Saturday, 28 July 2018

SUAMI ISTERI MAUT MOTOR DILANGGAR DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT



KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut di persimpangan lampu isyarat selepas motosikal Yamaha Lagenda ditunggang mereka dilanggar dari belakang oleh kereta Toyota Hilux.

Kemalangan itu yang membabitkan mangsa masing-masing berusia 38 tahun berlaku di persimpangan itu di Jalan Kepong dan Jalan Jinjang Permai, di sni, pada jam 6.50 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata susulan kejadian itu, pemandu Toyota Hilux bertindak melarikan diri selepas meninggalkan keretanya di kawasan berkenaan.

Ketika ini, katanya, pihaknya memburu suspek yang juga lelaki tempatan berusia 24 tahun.

"Kita sudah pergi ke alamat pemilik kereta itu di Kepong, namun mendapati tiada penghuni.

"Lokasi kemalangan mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Akibat kemalangan itu, kereta dan motosikal terbabit mengalami kerosakan masing-masing di bahagian depan dan belakang.

"Pada masa sama, waris mangsa berkenaan sudah dihubungi berhubung isu berbangkit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BH ONLINE




Friday, 27 July 2018

Dirogol boyfriend dan kawan-kawan



PADAH mengikut teman lelaki menaiki motosikal, gadis berusia 14 tahun dirogol beramai-ramai oleh teman lelaki dan beberapa rakan suspek yang tidak dikenalinya, di rumah di Taman Seri Bayu, Kuala Besut, Jertih.

Dalam kejadian pada 20 Julai lalu, pelajar Tingkatan Dua yang berasal dari Tawang, Bachok, Kelantan, itu dihubungi teman lelakinya itu 2.15 pagi ketika berada di rumah di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, teman lelaki mangsa mengajaknya keluar bersiar-siar sebelum mangsa bersetuju dan mengikut suspek menaiki motosikal.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke rumah di Taman Seri Bayu, sebelum merogol mangsa bersama beberapa rakan lelaki lain di rumah itu.

"Selepas kejadian rogol itu, mangsa ditinggalkan di kawasan Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh dan pulang sendiri ke rumahnya di Kelantan, dalam keadaan lemah dan kesakitan," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Mohd Zamri berkata, susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku pada 3.30 petang 22 Julai, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Sehubungan itu, mangsa dibawa ke Hospital Perempuan Zainab, Kota Bharu, untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa," katanya.

Mohd Zamri berkata, bertindak di atas laporan, polis berjaya memberkas teman lelaki mangsa berusia 17 tahun di rumah di Kampung Telaga Papan, Semerak, Cherang Ruku, pada 2 pagi Isnin lalu.

"Siasatan mendapati, suspek turut memiliki rekod lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Besut," katanya.

Katanya suspek kedua iaitu pelajar Tingkatan Lima di Pasir Putih, ditahan di rumah di Jalan Tok Bali, Semerak, kira-kira 2 pagi Rabu lalu.

"Polis masih memburu dua lagi suspek yang kini dipercayai sedang menyembunyikan diri untuk membantu siasatan kes ini," katanya.




Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...