Saturday, 30 September 2017

Wanita maut selepas terjun dari tingkat 11 Flat Hang Tuah



Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 11 Flat Hang Tuah di ibu negara petang tadi.

Menurut saksi, dalam kejadian sekitar  jam 4 petang itu difahamkan mangsa telah bertindak memanjat sebuah kerusi yang terletak di laluan koridor tingkat berkenaan sebelum bertindak terjun.

Wanita berkenaan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat cedera parah di bahagian kepala.

Mangsa yang dikatakan berusia 28 tahun itu dipercayai tinggal di tingkat satu flat berkenaan.

Motif tindakan wanita terbabit kini masih disiasat.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.


Cara yg betol ketika workout utk mengelakkan kecederaan otot

Cara yg betol ketika workout utk mengelakkan kecederaan otot...🙂














Resepi Kerabu pucuk paku dan kerang

Bahan2
1 ikat pucuk paku(celur)
taugeh semangkuk (celur)
kerang(rebus dulu)
5@6 biji bwg merah kecik
2 sudu besar kerisik
cili padi
belacan
garam
pati santan
-tumbuk@kisar kering cili padi dgn belacan
-kacau cili kisar, kerisik n bwg merah dlm besen besar
-masuk kerang kacau2 sebati, masukkan garam sikit
-masuk pucuk paku n taugeh yg dicelur td
-kacau rata.. masukkan pati santan dlm 2@3 sudu besar
-kalau apa yg kurang blh tambah ikut selera masing2
Selamat Mencuba 

kredit resepi ini kepada Zaimah Zakaria‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Pesan Terakhir Untuk Ibu


"Arwah anak berpesan suruh saya simpan kelapa kerana dia mahu mengadakan kenduri akikah anak keduanya sebaik sampai di kampung. Tetapi hari ini, kami menerima pemergiannya bersama suami dan dua anak," kata Rahmah Daud, 75, ibu kepada Raizuamira Daud, 31, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 52 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Paloh, Gua Musang, hari ini.

Kemalangan jam 7.15 pagi itu, Raizuamira menaiki kereta jenis Proton Wira bersama suami, Zainuddin Anuar, 30, dan dua anak, Nur Annisa Sofea, 2, serta Zayyan Nazreel Zainuddin berusia 13 hari maut di lokasi kejadian.

Kemalangan berlaku apabila sebuah treler muatan beras yang dipandu, Ismail Mohamad Zain, 31, dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta dinaiki empat beranak itu.

Rahmah berkata, anaknya itu tinggal di Sepang dan mahu berpantang di kampung selepas melahirkan anak kedua.

Katanya, anaknya ada menghubungi sebanyak dua kali pada jam 11 malam semalam, sebelum bergerak pulang ke kampung.

"Saya tidak sempat menjawab panggilan itu sebelum mengetahui anak sekeluarga maut dalam kemalangan pagi tadi.

"Kali terakhir saya bercakap dengan anak selepas dia bersalin anak kedua kira-kira 13 hari lalu. Dia memberitahu sudah selamat bersalin dan mahu pulang berpantang ke rumah pada hari Jumaat serta mahu dua ekor kambing untuk akikah bayinya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Derpah, Pasir Mas, hari ini.

Menurutnya, anak bongsu daripada sembilan beradik itu sangat gembira kerana mendapat anak lelaki dan tidak sabar untuk membuat kenduri kesyukuran yang dijangka dibuat selepas dia pulang ke kampung.

Katanya, namun hasrat untuk buat kenduri kesyukuran itu tidak kesampaian.

"Saya reda dengan kejadian ini kerana dugaan daripada Ilahi untuk saya sekeluarga.

"Jenazah anak, menantu dan dua cucu akan dikebumikan dalam dua liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Sangkut," katanya. — with Mohd Ferdaus Osman.



Friday, 29 September 2017

Kain Skirt Termasuk Ke Dalam Escalator


MIRI.

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kain skirt bajunya termasuk Escalator yang berlaku di Bintang Mega Mall dekat sini sekitar jam 5 petang ini. Nasib baik beliau sempat menekan button "stop" yang berada disebelah kiri Escalator tersebut.

Hati-hati kepada wanita yang memakai kain panjang ketika naik Escalator di Mall, kalau boleh angkat sedikit kain ketika berada di Escalator.



Resepi Rendang Pedas Kerang

3kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi

Bahan kisar

5 biji bawang merah ros
2biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inchi halia
1inchi lengkuas
1inchi kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong

10tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus

Santan - 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus

Cara cara
1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan - biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping - renih sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam

Kredit: daporchefgarang






Dipanggil sebagai Otonamaki, terapi pelik itu ternyata semakin popular dan tular di negara ‘matahari terbit’ tersebut, meskipun mungkin kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah kalangan kita.

Anda sanggup membalutkan diri anda sendiri dalam kain putih yang diikat rapat seumpama pocong sehingga anda pula sukar bergerak ke mana-mana, selama 20 minit?

Percaya atau tidak, itulah kaedah terapi baharu yang kini menjadi tular dan ‘trending’ di Jepun, serta dikatakan boleh mengurangkan masalah postur dan kekejangan otot, lapor stesen penyiaran antarabangsa BBC.

Dipanggil sebagai Otonamaki, terapi pelik itu ternyata semakin popular dan tular di negara ‘matahari terbit’ tersebut, meskipun mungkin kelihatan agak mengerikan bagi sesetengah kalangan kita.

Ia bukan sahaja tentunya membuat sesiapa sahaja berasa sukar untuk bernafas, malah kaedah terapi aneh itu boleh dikatakan seperti babak hantu pocong dalam aksi filem seram Nusantara!

Menurut BBC, terapi Otonamaki diilhamkan daripada amalan Ohinamaki, iaitu bayi dibalut dengan kain putih dengan cara yang sama untuk membantu dalam pembangunan fizikal mereka.

Setiap sesi Otonamaki dijalankan sekitar 20 minit sahaja dan hanya kain tipis yang digunakan agar pelanggan tersebut dapat bernafas dengan selesa ketika mereka berada lama di dalamnya.

“Ia tampak sempit tetapi tidak rasa sempit langsung. Selepas sesi, saya rasa bahu dan belakang tubuh lebih selesa,” kata seorang pelanggan berusia 40-an tahun yang mendapatkan khidmat itu dari syarikat Kyoko Proportion.

Seorang lagi pelanggan yang enggan didedahkan namanya pula berkata kepada BBC bahawa beliau berasa begitu selesa hingga hampir terlena sebelum dikejutkan petugas yang membuka ikatan kain berkenaan.

Namun, ada sesetengah netizen yang mengakui menerusi media sosial tempatan bahawa kaedah terapi luar biasa itu tampak agak menakutkan dan kelihatan pula seperti babak ngeri dalam filem seram.

Orie Matsuo dari Kyoko Proportion memberitahu BBC, bahawa Otonamaki membolehkan otot-otot di bahagian pinggang, kaki dan bahu pada pelanggan mereka untuk menjadi lebih fleksibel.

Namun, Visvanathan Ravi, ahli fisioterapi kanan di Hallmark Physiotherapy berkata, jika seseorang berada di kedudukan seperti itu lebih dari 30 minit, mereka akan mengalami masalah tulang belakang.

Beliau juga malah berkata kepada BBC, bahawa orang ramai dinashatkan supaya tidak menjalani terapi berkenaan kerana bimbang risiko komplikasi sampingan yang lain.











KUCING dan IKAN



Hawa : Assalamualaikum..mak.
Ni ikan yang emak pesan, nak letak kat mana.?

Ibu : Seekor letak bawah tudung saji, seekor lagi letak je dalam pinggan atas meja.

Hawa : Baik mak.

Tak lama selepas tu datang seekor kucing makan ikan di atas meja. Si ibu hanya melihat sambil tersenyum.
Datang si Hawa lalu terkejut..😳

Hawa : Ibu.!! Kucing makan ikan atas meja, kenapa ibu tak halau.

Ibu : (sambil tersenyum) Kenapa nk halau..??

Hawa : Ye..lah, kucing makan ikan yang Hawa beli tu.

Ibu : Biarkan lah, Hawa yg tak tutup ikan tu, bukan salah kucing. 
Dia nampak *"rezeki",* jadi dia makan lah.

Hawa : Ibu yang suruh letak mcm tu atas meja, Hawa ikut je..hhmmmmmmm.

Ibu : Hawa, ibu saja je nk suruh Hawa letak ikan mcm tu, kucing tu pun ibu yg bagi masuk.

Hawa : Tapi kenapa..??

Ibu : Dalam hidup ni kita dibagi pilihan. Tapi apa pilihan yang kita ambil, itu kita yg tentukan.

Hawa : Hawa tak paham lah ibu.

Ibu : Kucing itu seperti lelaki (sambil melihat kucing yg tgh sibuk mkn..nyum nyum) dan ikan itu pula ibarat Hawa.

Hawa : Hahahaha..tapi apa maksud ibu..??

Ibu : Hawa beli 2 ekor Ikan, seekor ada bawah tudung saji, elok tak terusik pun oleh kucing, nampak pun tak.
Seekor lagi yg tengah sedap di ratah kucing. Nak marah kucing tu pun tak boleh jugak sebab Hawa yg letak terdedah macam tu. Hawa, Hawa anak ibu selama ini ibu lihat Hawa berpakaian ketat, tudung jarang² pakai.
Hawa sedar tak yg banyak mata lelaki memerhati yang cuba ambil peluang untuk *"meratah"* Hawa. Andai takdir Hawa seperti ikan yg diratah kucing itu, ibu marah *"kucing"* yg dah meratah pun tak guna sebab Hawa sendiri tak jaga apa yang sepatutnya Hawa jaga. Masa tu Hawa sesal pun dah tak guna.
Hawa: Ibuuu 😔..
Ibu : Ibu tak nak marah anak ibu sebab anak ibu syurga ibu, jadi ibu tunjuk dengan cara ni, ibu harap Hawa paham apa yg ibu nk tunjukkan.
Kita kaum wanita, kalau tak jaga diri dan kehormatan diri, jangan marah kalau ada yang ambil kesempatan sebab kita yg bagi peluang.

Hawa : Ibu..maaf kan Hawa sebab buat ibu sedih, mulai hari ini, Hawa akan berubah.
Sebab Hawa nak ke syurga Allah dengan ibu..
Sayang ibu..





Wednesday, 27 September 2017

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP



Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat

Bahan tumis:
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa

Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal

Cara-cara:
Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong..
  
Sumber: Saya Suka Masak





Resepi Ikan keli goreng berlada


Bahan2
Bwg merah
Bwg putih.
Cili padi
Cili hijau besar
Cili merah besar
Semua bahan ini ditumbuk kasar

Ikan keli digaul garam kunyit dan digoreng

Asam limau kasturi
Garam dan gula
Cara2
Tumis bahan tumbuk hingga garing,masukkan garam dan gula,perah air limau kasturi,siap dan boleh lah dituang keatas ikan yg digoreng td
Sumber: Saya Suka Masak







Tuesday, 26 September 2017

RESEPI NASI ARAB POWER


Bahan untuk nasi:
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis:
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam: ( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)

1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:
3 in halia
2 biji kunyit hidup ~ guna yg serbuk pun ok
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.

Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)

Credit to: Naimah Md Ludin (resepi)
Credit Video to : NasiArabAzriman

Credit to FB Lentik Dara Penang









Kejam, Suami isteri bunuh, makan 30 orang Satu pasangan di wilayah Krasnodarsky, selatan Russia, ditahan selepas mengaku membunuh dan memakan sekurang-kurangnya 30 orang sejak 18 tahun lalu.

Kejam, Suami isteri bunuh, makan 30 orang

Satu pasangan di wilayah Krasnodarsky, selatan Russia, ditahan selepas mengaku membunuh dan memakan sekurang-kurangnya 30 orang sejak 18 tahun lalu.

Difahamkan, polis sudah menemui sekurang-kurangnya lapan anggota tubuh manusia dan sedang memeriksa rumah mereka bagi mencari bukti lain, termasuk anggota tubuh manusia.

Lelaki berkenaan yang dilaporkan media tempatan dikenali sebagai Dmitry Bakshaev, 35, memberitahu polis kegiatan kejamnya itu bermula sejak 1999.

Menurut Daily Mail, portal berita Russia, Mash, melaporkan isteri lelaki itu, Natalia, 42, seorang jururawat dan mereka digelar ‘keluarga kanibal’.

Pasangan itu ditahan selepas polis menemui gambar seorang lelaki bersama anggota tubuh manusia dalam telefon yang ditemui.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Russia yang mengendalikan jenayah berat Russia, Dimitry dan isterinya menyimpan anggota tubuh manusia dalam peti sejuk dan peti sejuk beku serta di ruang bawah tanah.
Antara anggota tubuh manusia yang ditemui di ruang bawah tanah pasangan itu ialah milik seorang wanita yang mayatnya ditemui di tepi jalan di Krasnodar pada 12 September lalu..

Pekerja pembersihan menemui telefon bimbit berkenaan pada hari yang sama dan menyerahkannya kepada polis.

Dimitry dan isterinya mengaku melakukan jenayah itu ketika soal siasat.

Media tempatan menyiarkan gambar Dimitry bersama seorang wanita berusia 35 tahun yang tidak dinyatakan nama serta hubungan dengan Dmitry namun menurut sumber siasatan, wanita itu dipercayai mangsa terbaru.

Polis menemui tujuh anggota tubuh manusia sejuk beku dan pasangan itu juga mengawet anggota tubuh dalam balang kaca seperti jeruk. Turut ditemui 19 bukti dipercayai kulit manusia.

Polis turut menemui satu beg plastik berisi akesori wanita.

Antara gambar yang ditemui di rumah pasangan itu ialah kepala manusia dalam pinggan dihiasi hirisan limau bertarikh 28 Disember 1999.

Pasangan itu dipercayai menggunakan dadah untuk ‘menidurkan’ mangsa sebelum membunuh dan melapah mereka.



Monday, 25 September 2017

KUAH ROJAK SEDAP



Bahan2.

- Cili api 10 biji 
- Kicap 1cawan 
- Sedikit belacan
* blend bahan diatas..
- Satu cawan cili sos 
- 1 cawan gula
* masak bahan diatas sehingga pekat..

- Kacang tanah goreng tanpa minyak buang kulit..,tumbuk atau blend..
(Kacang tu elok goreng sendiri baru fresh..klu yg beli tu dh x rangup sgt ya..)

P/s : Cili api tu kalau nk pedas lg blh tambah..,kalau x nk pedas blh kurang...
- Bila nk mkn tabur kat atas..,nk campur terus pon blh..

Selamat mencuba..

Kredit : Air Tangan Ibu









Dunia Mistik Anak Kerak

Anak kerak atau Anak Krok, dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan (salai) oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini kerana, ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu, semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.
Anak kerak ini biasanya dibeli dari Tok Cha siam atau Tok Bomoh. Popularnya di Malaysia area Kelantan dan Kedah. Terdapat beberapa grade (semakin kuat semakin mahal). Tujuanya pelbagai, biasanya digunakan untuk pelaris (sehingga menutup kedai-kedai orang lain), pengasih, pendinding (kebal, kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain. Popular juga orang menggunakan anak kerak ini untuk bermain nombor ekor dan mahu cepat kaya. Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah ditapakan dan dibentukkan ke dalam acuan dijadikan patung kecil lalu dimasukkan ke dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu memilikinya. Manakala grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan dan dibalut kain kuning.

Orang yang beli anak kerak ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya kena beri MAKAN kepada anak kerak ini. Kalau tidak diberi makan maka akan mengamuklah anak kerak ini terhadap tuannya. Anak kerak yang paling "power" dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh. Mereka menggunakan beberapa "bodypart" (anggota/panca indera) janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka Tok Bomoh boleh tahu dengan menggunakan "bodypart" seperti mata janin disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm "spycam".

Tanda Diganggu Anak Kerak
  • Pada yang boleh melihat alam ghaib boleh mengenal pasti Anak Kerak ini, kulitnya kekuningan, kepala botak , mulut air liur meleleh2 dan mata merah. 
  • Diruqyah tidak mendatangkan kesan
  • Tanda gangguan dalam sedar - Seperti sihir biasa, susah hendak dikesan ianya dari angkara Anak Kerak. Kadangkala terperasan dihujung mata kelibat paras lutut melintas.
  • Tanda ketika tidak sedar - kerasukan yang sangat keras dan adakala akan menyebut SUSU, IBU, EMAK bilamana anak kerak itu telah hampir tewas.
Pesanan Dari Kami !!!!
Sesungguhnya perbuatan ini adalah HARAM dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya kerana esok nak mati susah!!! Benda ini perlu DIWARISKAN dan menjadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. Sekali silap sampai bila-bila anda akan menderita. Bahkan anak cucu yang tidak mengetahuinya juga bakal menderita.
Wallahualam.. 



Sunday, 24 September 2017

Bomoh cabul tiga pelajar


BINTULU: Seorang lelaki direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan tiga pelajar perempuan termasuk dua beradik, antara awal bulan ini hingga semalam.

Suspek yang juga bomoh berusia 60 tahun itu ditahan selepas bapa dua beradik itu mengheretnya ke Balai Polis Bintulu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa ketiga, iaitu pelajar Tingkatan 5 berusia 17 tahun memberitahu perbuatan bomoh itu kepada bapanya.

Sebelum itu, suspek juga didakwa mencabul dua lagi mangsa iaitu pelajar Tahun Enam berusia 11 tahun pada 2 September lalu dan adik mangsa ketiga iaitu pelajar Tingkatan Empat, berusia 16 tahun pada 10 September lalu.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar oleh keluarga mereka untuk mendapatkan rawatan dengan bomoh berkenaan di kuarters pekerja di Jalan Tun Hussein Onn, di sini.

Sebelum itu, bomoh berkenaan mendakwa semua mangsa menghadapi masalah peribadi dan memerlukan rawatannya.

"Dalam sesi rawatan itu suspek membogelkan dan memandikan mangsa dan kemudian memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa.

"Bapa mangsa ketiga yang berang selepas dimaklumkan kejadian itu berjumpa bomoh berkenaan dan kemudiannya menumbuk mukanya sebelum mengheret bomoh itu ke balai polis," katanya.

Beliau berkata, selepas ditahan, polis menghantar lelaki berkenaan ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan pesakit luar apabila mukanya lebam selepas ditumbuk.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak," katanya.





Petua untuk kulit cantik dan gebu untuk satu badan!

Hanya guna alovera.

SELURUH BADAN
Cara2.
Kupas kulit.
Ambil isi
Perah dlm botol
Sapu shj diserata tubuh
_____________________________

WAJAH 

Blh juga buat scrap
Cara2:
Ambil alovera tdi
Tambah telor putih
Sapu dimuka
Biar kering
Cuci
____________________________

RAMBUT DAN KUKU

Blh juga jdi minyak utk rambut sihat
Cara:
Ambil alovera
Perah 
Ambil air dia dan tambah minyak zaiton
Sapu dirambut / Kuku
Biarkan 30minit
Bilas

Kredit: Eddy Rusdi










Saturday, 23 September 2017

[VIDEO] Seorang Wanita Lahirkan Anaknya Di Pasar. Kejadian Berlaku Di Negara Luar

China ~ Lagi kejadian seorang wanita melahirkan anaknya di pasar di saksikan orang awam yang berada di tempat kejadian.

     Para netizen kebanyakkannya memandang sinis terhadap kejadian tersebut terhadap orang awam kerana tidak membantu wanita tersebut mereka hanya melihat melihat bayi yang di lahirkan tersebut terus keluar secara mengejut malah terjatuh terhempap jalan.

     Tidak lama kemudian ada beberapa orang awam menolong wanita tersebut.Semoga wanita dan bayinnya selamat.






Resepi Ayam Sambal kicap



Bahan2
Bawang merah**
Bawang putih**
Halia**
Cili padi merah**

Semua bahan bertanda ** dikisar halus

Sos tiram 2 sd makan 
Sos cili 2 sd makan
Kicap pedas mahsuri 5 sd mkn
Kicap manis 2 sd mkn

Kentang di potong memanjang dan di goreng sebentar

Ayam 8 ketul size sederhana digaul garam kunyit dan digoreng lembap
Sedikit air
Daun kari

Cara
Tumis bahan kisar hingga garing,masukkan sos tiram,sos cili,daun kari,kicap manis dan kicap pekat
Masukkan ayam dan kentang,dan sedikit air.
Perisakan garam dan gula.siapp
Last,boleh lah dihias kan dgn potongan bawang besar dan cili padi.

Kredit Resepi : Illa Nazir





Friday, 22 September 2017

Cara Ayah Diamkan Baby Menangis


Mudahnya si ayah ni memujuk anaknya menangis dengan cara tersendiri..jom kita lihat video di bawah..

SAYA akan jadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi ini sebagai anak angkat saya dan bawa mereka pergi bercuti untuk hilangkan tekanan dan trauma yang dialami mereka.” Demikian luahan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida


“SAYA akan jadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi ini sebagai anak angkat saya dan bawa mereka pergi bercuti untuk hilangkan tekanan dan trauma yang dialami mereka.”

Demikian luahan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditemui melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, hari ini.

Katanya, dia akan berbincang dengan pihak tahfiz dan mengaturkan masa untuk mengambil pelajar yang terselamat dalam kejadian kebakaran pusat tahfiz itu untuk ke rumahnya sebelum membawa mereka keluar bercuti.

"Saya mahu hilangkan trauma dan tekanan yang dialami semua 18 anak-anak tahfiz ini dengan membawa mereka ke rumah saya dan menjadikan mereka sebagai anak angkat saya.

"Keduanya, saya akan membawa mereka bercuti dan mengadakan beberapa aktiviti yang boleh melupakan tekanan mereka seperti mana saya pernah lalui dahulu," katanya yang kini popular dengan lagu I Am Me.

Menurutnya, bagaimanapun dia masih belum memutuskan lokasi percutian yang akan dibawa namun satu cadangan yang beliau ingin lakukan adalah membawa pelajar tahfiz itu menjalankan ibadah umrah dalam masa terdekat.

Vida berkata, usaha itu sebagai satu daripada saham akhirat yang ingin beliau lakukan sempena tahun baru Maal Hijrah.

Pada 14 September lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua warden dalam kejadian yang berlaku 5.15 pagi.



Thursday, 21 September 2017

Resepi Char Kuey teow sedap



BAHAN2:
200 g kue teow - satu mangkuk kecik
2 sudu makan cili kisar - suka pedas blh tambah
kerang 
Udang
Sotong
taugeh dan kucai
2 biji telur (admin suka telor lebih)
4 sudu besar paste char kuey teow 

CARA2:
Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 5 sudu besar paste 
2. Masukkan kerang, udang dan sotong. 
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Jgn sampai kering.

P/s: memasak ni ikot style masing2, jdi tepuk dada tya selera. Ini resepi bukan dari negeri mana2.

Siap. Makan dengan happy 😊

KALAU NAK SHARE,Sila komen "SHARE" (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

 Credit to MalaysiaViralRecipe








Wednesday, 20 September 2017

Jumpa sejumlah duit RM2000 di dalam bungkusan plastik

Subahanallah...satu contoh yg terbaik yg patut kita contohi dri hamba allah yg budiman...walaupon pekerjaan mereka bermain dgan sampah tapi allah kuatkan iman mereka demi mncari rezeki yg halal buat keluarga mereka...sekalung tahniah kepada staf2 idaman yg perihatin, menurut info yg dpat... mereka menjumpai sejumlah duit dlam bungkusan plastik ketika mereka mngutip sampah dkwasan rumah org tua2 lokasinya tak pasti dmana...yg jumlahnya hmpir rm2k lbih..tpi dpulangkan kpada rumah kebajikan smula..itu info yg sya dpat...maaf kalau ada trsalah info..apapon kita jdikan contoh yg trbaik..smoga allah membalas segala kebaikan mereka smua...

Kredit
Ai Mi Syazwan/Penduduk Sg Petani

Via: VideoViral Malaysia







Sunday, 17 September 2017

Baca Dan Fahami!! 5 Tanda-tanda Hidup Tidak Berkat. SEBARKAN.






Keberkatan hidup bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dan dirasa.Kita tidak mungkin dapat menilai keberkatan hidup sesuatu individu hanya dengan melihat harta kekayaan yang dimiliki.Atau mungkin juga dengan melihat tahap kedhaifan yang ditempuhi.Kekayaan bukanlah penanda aras bahawa hidup anda mendapat keberkatan.

Boleh jadi Allah datangkan kekayaan sebagai Istidraj yang akan membuat tahap kesesatan dan kealpaan anda bertambah.Kemiskinan pula, boleh jadi Allah datangkan sebagai medan ujian buat hamba yang dikasihinya.

Bagaimana untuk menilai bahawa hidup anda mendapat keberkatan atau tidak? Lihat checklist yang kami sediakan di bawah: ..

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.lepas tu, siap bagi alasan, "Aku bukan taknak sedekah, tapi duit gaji aku ciput je..nak bayar kereta pun tak lepas" (sambil makan kentang goreng di McDonalds).

2. Buat kerja tapi tak pernah siap!

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

4. Masa habis dengan sia-sia!

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

5. Hati sentiasa gundah gulana!

Bila hidup tak berkat, apa pun yang kita capai dalam hidup (wang, kepandaian, pangkat) tak mendatangkan apa-apa makna.Tiada rasa gembira hadir dalam hati.Malah, rasa kekosongan jiwa semakin bertambah-tambah.Hidup dah penuh tapi jauh dalam sanubari , terasa satu kehilangan.Itu maknanya anda semakin jauh dari Sang Pencipta.



Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...