Friday, 25 August 2017

Mini Popia

Mini popia memg sedap jdi kudapan depan tv..thu2 je sebalang habis ngap masuk mulut..jom kita cuba buat mini popia serunding daging
.
Bahan-Bahan:
1kg daging direbus hingga empuk dan disiat
1 liter santan
20 biji cili kering dikisar
2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 cm lengkuas dikisar
2.5 cm halia dikisar
5 batang serai dikisar
100gm serbuk ketumbar
100gm serbuk jintan manis
Jus asam jawa secukupnya
50gm kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
.
Cara Membuat :
1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.
4. Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.
Cara gulung mini popia..
Sekeping kulit popia tu gunting jdi 4keping kecik..
Bubuh serunding gulung dan dihujung gulungan tu buh putih telur untuk lekatkannya..

Selamat mencuba


Sumber:
Resepi Memikat Suami










No comments:

Post a Comment

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...