Tuesday, 21 November 2017

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan:

1 peket siput sedut
5 cawan santan - secukupnya
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping

Bahan untuk ditumbuk lumat:

10 biji cili api - boleh tambah 2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa * kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi
Cara-cara:
1. Basuh dan bersihkan siput sedut kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni .
2. Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu .
3. Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai .
4. Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi . Kacau kuah supaya tak pecah minyak , sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
Image may contain: plant and outdoor

Thursday, 16 November 2017

Mengejutkan mayat timbul di atas perkuburan kejadian berlaku di Indonesia


Mengejutkan mayat timbul di atas perkuburan kejadian berlaku di Indonesia.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya.

Lihat gambar selanjutnya di bawah..












Sunday, 12 November 2017

Resepi Daging bakar air asam


Resepi dan Cara:

Perap daging dgn halia bawang putih kunyit sejam atau lebih pastu bakar
Air asam
Potong bwg merah
Cili api
Daun kesom
Tomato
Kasturi
Belacan di bakar
Budu
Gaulkan semua sekali bahan dgn air asam jawa boleh tambah gula merah dgn budu kalau nak..
Jgn lupa tambah garam gula perasa..boleh makan dgn ikan bakar jugak.



I stopped at Petronas maghrib tadi utk dirikan solat maghrib. Selesai ja solat tengah pakai tudung, ada sorang anak kecil ..

I stopped at Petronas maghrib tadi utk dirikan solat maghrib. Selesai ja solat tengah pakai tudung, ada sorang anak kecil sebaya my dawter Rara masok dalam surau..Dia cabut socks and tudung terus berwudhuk. Pastu dia pakai balik tudung and socks and ready nak solat. Sempat I had a conversation with her.

Aunty: Adik sorang je ke?

Anak: Ya aunty. Mama dalam kereta kat luar sebab mama tak boleh solat

Aunty: Berani ke ni solat sorang?

Anak: Insyllah berani aunty. Kenapa aunty?

Aunty: Kalau tak berani aunty teman. 

Anak: Takpe aunty...

Aunty: Okay solat cepat sayang..

Anak: Baik aunty..

I decided to wait till she finished performing her maghrib prayer. Geraknya penuh tertib. Ada toma’ninah dan sempurna solatnya. My tears flowed down my cheek when I flashed back myself at the age of seven. Ya Allah ampunilah aku.. kau rahmati anak ini dan jadikan dia ahli syurga firdaus mu.. Aameen.. After dia siap berdoa, i held her hand to send her back to her car. Her mom opened the window and aske me:

Mother: Kenapa puan?

Aunty: Ouh tkde ape kak saya saja nk hantar anak akak kt kereta sebab saya nak tengok wajah ibunya

Mother: ouhhh terima kasih puan..

Aunty: Tahniah kak.. berjaya mendidik anak akak agar menegakkan tiang agama..

Mother: MasyaAllah Alhamdulillah puan trima kasih bawak anak saya ke kereta.

Aunty: sama-sama. Semoga Allah rahmati akak di dunia dan akhirat kak...

Mother: Semoga Allah juga merahmati puan sekeluarga..

Moral of the story.. kalau anda yang baca status ni dan anda tak menjaga solat, jom la kita perbaiki diri dan menjaga solat kita. Mudahan Solat itu akan menjaga kita.

#notetomyself

Sumber Radhia Raihana



Thursday, 9 November 2017

Ibu ini memuat video alat penindik subang tersangkut semasa pekerja menindik telinga anaknya namun beliau tidak menyalahkan pekerja tersebut supaya dijadikan pengajaran kepada ibubapa yang lain.

dari fb Liyza Evanz

03-11-2017 Hari jumaat,,anak mummy tindik telinga,,cian anak mummy nangis II,,bole plak tsangkut alat tindik tu kat subang tu 😩,,nasib PaPa dia xde time ni,,bole marah si Arm Od,,tengok anak kesayangan dia cam ni,,,blaku kesilapan tak disengajakan,,normal la kan.alhamdulillah ryana tak ada apa2.

EDIT SKIT:
tujuan video ni sy up bukan tujuan nak salahkan sesiapa dan bukan untuk tujuan nak mengaibkan pekerja2 situ,juga bukan tujuan nak tutup periuk nasi orang ye.video ni saja nak up kat fb.memang suka up status.so tak ada kena mengena pasal benda lain.amek pengajaran dari video ni bukan cari kesilapan orang.kaki kecam teruskan kecam.keyboard worrior teruskan usaha.lain orang lain pemikiran.lain orang lain pendapat.so jangan kata orang yg bukan2 kalau kita tak ada kat tempat orang tu.ini PENGALAMAN anak sulung saya.


Berkepala ular dan berbadan seperti buaya.. Ramai yang tak tahu dan tidak ramai yang tahu ini haiwan apa


Berkepala ular dan berbadan seperti buaya..
Ramai yang tak tahu dan tidak ramai yang tahu ini haiwan apa..
Ia dipanggil SEMPULANG GANA dan ianya bukan asal dari alam kita tapi alam lain dengan kata lain alam bunian. (Jelu ari panggau libau).
Kongsikan apa yang anda tahu dan ingin tahu sama2x kita memberi pendapat masing2x..








Tuesday, 7 November 2017

Mengejutkan!! Lihat bapa ini mendidik anaknya sehingga anaknya sendiri yang menangis “reverse psychology”

Bapa : ini semua salah bapa sbb gagal mendidik kamu. Kamu buat salah sbb bapa tidak mendidik dgn btul. Cepat pukul! Ini semua salah bapa.

Bapa : semua salah aku gagal mendidik anak (sambil pukul diri sendiri)

Bapa : bapa didik kau dengan sepenuh hati tapi kau mengecewakan bapa. Kau tipu bapa lagi mengatakan dan memfitnah cikgu membenarkan bawa hp p sekolah padahal kena larang.

Anak : mungkin saya salah dengar apa yg cikgu kata

Bapa : kau bawa hp p sekolah lepastu main sampai abaikan pelajaran. Ingat anakku, mulai hari ini jika kau berbuat silap, maka bapa la yg akan terima hukumannya kerana gagal mendidik kau jdi manusia berjaya.

 translate dari bahasa mandarin.


Monday, 6 November 2017

Maut Ketika Mendayung Pelacur Round Ke-7


RIAU – Seorang lelaki berusia 62 tahun maut selepas dikatakan terlalu ghairah melakukan hubungan seks di sebuah hotel bajet di bandar Pekanbaru, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi waktu tempatan itu, Saridin Sinaga, 62, mati dalam keadaan separuh bogel ketika mengadakan hubungan seks dengan pelacur wanita berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Yuni.

Lapor portal Metrosahan.com, pelacur wanita itu pada mulanya mengingatkan mangsa agar tidak melakukan seks kerana mereka difahamkan telah melakukannya sebanyak enam kali.

Namun, mangsa yang enggan menerima teguran Yuni itu dikatakan masih tidak puas dan meminta sekali lagi.

Pada ‘pusingan ke tujuh’, Saridin secara tiba-tiba mengadu kekejangan pada bahagian kaki sebelum rebah tidak sedarkan diri di atas badan wanita itu.

“Kira-kira 15 minit ketika melakukan seks, dia tersungkur, kemudian matanya memandang ke atas dan suaranya seperti orang yang sedang berdengkur,” kata Yuni.

Melihatkan mangsa yang tersungkur tidak sedarkan diri, wanita itu terus panik dan segera memaklumkan pihak hotel yang kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan.

Pihak Polis Daerah Tanah Rendah yang menerima panggilan dari pihak hotel terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang tidak berpakaian sudah meninggal dunia.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan. Bagaimanapun, punca kematian masih sedang disiasat,” katas seorang jurucakap polis Tanah Rendah.

Turut ditemui dalam bilik hotel berkenaan dua botol Bir hitam dan sebuah telefon bimbit.

Menurut Yuni,mereka sudah beberapa kali melakukan hubungan seks sejak berkenalan tiga bulan lalu di sebuah warung kopi.



REHAT LAH DENGAN TENANG SAYANG .. AJAL BAKAL PENGANTIN DALAM TANGKI DIESEL TERBAKAR


November 5, 2017
Rawang : Arwah Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28,  begitu teruja menunggu detik disatukan dengan pasangan pilihan hati  Siti Aisyah lagi satu bulan lebih lagi namun segala impian tersebut kini lenyap buat selamanya.

“Arwah sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember depan, tapi tak sangka hajatnya tak tercapai,” kata Azmin Ab Rahman, 53, abang kepada Mohd Ziehafizan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam tragedi letupan tangki minyak di kilang simen, Jalan Kuala Garing, Rawang, petang semalam.

Menurut Azmin, arwah sudah bertunang hampir setahun lalu dan segala persiapan perkahwinan sudah disiapkan oleh arwah termasuk membeli barang hantaran.

“Kali terakhir arwah berjumpa kami adik beradik pada hujung bulan Oktober lalu dan seempat bermalam selama dua hari di rumah kami di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir, Terengganu.

Loading...

Pada waktu itu, arwah memang teruja menunggu tarikh perkahwinannya selain berhajat untuk mengambil khidmat juruvideo ketika hari pernikahan nanti,” katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Sungai Buloh.

Menurut Azmin, selain itu, arwah sempat menyerahkan borang kelulusan pernikahan kepadanya untul disemak serta ditandatangani.

“Waktu itu arwah tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelakuan pelik sebelum kejadian berlaku.

“Cuma, seperti biasa sebelum balik semula ke Rawang, dia ada meminta maaf kepada kami semua,” katanya.

Azmin berkata, dia bersyukur apabila mayat adiknya selamat ditemui dalam keadaan sempurna tanpa ada kesan melecur mahupun luka dan jenazah dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Pauh pagi esok sebaik dituntut.

Semoga Siti Aisyah tabah dengan dugaan yang menimpa tunang nya dia berkerja keras untuk mencapai cita-cita nya dan menyunting diri nya sebagai isteri.

Namun Allah lebih sayangkan Ziehafizan dia pergi dengan tragis ketika mencari rezeki semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana. Al fatihah.






Pelajar mengaku miliki bom

PELAJAR lelaki tingkatan enam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan memiliki dua butir bom buatan sendiri dipercayai untuk digunakan bagi serangan di pesta arak 'Better Beer Festival 2017', Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Hafizi Mat Jusoh, 19, yang juga calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman didakwa memiliki dua butir bom ‘improvised explosive device (IED)’ di rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh, 6.05 petang, 10 Oktober 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh jatuh hukum.

Tertuduh dipercayai terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas sejak berusia 12 tahun turut berdepan empat pertuduhan lain iaitu terbabit dengan aktiviti pengganas Daish.

Bagi empat pertuduhan itu, remaja itu didakwa memiliki gambar, video dan dokumen; memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas; memberi latihan menerusi WhatsApp dan hadir di tempat latihan pengganas Daish.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa masing-masing mengikut Seksyen 130JB(1)(a), Seksyen 130JB(1)(b), 130F(a) dan Seksyen 130FB(1)(a).

ANGGOTA polis membawa Ahmad Azmi (kiri), Mahadi (tengah) dan Muhamad Hafizi (kanan) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen. FOTO Zaman Huri Isa
Sementara itu, di mahkamah yang sama, Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 24, berdepan tiga pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 130FA (a) Kanun Keseksaan kerana menerima latihan pengganas melalui WhatsApp, Seksyen FB (1) (a) kerana hadir ke tempat latihan sebagai persediaan perbuatan pengganas dan Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan kerana memiliki 20 keping gambar, tiga video dan 16 naskah dokumen bentuk PDF dalam telefon bimbit.

Manakala seorang lagi tertuduh, Mahadi Ibrahim, 34, menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 130FA (a) iaitu kerana menerima latihan pengganas melalui WhatsApp serta Seksyen 130FB (1) (a) kerana hadir di tempat latihan pengganas.

Tiada keterangan direkodkan dan kedua-dua tertuduh yang hanya mengangguk faham.

Pertuduhan membabitkan Seksyen 130F adalah pertama kali dituduh di negara ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor dan ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan permohonan pemindahan bagi pertuduhan kumpulan Daish ke Mahkamah Putrajaya untuk dibicarakan serentak.




Datuk Shamsubahrin Ismail berjaya menahan anaknya dalam keadaan khayal bersama lelaki warga Afrika di sini kelmarin



KUALA LUMPUR, 4 Nov ― Datuk Shamsubahrin Ismail berjaya menahan anaknya dalam keadaan khayal bersama lelaki warga Afrika di sini kelmarin.

Dibantu rakan dan penyiasat persendirian, ahli perniagaan itu menahan anaknya, 20 tahun, yang disyaki menjadi “duta kelab” atau pelayan pusat hiburan.

Shamsubahrin, 50, sedih menemui anak gadisnya yang dicari sejak empat bulan lalu “kurus dan cengkung” dipercayai akibat dadah, lapor myMetro.

Beliau mencekup anaknya, yang cuba melarikan diri, di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam Khamis.

Keputusan itu terpaksa diambil kerana khuatir anaknya “dijadikan keldai dadah atau di penghujung pertemuan kami nanti adalah di tali gantung.”

Shamsubahrin juga berkata lelaki Afrika terbabit, yang mengambil telefon bimbit anaknya, turut ditahan polis selepas cuba melarikan diri.

Anaknya itu, yang ketiga, dihantar ke sebuah pusat pemulihan dadah kira-kira 1 pagi Jumaat walaupun pada awalnya gadis itu enggan mengikut bersamanya.

“… saya tidak peduli kerana tidak mahu menangis di kemudian hari kerana terpaksa melihat anak gadis sendiri berada di tali gantung kerana mengedar dadah,” katanya, yang aktif dalam membela nasib pemandu teksi.

Polis daerah Dang Wangi menyiasat lelaki warga asing itu bawah Seksyen 6 Akta Imigresen kerana masuk dan tinggal di negara ini secara haram.

Ogos lalu, Shamsubahrin dilaporkan tidak mempedulikan kecaman ramai selepas mendedahkan isu anaknya itu kepada media.

“Saya tahu ramai mengecam tindakan saya mendedahkan perilaku anak sendiri yang dikatakan memalukan ini namun sudah lama saya memberi peluang kepada dia, tetapi tidak diendahkan,” katanya.

“…. saya tidak peduli kerana demi anak gadis Islam di negara ini saya sanggup berjuang habis-habisan melawan maksiat.”

Anaknya, tidak dinamakan, meninggalkan rumah pada 29 Julai lalu dengan seorang wanita yang kemudian menyerahkan kepada ejen untuk menjadi “duta kelab”.






Saturday, 4 November 2017

KLANG - Polis menafikan dakwaan rampasan wang palsu dari negara China dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang seperti yang viral di laman sosial sejak semalam.

Gambar duit palsu hanya sedutan filem Abang Long Fadil 2

KLANG - Polis menafikan dakwaan rampasan wang palsu dari negara China dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang seperti yang viral di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sebaliknya gambar itu ada gambar yang dimuat naik oleh individu melalui sedutan filem Abang Long Fadil 2 yang membuat pengambaran di sekitar pelabuhan itu sebelum ini.

"Pihak kita telah membuat siasatan ke atas gambar-gambar yang diviralkan dilaman sosial itu dan kita dapati ia adalah gambar daripada sedutan filem Abang Long Fadil 2.

"Pengambaran filem ini telah dilakukan beberapa hari lepas di sekitar kawasan Pelabuhan Klang dan beberapa anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan turut terlibat dalam penggambaran tersebut,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.




Wednesday, 1 November 2017

MAYAT dua pelajar tingkatan satu yang dihanyutkan arus berdekatan sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, Kuala Lumpur, Isnin lalu, ditemui hari ini.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman@Hussaini berkata, mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Amran dan Mohd Rafiuddin Fakhrullah ditemui di lombong Projek Perumahan Rakyat Muhibah kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat Muhammad Syafiq ditemui pada jam 7.40 pagi dan mayat Mohd Rafiuddin pula pada jam 8.03 pagi.

"Dua mayat terbabit ditemui dalam keadaan telungkup di permukaan air dengan jarak lebih kurang 50 meter antara satu sama lain.

"Mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat dan pengecaman oleh keluarga masing-masing," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini




Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...