Monday, 31 July 2017

Gigit Dan Koyakkan kemaluan isteri sebelum bunuh





Gigit & Koyakkan kemaluan isteri sebelum bunuh

Kejam dan sadis, itulah kata yang tepat ditujukan kepada seorang suami dedi 23, yang sanggup membunuh isterinya dengan kejam.

Sinta 20 ditemukan di dalam bilik rumah mereka di desa tigapanah medan kamis lalu dengan tempurung kepala pecah selain luka lebam-lebam di muka.

Tidak hanya itu,bagian kemaluannya wanita beranak satu itu juga di dapati koyak serta mengeluarkan darah yang banyak.

Info yang dikutip dari medan metro jenazah pertama kali ditemukan oleh orang tua mangsa sendiri yang curiga sejak pagi tingkap rumah anaknya itu tidak dibuka.

Teriakan seorang ibu yang melihat anaknya mati mengerikan mengundang perhatian warga hingga di laporkan kepada pihak polis.

Menurut warga sekitar dedi dilihat keluar rumah pada pagi hari kejadian bersama anaknya yang masih berusia 1.5 tahun.




Ayam Bakar Berempah Harum🐜



Ayam Bakar Berempah Harum

* 1 ekor ayam (dibersihkan)
* 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
* 2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :

* 3 biji bawang 
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1 helai daun limau purut
* 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
* 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
* 1 sudu besar rempah kari 
* 3 sudu makan air asam 
* 1 sudu besar kicap pekat
* sedikit belacan bakar
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* gula dan garam secukupnya
* sedikit air
Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ayam di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
3. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
Selamat Mencuba!!
Kredit by resepi masakan



Perhatian buat pengguna AXIA



Perhatian buat pengguna AXIA

Lagi kejadian stereng-lock berlaku secara tiba-tiba

Nurse ni kata dia ikut belakang kereta lain kelajuan dalam 40km/j. Sampai di selekoh tiba-tiba stereng tak boleh dipusing seperti biasa. Terus menjunam ke laman rumah. Brek juga gagal berfungsi.

Pengguna Axia sila berhati-hati. Nak kata nurse nie ngantuk tak mungkin sebabnya dia baru jer keluar rumah dalam 100 meter tengok baby..
Kejadian berlaku di Felda Semenchu Tuan Haji, Jalan Kampung

Sumber : Abang Zali Semenchu




Video di Bawah Menerangkan Fungsi ABS



Di bawah adalah Ulasan oleh Mohd Syukri dari Jurutera Perodua Yg Saya ambil dari info kes-kes sebelum ini...

Saya terpanggil untuk menjelaskan tentang isu stereng Axia terkunci sehingga menyebabkan kemalangan. 

Saya ialah seorang pekerja Perodua dan saya selalu berurusan dengan perkara-perkara berkaitan teknikal. Dengan latar belakang kejuruteraan sedikit sebanyak saya faham konsep sistem keselamatan sesebuah kenderaan. 

Untuk kes yang viral baru-baru ini, boleh saya simpulkan kereta yang terlibat tidak memiliki ciri ABS atau anti-lock braking system (system brek anti-kunci). 

Apabila kereta yang tidak memiliki ABS membrek secara mengejut, secara automatik tayar hadapan akan terkunci lalu menyebabkan kereta mengelongsor ke hadapan tanpa boleh dikawal. 

Ini menyebabkan stereng seolah-olah terkunci disebabkan kedudukan tayar hadapan yang telah terkunci pergerakannya. 

Jika berada di selekoh boleh menyebabkan kereta terbabas ke pembahagi jalan. Tiada apa yang boleh dibuat oleh pemandu untuk mengawal kenderaan semula.




Sunday, 30 July 2017

[Video] Hanya Guna Dua Bahan Saja, Boleh Buat Sehingga 2 Liter Yogurt, Ini Cara Bagaimana Nak Buat Yogurt Sendiri




Sebut saja yogurt, pastinya ramai yang menggemarinya, kalau pergi pasaraya sudah pasti beli satu atau dua bekas, lagi-lagi kalau dapat makan waktu panas. Dengan rasa masam-masamnya, buat deria rasa terbangun.

Bukan itu saja, kadang-kadang ada banyak campuran buah-buah dalam yogurt ini, tapi kalau nak beli semua sebab nak rasa setiap satu, memang taklah kan.

Ada ketikanya mengidam juga nak makan yogurt ni, tapi tak rajin nak drive keluar, hanya semata-mata nak beli sebekas yogurt ni.

Macam mana pula, kalau boleh buat sendiri yogurt ini? Jom kita ikuti perkongsian Dilla Min ni, macam mana caranya nak buat yogurt sendiri.

Yogurt Homemade

Kalau suka makan yogurt, seronok kalau dapat buat sendiri di rumah, jimat boleh makan bebanyak, dan paling penting kita tau tahap kebersihannya.

Kakdill belajar resepi ni dari mak mentua, resepi asal dari China. Setiap kali kakdill buat pak mentua siap pesan, simpan dalam freezer kalau kat luar lelama boleh jadi tambah masam. Risau betul dia.

Jom tengok caranya di gambar. Dah cuba nanti, boleh share dekat sini.

1. Bahan kakdill guna dua benda alah ni je



i. Fresh milk full cream. 

Antara brand susu, kakdill prefer yang ni. Yogurt jadi sedap berlemak. Kalau ikut resepi mak mentua, kat sana diorang gunakan susu segar dari yak. Mesti lagi sedap rasanya. 

ii. Plain yogurt.

Kakdill simpankan sikit dari yogurt yang kakdill buat sebelum ni. 5-6 sudu besar pun dah cukup. Kita nakkan kultur hidup itu je sebab bakteria baik tu nanti yang akan tukarkan susu kepada yogurt.

2. Guna 'plain yogurt'




Untuk permulaan boleh guna plain yogurt ni, pastikan bukan yang berperisa. Tak kisah brand apa, pastikan natural. Next nanti tak payah beli lagi, juz simpan sikit untuk buat yogurt yang seterusnya. 

Satu bekas ni dah cukup untuk seliter ke 2 liter susu..nak buat lagi banyak pun buleh.

3. Panaskan susu, hingga mendidih dan berbuih halus. 




Jangan tinggalkan, kacau perlahan-lahan supaya susu tak berkerak di bawah. Kemudian tutup api. Biarkan sehingga suam. 

Untuk suamkan, korang bolehlah pindahkan ke bekas simpanan, paling baik bekas kacalah sebab susu tu panas. Kakdill suamkan dalam ni je sebab periuk ni memang dikhaskan untuk yogurt saje.

4. Bila susu dah suam. Pastikan susu tak panas dan tak terlalu sejuk



Kalau panas bakteria tu akan mati dan kalau sejuk, bakteria tu tak aktif pulak. Korang simpan la 2 hari 2 malam pun takkan jadi. 

Bila suhu dah sesuai , campur dan kacau hingga sebati. Kemudian tutup rapat-rapat. Boleh tutupkan ngan towel ke. Pastikan susu tu sentiasa suam. Kakdill letak je atas meja untuk 6-7 jam suhu bilik. Dah jadi yogurt baru kakdill simpan dalam peti sejuk.

5. Ni la kejadiannya bila dah jadi yogurt. 

Nampak tak kilatannya tu. Teh bunga tumpang interprem.

Bila dah simpan 6-7 jam tu pun dah boleh srupp srupp. Nak makan sejuk simpankan dalam peti sejuk dulu


6. Cantik tak kejadiaanya? Macam cermin. Boleh nampak bayang henpon.


Inilah testurnya. Tak cair, tak pejal. Secukup rasa. 



Dah bolehla makan dengan oat ke, kalau dapat buat overnight oats sedapnya.. makan ngan buah ke.. buat macam salad buah, gantikan mayonis..hmm yummy..

Lepas ini bolehlah cuba, mudah je rupanya nak buat yogurt ni kan. Nanti boleh simpan, bila-bila nak makan, keluarkan je, lepas tu boleh tambah perisa, macam buah-buah dalam tu, ikut apa yang kita suka.

Sumber dari : Siakap Keli






Pasangan Suami Isteri Bunuh Diri Tinggalkan Nota Seram🐜




Pasangan Suami Isteri Bunuh Diri Tinggalkan Nota Seram|“Siapa yang memisahkan mayat kami berdua,akan kami hantui” itulah sebagian isi nota yang ditemukan berhampiran mayat tergantung seorang lelaki yang dikenali sebagai Daniel Priyana 47.
Tidak jauh dari situ,ditemukan pula mayat seorang wanita Dwi Septi Respati 44 (isteri ) berada dalam kereta depan rumah mereka dengan mulut berbuih.
Nota berkenan ditemukan ketika pihak polis Gemping Jogyakarta memindahkan mayat lelaki kedalam van jenazah.
Dilokasi kejadian jelas terpaut di wajah waris mangsa yang seolah mencari jawaban dari seribu soalan.namun pihak polis masih lagi menjalan siasat dengan tertutup ketika itu.
Mayat pertama kali ditemukan oleh Risti Aisyah,gadis kecil itu mengatakan pada awalnya dia masuk kedalam rumah hanya untuk mengambil barang mainan.
“Saya lewat di dapur,nampak orang tergantung dekat bilik mandi,saya takut kerana wajahnya dan matanya melirik saya,kemudian saya lari keluar memanggil nenek”.katanya pada pemberita Jumat (28/7/2017).
Selepas kejadian itu rumah mangsa menjadi ramai,hingga kedatangan pihak polis dan menemukan nota berbunyi seperti di bawah:



Barang siapa memisahkan jasad kami berdua akan Kamu hantui selamanya sampai anak cucu kalian, kuburkan kami dalam satu liang lahat.
Buat newa
Bapa menikah dengan ibumu kerena komitmen bahwa mat abeh anaknya mbak kenthus dan bapanya tidak mempersalahkan.
Sekarang bapak sudah tidak kuat dengan hinaan,sikap ibumu sudah sangat keterlaluan,coba tanyakan pada rakannya, kalau kamu ingin tau yang sebenarnya.
Buat khael.
Semua harta yang bapa dan ibumu tinggakan buat biaya sekolah mikhael,rumah,harta,kereta.
Buat mbak xxxTolong jaga anakku baik-baik ya mbak
Bagaimanapun pihak polis Bayuraden, Gamping selepas membawa kedua mayat ke hospital untuk siasatan lebih lanjut,menyerahkan semula  jenazah kepada ahli keluarga untuk di makamkan.

Peragut mati, mangsa masuk lokap🐜




SERDANG: Seorang mangsa ragut terpaksa merengkuk dalam lokap, selepas melanggar mati suspek yang meragutnya dalam kejadian berhampiran lampu isyarat Pangsapuri Garden @One South, dekat Seri Kembangan, di sini, awal pagi tadi.

Sebelum kejadian, mangsa, seorang pelajar sebuah universiti di Bangi warga Yaman sedang minum di sebuah restoran mamak di SP2, Serdang Perdana, kira-kira jam 3.30 pagi dan didatangi suspek menunggang sebuah motosikal yang kemudian meragut beg miliknya.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa mengejarnya dengan menaiki sebuah kereta sejauh kira-kira tiga kilometer (km) sebelum melanggar motosikal ditungganginya ketika tiba di lampu isyarat belakang Pangsapuri Garden @One South.

"Hasil siasatan unit forensik di lokasi kejadian menemui beg mangsa bersama suspek.

"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah, menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah, " katanya dalam kenyataan, hari ini.

Megat Mohamad Aminuddin berkata, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Berikutan itu, katanya, lelaki Yaman berusia lingkungan 20-an itu turut ditahan dan perintah reman akan dipohon di mahkamah esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.



Rupanya Inilah 10 Sebab Utama Mengapa Kaum Wanita Digalakkan Makan Biji Labu. Lepas Ni Jangan Buang Biji Labu Tu...🐜



Pernah makan biji labu? Atau bagi anda biji labu itu hanya snek ringan yang tiada zat? Anda patut sedar keajaiban biji labu untuk perempuan tambah pula bila sudah berusia.
Dengan kandungan pelbagai zat serta tinggi serat, pengambilannya membantu anda mencapai jumlah ideal 50 gram serat daripada 1000 kalori yang dimakan. Apa kelebihan lain? Ok, jom semak...

1. Jaga jantung
Satu perempat cawan biji labu mengandungi hampir separuh jumlah pengambilan harian magnesium yang dicadangkan. Magnesium dikatakan memberi kebaikan terhadap tekanan darah dan membantu mencegah serangan kardiak, serangan jantung dan strok.

2. Zink untuk sokongan imun
Biji labu kaya sumber zink. Satu auns biji labu mengandungi lebih daripada 2 miligram mineral ini. Zink penting untuk tubuh. Kebaikannya untuk keimunan, pertumbuhan dan pembahagian sel, tidur, mood, deria rasa dan bau, mata dan kesihatan kulit, mengatur insulin dan fungsi seksual lelaki.

3. Lemak omega-S berasaskan tumbuhan
Biji-bijian dan kacang mentah, termasuklah biji labu adalah salah satu sumber terbaik omega-3 berasaskan tumbuhan (asid alpha-linolenic atau ALA).  

4. Kesihatan prostat
Pengambilan biji labu sebagai makanan semula jadi untuk kesihatan lelaki memang telah lama diketahui. Ini adalah berikutan dengan kandungan zink yang penting untuk kesihatan prostat. Ia juga mungkin disebabkan ekstrak  dan minyak biji labu memainkan peranan penting dalam merawat prostat membesar atau BPH.

5. Anti diabetes
Kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mencadangkan biji labu mampu membantu memperbaiki pengaturan insulin dan membantu mencegah komplikasi diabetes melalui cara  mengurangkan tekanan oksidatif.

6. Baik untuk wanita selepas menopaus
Minyak biji labu kaya dengan phytoestrogen asli. Kajian mencadangkan ini boleh membawa kepada peningkatan kolesterol baik HDL melalui cara mengurangkan tekanan darah, hot flashes, sakit kepala, sakit sendi dan simptom-simptom menopaus yang berlaku pada wanita selepas menopaus.

7. Baik untuk kesihatan jantung, hati
Biji labu, kaya dengan lemak sihat, antioksidan dan serat, mampu beri kebaikan untuk kesihatan jantung dan hati terutamanya jika dicampurkan dengan biji flax

8. Triptofan untuk tidur nyenyak
Biji labu kaya sumber triptofan, sejenis asid amino yang akan ditukar oleh tubuh menjadi serotonin. Serotonin ini kemudiannya akan ditukar menjadi melatonon atau hormon tidur. Memakan biji labu bersama-sama keping buah beberapa jam sebelum tidur dikatakan baik untuk menyediakan tubuh tritopfan yang diperlukan dalam penghasilan melatonin dan serotonin untuk membantu tidur nyenyak.

9Kebaikan anti keradangan
Minyak biji labu dikatakan menunjukkan kesan anti keradangan. Satu kajian terhadap haiwan mendapati ia serasi dengan ubat anti keradangan indomethacin dalam merawat artritis.

10. Baik untuk kulit, rambut
Minyak biji labu dikatakan baik untuk merangsang pertumbuhan rambut lelaki terutamanya yang mengalami masalah androgenetc alopecia. Lemak sihat yang terdapat dalam biji labu baik untuk hidrasi, sementara vitamin A merangsang penggantian sel untuk memastikan kulit muda.

Puding AisKrim Soda.. 😊


Puding AisKrim Soda.. 😊
#dessert

Bahan A

Separuh agar-agar bertali (agar2 bertali yg 20gm gunting tengah2..bahagi 2.. Kalau boleh agar2 tu rendam dulu 1 jam
1/2 cawan gula.. Nak manis..tambah gula lagi
1 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan aiskrim soda F&N
Sedikit pewarna biru
Secubit garam

Cara2:

1) Masak agar2 dgn air hingga larut agar2.. Masukkan gula..biar larut gula

2) Masukkan aiskrim soda..kacau2.. Kemudian masukkan susu cair.. Bubuh pewarna biru..kacau2 sebati..masukkan secubit garam.. Kacau hingga mendidih..tutup api

3) Loyang basahkan dulu.. Tuang agar2 tu dlm loyang.. Biarkan sederhana beku

Bahan B

Separuh agar2 bertali (yg di gunting tadi)
3 cawan air
1/2 cawan gula.. Nak manis..tambah gula lagi
1 cawan aiskrim soda F&N
Pewarna ikut suka

Cara2:

1) Masak agar2 bertali dgn air hingga larut agar..masukkan gula

2) Masukkan aiskrim soda.. Kacau rata hingga mendidih

3) kalau nak buat layer bahagi adunan 3 bekas sama byk.. Warnakan ikut suka.. Kalau tak nak buat.. Satu warna ikut suka pun boleh

4) Yg nak buat layer.. Tuang layer warna pertama perlahan2 atas agar2 aiskrim soda.. Biarkan sedikit beku.. Kemudian layer kedua dan ketiga.. Bekukan

5) Masuk dlm peti sejuk 3-4 jam.. Boleh keluarkan.. Telangkupkan puding atas pinggan yg rata.. Sedia utk dipotong dan boleh makan 😊

Sumber dari Zura Zul MAHN..



Selamat Mencuba..

Kaki Pancing Maut Gigit Kepala Ikan




Kaki pancing maut gigit kepala ikan|Seorang lelaki yang di kenali sebagai Rosa Zai maut selepas menggigit kepala ikan batu yang dia dapat ketika memancing.
Menurut saksi,mangsa ketika itu memancing pada malam 27.07.2017 bersama rakan-rakan.
Tidak lama selepas itu mangsa mendapat ikan kepala batu.ikan yang jenis susah  mati ini kemudian di pijak dan terus di banting namun ikan tersebut tak mati-mati.
Berang dengan hal itu mangsa kemudian menggigit kepala ikan berkenan menggunakan mulutnya hingga terputus.
Namun kepala ikan tersebut tersangkut di bagian tenggorokan yang mengakibatkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia dalam perjalanan kehospital.



Dimaklumkan mangsa adalah seorang yang beragama kristian dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pulau bunut kalimantan.
Bagaimanapun semalam mangsa selamat disemadikan mengikut adat istiadat agama itu.
Sementara ahli keluarga mangsa berkata malam sebelum kejadian,mangsa yang gemar memancing tidak menunjukkan apa-apa sikap yang aneh.namun mereka cukup sedih apabila mangsa meninggal dengan cara yang tidak dapat di sangka.



Friday, 28 July 2017

Beriani Johor

BERIANI JOHOR

Bahan-bahan:

1 kg daging lembu, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar rempah beriani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam(optional)
1/2 cawan tairu 
Madu secukupnya

Bahan untuk dikisar: 

4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah

Bahan untuk ditumis: 

5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

Cara-cara:

Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. 
Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dan masak hingga naik bau. 
Kemudian masukkan rempah beriani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. 
Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air, tairu dan serbuk badam. 
Masak sehingga daging empuk, tambahkan madu dan renehkan hingga kuah menjadi pekat.



Budak 4 tahun hilang di Ikea, kini di jumpai dalam keadaan yang amat meruntun hati..


Budak 4 tahun hilang di Ikea, kini di jumpai dalam keadaan yang amat meruntun hati..

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun hilang di dalam Ikea, menyebabkan ibu bapa nya panik dengan mencari nya seluruh kawasan dalam Ikea tersebut.

Namun lebih kurang setengah jam kemudian selepas pencarian kanak-kanak 4 tahun itu berjaya ditemui, akan tetapi semuanya telah terlambat.

Orang ramai di nasihatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka dan memastikan kehendak dan permintaan anak-anak tersebut diberi perhatian serta mereka sebelum mereka bertindak sendiri.

Pemandangan di tempat kejadian amat meruntun hati semua pengunjung yang berada di sana. Gambar anak tersebut seperti berikut.

Pada ibu bapa jangan lah terlalu asyik shopping sahaja kehendak anak-anak perlu lah di ambil tahu dan sentiasa beri perhatian.

Anak-anak zaman sekarang sememangnya mereka seorang yang sangat bijak, kadang-kadang apa yang di lakukan mereka di luar jangkaan, seperti apa yang berlaku dalam gambar di atas.

Ini hanya lah kisah dan teladan yang boleh di jadikan pengajaran kepada ibu bapa, semoga tidak ada perkara buruk yang berlaku kepada mereka dengan apa yang mereka lakukan.

Kredit: Pakar diari hati



Tolong Viralkan Teknik Terbaru Org Nak Bomohkan Kita



SUMBER DARI : Cdee MN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Sahabat-sahabat sekalian, post ini bertujuan sebagai peringatan kepada semua wanita diluar sana, dunia makin canggih namun fikiran manusia makin sempit tanpa memikirkan akibat perbuatannya.

Hari ni saya nak kongsikan satu teknik terbaru org yang sempit akal fikirannya. Menghantar mantera bertujuan tidak baik kepada org yang sy sayang. Bermula dengan buat2 tersalah nombor, tetapi hakikatnya mempunyai niat lain yang tidak baik..

Semoga kita semua sentiasa berjaga2 dan sentiasa berlindung dengan nama Allah SWT..Sy doakan agar sahabat2 sekalian dilindungi Allah setiap masa.. 

p/s: sy terpaksa gelapkan sebahagian mantera dikhuatiri org lain boleh terkena sekiranya membaca mantera tersebut.

Semoga Allah melindungi kita semua..




10 Tips dan Idea Kreatif Utk Anda Yg Suka Mendaki Gunung dan Berkhemah



Sejak kebelakangan ini, ramai betul orang muda yang suka mendaki dan pergi ke percutian berkhemah. Seperti menjadi satu trend baru untuk keluar beriadah menikmati keindahan alam di atas gunung atau di dalam hutan sambil bersantai bersama rakan-rakan. Tapi baguslah kalau nak mengikuti trend yang sihat begini. Jangan tiru trend yang tahapa-apa sudah la ye?
Memandangkan dah tulis berkenaan hiking dan camping ni, anda bolehlah guna tips dan idea berikut sebelum trip anda yang seterusnya:

#1 Guna keropok jagung untuk memulakan api



Sekiranya anda terlupa bawa bahan penghidup api, gunakan keropok jagung seperti Doritos untuk memulakan nyalaan. Tapi kalau dah terbakar keropok tu, janganlah buat video viral cakap keropok tu mengandungi plastik pulak.

#2 Bakar daun sej untuk menghalau nyamuk


Sekiranya anda berdarah manis dan nyamuk amat tertarik dengan anda, campakkan sejambak ikatan daun sej ke dalam unggun api. Asap yang dihasilkan akan mencegah nyamuk daripada datang ke kawasan itu. Selain itu, tapak perkhemahan anda juga akan berbau wangi.

#3 Takut telur pecah? Pecahkanlah siap-siap.


Telur amat senang pecah jika cara dibungkus tidak betul. Anda boleh isi telur dalam bekas seperti ini dan dikocak bersama bahan perasa siap-siap. Senang tak payah nak pukul-pukul telur dah nanti.

#4 Elakkan serangga masuk ke dalam kasut



Sumbat kasut dengan kain atau baju untuk mengelakkan serangga atau haiwan kecil daripada masuk ke dalam kasut semasa anda tidur.

#5 Bungkus arang dalam karton telur


Apabila anda hendak memulakan api, boleh bakar terus karton telur beserta arang. Senang api menyala.

#6 Beli lampu berkuasa solar sepeti ini


Nak membaca, nak memasak, nak pergi 'membuang' tengah malam buta pun senang dah bila ada lampu waterproof dan tahan lasak macam ni.

#7 Letak telefon dalam cawan plastik atau seramik



Kalau nak layan lagu semasa berkhemah, boleh guna tips ini untuk menguatkan bunyi, biar semua rakan dan segala haiwan pun dapat dengar lagu kegemaran anda. Pastikan cawan tu kosong dan tak berisi air kopi!

#8 Lampu suluh ni menyenangkan hidup



Pernah tak rasa stress bila guna lampu suluh biasa, sebab tak tahu nak suluh depan ke ataupun kat tanah/jalan yang anda nak pijak? Kalau beli lampu suluh macam ni, selesai masalah anda. Boleh nampak jalan di hadapan dengan jalan yang anda nak pijak.

#9 Guna shoe organizer berpoket untuk menyimpan barang dapur


Boleh gantung begini ataupun ikat di pokok menggunakan duct tape. Senang cari barang dan menjimatkan ruang!

#10 Guna kotak Tic Tac untuk simpan mancis


Untuk mengelakkan mancis basah, simpan mancis dalam kotak Tic Tac dan DIY sedikit dengan melekatkan striker daripada kotak mancis yang asal ataupun boleh tampal kertas pasir.
Anda juga boleh menyimpan barang-barang kecil lain seperti pin rambut, earphone, rempah masakan dan alat menjahit dalam kotak Tic Tac.

Selamat bercamping!!!








Thursday, 27 July 2017

NASI KEPAL GORENG 🐜




Mak2 mesti stress kannn kalo anak serba serbi takmau makan. Rasa macam, eh cakap je nak makan pe..mama masak. Asalkan dia makan.

Ni antara resepi boleh cuba untuk pujuk anak makan. Lengkap nasi+sayur+daging/ayam 🐜

Bahan-bahan 
===========

1. Nasi (dah sejuk)
2. Daging cincang ( Daging yang dipotong halus lagi sedap dari daging cincang siap)
3. Bwng merah (hiris halus)
4. Daun bawang (hiris halus)
5. Daun sup (hiris halus)
6. Cheese chedar (Racik2 - kuantiti ikut citarasa)
7. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
8. Garam
9. 1 biji telur
10. 2 sudu besar tepung pulut

🐜
Cara
====
1. Gaul sebati semua bahan 
2. Kepalkan bancuhan (jangan lupa tekan jadi sedikit leper - cepat masak)
3. Goreng guna api kecil

Selamat mencuba!

Jangan lupa #Share/ tag kengkawan. Mak2 yang senang nak melantak pun boleh cuba dan makan🐜

SumberπŸ‘‡
Resepi asal : Nor Nasiha




APAM KAMPONG VERSI GULA HANGUS


Kuih paling senang nak buat utk minum petang/sarapan ... Lagipun seisi rumah suka...X manis. Tapi kali ni adjust sikit gula kasi hangus..

APAM KAMPONG VERSI GULA HANGUS

3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 peket yis
Pewarna perang

Gula dihanguskan bersama air. Sejukkan
Satukan kesemuanya kedalam mangkuk dan gaul sebati. Gaul dgn senduk kayu jer.
Perapkan hingga adunan naik (selalu kacau adunan supaya cantik ) 
Tuang kedlm loyang berlengser minyak dan kukus hingga masak
 ( 40 minit besar. ...acuan kecil 20 minit ) 
Sejukkan sebelum digaul dgn kelapa  bergaul garam yg sudah dikukus

Nota kaki: sentiasa kacau sewaktu dlm proses pemerapan kalau mau cantik...perap 3 jam

Kredit Resepi : Sabariah Bahasar




Wednesday, 26 July 2017

KANTOI !! Bagi Alasan Datang Lambat Keje .. Apa Boss Ni Reply Balik Buat Dia Nie Terdiam ..





Pelbagai kerenah dan tipu helah yang pasti akan membuatkan majikan sendiri berasa pening dan geram . Ada yang sanggup berjam tunggu di klinik semata-mata untuk mendapatkan MC , ada juga yang sanggup menipu tentang hal kematian , juga ada yang tipu tapi tak bijak . Hahaha .
Itulah yang terjadi kepada seorang majikan Syafiq Nasaruddin apabila pekerjanya cuba klentong untuk tidak datang bekerja pada hari tersebut .
Menurut status yang ditulis Syafiq di facebook lewat pagi semalam , salah seorang pekerjanya bernama Nabila memberikan alasan untuk lewat masuk kerja gara-gara tayar motor pancit .
Melalui conversatation whatsapp , kejadian ditakrifkan berlaku sekitar sungai petani , Kedah .
Berasa tidak puashati dengan penjelasan , Syafiq kemudiannya mula melakukan cari gambar “tayar motor pancit’ pada enjin carian google . Wohaaa , terpampang gambar yang sama juga dihantar oleh pekerjanya , Nabila .
Berang ditipu , Syafiq bertindak memberikan screenshoot gambar tersebut dan memaklumkan kepada Nabila agar tidak perlu datang ke tempat kerja . ( rasa macam kena U ARE FIRED !! ) .
Syafiq juga menasihati agar orang lain tidak mengikut perangai yang tidak bagus kerana tidak semua majikan akan percaya bulat-bulat apa kata korang tanpa diselidiki biarpun nampak seperti naif ( tidak tahu guna IT mungkin )
So , KS nasihatkan kepada korang yang baru nak memasuki alam pekerjaan , janganlah kaki tuang , kaki ngular , kaki ponteng , kaki lipat sebab jika korang amalkan kesemua kaki tersebut nescaya masa depan korang pun tak mustahil tercampak di kaki lima . Win kan !!
sumber : Syafiq Nasaruddin

Saturday, 22 July 2017

Tergamak perkosa tiga adik






REMAJA lelaki ditahan, hari ini selepas tergamak memperkosa tiga adiknya sendiri di kediaman mereka di Sungai Layar, Sungai Petani. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, kejadian terbaru berlaku 9 pagi semalam selepas suspek berusia 18 tahun memaksa adik perempuannya berusia lapan tahun melakukan sumbang mahram itu di dalam rumah kosong bersebelahan rumah mereka.
Menurutnya, selepas melakukan perbuatan itu, suspek kemudian mengugut memukul adiknya jika menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
"Bagaimanapun mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian memberitahu ibunya, 39, yang terkejut sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani semalam.
"Siasatan mendapati suspek sebelum ini turut melakukan perkara sama ke atas adiknya berusia sembilan dan 14 tahun," katanya.
Saifi berkata, kejadian sebelum ini, tiada laporan polis dibuat kerana ibunya menyangka anaknya bergurau selepas suspek mendakwa adik-adiknya membuat fitnah.
"Kita sudah menahan suspek pagi tadi dan perintah tahanan reman akan dipohon esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.

Wednesday, 19 July 2017

Kereta Jadi Motor




 “RAMAI yang kata mustahil, tetapi yang mustahil itulah yang kita nak buat," itu kata Abdul Rasid Ismail, 47, jurukimpal yang menjalankan projek motosikal monstermenggunakan enjin Nissan RB20 dari kereta Volvo 240.
  Abdul Rasid yang mesra dengan panggilan Acid Welding mula popular apabila gambar dan video projek motosikal RB20 yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya menjadi tular di laman sosial sejak Ahad lalu.
  Katanya, cetusan idea mencipta motosikal kostum itu muncul apabila dia menarik balik keputusan untuk menjual kereta Volvo miliknya selepas berhadapan dengan pelbagai ragam daripada beberapa pembeli.
"Saya jadi sakit hati dengan kerenah mereka dan membuat keputusan untuk tidak menjualnya sebaliknya menjadikan ia sebuah motosikal.
"Ramai yang berpendapat ia sukar untuk 'dibentuk' menjadi motor, tambahan pula beroda dua, tetapi yang sukar itulah saya mahu buat supaya boleh menjadi inspirasi kepada orang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.
  Menurutnya yang berasal dari Batu Pahat, Johor, proses pembikinan motosikal monsteryang bermula sejak tiga bulan lalu, dibantu oleh anak sulungnya Amirul Azwan, 21, dengan menggunakan kepakaran dan tenaga sendiri tanpa menggunakan alat bantuan khas.
 "Kos yang digunakan tidak sampai RM1,000 kerana barang semua sudah ada dan kami buat sendiri, cuma idea untuk membikinnya itu yang 'mahal'.
"Saya sudah biasa dengan enjin RB20, itu sebab saya tiada masalah untuk menciptanya menjadi motosikal buatan sendiri untuk dipamerkan pada Art of Speed (AOS) 2017 hujung bulan ini di Serdang, Selangor.
"Ramai yang memberi kritikan meskipun sudah berjaya menghidupkan enjinnya, namun saya abaikan semua itu kerana kenderaan itu masih belum siap sepenuhnya," katanya yang juga seorang 'drifter' ketika usia muda.
Menurut Abdul Rasid, kali ini adalah penyertaannya yang ketiga dalam AOS dan sehingga kini sudah mengubahsuai lebih sepuluh motosikal kostum sejak empat tahun lalu.
Dia yang mempunyai kemahiran mekanikal sejak 29 tahun lalu berkata, lebih berminat untuk merekacipta berbanding mengubah suai kelajuan motosikal kerana tidak mahu kepakarannya disalah guna oleh pihak yang tidak sepatutnya.
"Keluarga saya tidak menghalang hobi saya malah jiran serta orang kampung menyokong aktiviti yang saya lakukan."Kemahiran saya juga diturunkan kepada anak sulung yang mempunyai lulusan Sijil Juruteknik Motosikal," kata bapa kepada empat anak itu.
Video dan gambar projek motosikal monsterRB20 yang dimuat naik menerusi Facebook Acid Welding menerima lebih 6,000 perkongsian serta ditonton lebih 50,000 pengguna laman sosial berkenaan sejak Ahad.Sumber:  https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/245685/akibat-sakit-hati-kereta-jadi-motosikal-metrotv 


Tuesday, 18 July 2017

Kerana Melahirkan Anak Perempuan, Mertua Pukul Menantu Dengan Kayu Hoki





Seorang wanita telah dipukul dengan kejam oleh keluarga mertuanya kerana telah melahirkan anak perempuan.

Menerusi sebuah klip video, seorang wanita teruk dipukul oleh dua orang lelaki dengan menggunakan kayu hoki di bahagian depan dan belakang badannya.

Video tersebut tular selepas mangsa yang dikenali sebagai Meena Kashyap, 35 tahun, membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana sering dipukul oleh keluarga suaminya.

Menurut laporan media tempatan, keluarga lelaki itu dikatakan tidak boleh menerima kenyataan apabila Meena telah melahirkan anak perempuan kerana bagi mereka ia merupakan sesuatu yang malang bagi keluarga.

Kejadian itu telah mendapat perhatian daripada pihak polis apabila video mangsa dipukul mula tersebar di media sosial di seluruh negara. 

Tindakan pihak polis telah berjaya menahan suami mangsa, Daljit Singh, abang ipar mangsa, Kamaljeet dan rakan mereka yang dikenali sebagai Gaurav dan kes tersebut masih dalam siasatan.





Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...