cara cepat panas..
Kredit Resepi: Rasidah Ahmad
Sumber :
Resepi Memikat Suami
Video 👇
No comments:
Post a Comment