Tuesday, 31 October 2017

NEW FEATURE: TERSILAP HANTAR MESEJ KAT WHATSAPP? KAU DAH BOLEH DELETE DAH SEKARANG NI


Memang dah lama saya tunggu saat ni tiba. Khas untuk pengguna Apple dan Android. Kita sekarang dah boleh delete mesej kat Whatsapp yang kita tersalah hantar.

Maklumlah, jari semua dah gemuk. Asyik typo sesaja. Atau mungkin juga ada situasi kita tersilap hantar mesej kat kawan atau pasangan. Patut nak hantar kat orang lain.

Kalau kesilapan tu pulak sangat memalukan, aduh! Memang akan berlakulah awkward moment lepas tu bila kita jumpa dia face to face. Kalau dia sporting takpa juga.

Okay, tak nak sembang banyak-banyak. Jom kita tengok, macam mana cara nak delete mesej Whatsapp ni.

1. Buka aplikasi Whatsapp dan pergi kat chat yang ada mesej yang kau nak delete tu.

2. Tap dan hold mesej tu. Kalau kau nak delete banyak-banyak mesej sekaligus, tap-lah semuanya.

3. Tap ikon "Delete" yang ada kat atas skrin fon kau dan pilih "Delete for everyone".

4. Nak pastikan kau boleh delete mesej tu kau kena update aplikasi Whatsapp tu kepada versi yang terkini.

5. Lagi satu, penerima mesej pun kena ada aplikasi WhatsApp yang terkini juga.

6. Mesej yang kita berjaya delete akan diganti dengan "This message was deleted".

7. Pastikan kau delete mesej tu dalam masa 7 minit tau. Kalau tak, memang tak boleh delete dah.

8. Iya, memanglah ada kemungkinan kawan atau pasangan kita tu boleh terbaca mesej tu sebelum kita delete.

9. Dan, ada kemungkinan juga dorang dah screenshot siap-siap. Nasib kaulah. Haha!

Tapi, feature terbaru ni memang sangat membantu. Mungkin boleh selamatkan hubungan suami isteri dan elakkan sengketa dalam persahabatan.

SHARE jika bermanfaat. Bila semua orang dah update feature terbaru ni, barulah feature ni berfungsi untuk semua orang. Yeah! No more typo and awkward moment. Haha! - HF

Sumber #harithfaisal

Ada kawan kau yang rajin typo dan jari gemuk?









Monday, 30 October 2017

Kemalangan maut di highway plus ayer keroh - simpang ampat yang seakan sama dengan kemalangan di R&R Seremban tempoh hari

Kemalangan maut di highway plus ayer keroh - simpang ampat yang seakan sama dengan kemalangan di R&R Seremban tempoh hari.

Menurut saksi kejadian (perakam video kejadian), ada sebuah kereta BMW yang kerap memberi high beam kepada beliau dan turut memintas beliau serta menekan brek seolah2 menyuruhnya memperlahankan kenderaan. Rupanya ada sebuah treler yang sedang memandu kekiri kekanan yang membahayakan kenderaan lain. Kemudian berlakulah kemalangan tersebut.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dan sebuah treler. Mangsa kereta seramai 4 orang 1 wanita dewasa, 1 lelaki dewasa dan 2 kanak2. Manakala mangsa lori ialah seorang lelaki dewasa. Mangsa wanita dan pemandu lori disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Mangsa kereta lelaki dewasa dan 2 kanak2 cedera dibawa ke Hospital oleh EMRS dan ambulance Hospital..

Video (1)


Video 2

Sunday, 29 October 2017

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus 'Datuk Seri' ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, pagi semalam

Anggota RELA dakwa dipukul Datuk Seri

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus 'Datuk Seri' ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, pagi semalam.

Salah seorang daripada mangsa, Melvin Cheong Mun Khai,19, berkata kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu bermula ketika dia yang melakukan kawalan bersama rakannya, Leong Jiun Jie,21, meminta Datuk Seri berusia 28 tahun untuk mengalih kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Mun Khai mendakwa, teguran itu menyebabkan lelaki berkenaan naik berang sebelum dia bertindak menepuk meja dan memaki hamun mereka.

"Seorang rakan, Lee Weng Poh, 27, yang turut bertugas ketika itu datang dan cuba meleraikan keadaan tetapi, dia ditampar lelaki itu.

"Datuk Seri itu turut memukul dan menendang kami selain mengugut akan mengapa-apakan kami selepas ini," katanya.

Mereka ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Mun Khai berkata, kejadian mengakibatkan mereka masing-masing cedera bengkak di mata kiri selain sakit di beberapa bahagian badan.

Katanya, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Ampang bagi membolehkan tindakan lanjut diambil polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

"Kita juga sedang menyiasat bagi mengenal pasti suspek serta pengesahan berhubung status Datuk Seri itu," katanya dalam satu kenyataan.

Friday, 27 October 2017

SUAMI isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang ini.

SUAMI isteri maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang ini.

Lau Lian Huat, 62, dan isteri Lim Ah Gim, 60, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, sebuah treler dari arah utara dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan mangsa, Proton Preve serta Proton Waja.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata, sebuah jentera dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan.

"Anggota bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Pemandu dan penumpang Perodua Alza disahkan meninggal dunia manakala tiga mangsa lain cedera.

"Semua mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk rawatan. Mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama bagi bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

▶Harian Metro

#ibforoadblock


8 rakyat Vietnam yang disyaki perkosa budak 4 tahun di Jalan Matang direman 8 hari

KUCHING.
8 rakyat Vietnam yang disyaki perkosa budak 4 tahun di Jalan Matang direman 8 hari

Mahkamah Kuching semalam membenarkan tahanan reman selama lapan hari terhadap lapan rakyat Vietnam yang disyaki merogol seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Jalan Matang pada Isnin lalu.

Pendaftar Mahkamah, Satia Kombi membenarkan tahanan reman bagi kesemua suspek yang berusia di antara 18 hingga 47 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes terbongkar apabila mangsa yang merupakan anak kepada majikan suspek, yang ibunya warga Vietnam dan bapanya penduduk tempatan, mengadu sakit pada bahagian kemaluan pada tengah malam Isnin lalu.

Ibu mangsa yang berusia 33 tahun kemudian memeriksa kemaluan anaknya dan mendapati terdapat kesan lendir.

Curiga dengan hasil penemuan tersebut, sekitar jam 3 pagi, ibu mangsa dan suami membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kawa, sebelum sekitar jam 5 pagi, pasukan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan menahan ksemua suspek di rumah keluarga mangsa.

Kesemua suspek merupakan pekerja bapa mangsa yang menumpang sementara di rumah ibu mertuanya kerana menunggu kapal yang digunakan untuk menangkap ikan di laut dalam siap dibina.

Bapa mangsa katanya, baharu sahaja menjalankan perniagaan perikanan laut dalam selepas kembali ke Kuching tiga bulan lepas setelah sekian lama menetap di Vietnam.

Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan. – Sarawakvoice



Kita mungkin tidak ditakdirkan untuk bersua di dunia, namun aku mohon pada Allah taala agar kita berjumpa di taman-taman syurga kelak. InsyaAllah, amin.

Hari ni tergerak hati nak ke sekolah dengan kereta. Aku bawa terus 60 buah beg sekolah untuk simpan kat sekolah dan agih lepas peperiksaan akhir tahun nanti.

Lalu depan Pasar Gombak, kelihatan seorang budak perempuan sedang memimpin tangan ayahnya dan menyekat teksi belakang kereta aku. Melalui cermin pandang belakang, aku perhati teksi berwarna hijau itu tidak berhenti!

Terus aku berhentikan kereta. Walau dah terlepas jauh, tak sanggup aku nak biarkan anak kecil dan lelaki buta berpanasan ditepi jalan macam ni. Aku undur kereta dan berhenti betul-betul didepan mereka.

" Oh, kereta biasa. Ingatkan teksi," kata si ayah selepas anaknya berbisik ditelinga.

" Abang nak pergi mana? Meh saya hantarkan."

" Saya nak hantar anak saya ni ke Sekolah Danau Kota. Lepas tu tunggu anak darjah 5 pula pulang dari sekolah," balas si buta jujur.

Aku buka pintu kereta, dan pelawa mereka masuk. Dalam kereta kami berborak. Tentang kehidupan dia, tentang apa saja. 

Kadangkala kami gelak bersama bila aku bergurau dengan dia.
Anak dia ada 4. 3 perempuan satu lelaki. Yang sulung tingkatan 1, yang bongsu 2 tahun.

Yang dalam kereta ni, namanya Hadini Fatihah. Tahun 1 Gemilang. Cantik dan petah budak ini. Jalan ke sekolah dia yang tunjuk, tanya apa saja tentang keluarga dengan lancar dia jawab.

Sebelum turun kereta, aku sempat bagitahu dia tentang Projek Beg Sekolah yang aku lancarkan.

Kejadian aku tiba-tiba tergerak hati nak bawa kereta, nak bawa beg, teksi hijau tak berhenti dan aku memberi tumpang mereka bukan kebetulan. Ini perancangan Allah taala. Cantik dan sempurna kan?

Sebaik turun kereta, aku serahkan 3 buah beg untuk anak-anak dia yang bersekolah serta sedikit sumbangan wang untuk perbelanjaan harian. Lepas tu aku minta izin untuk ambil gambar dia dan Hadini Fatihah.

Alhamdulillah, keluarga ini tidak pernah aku kenali. Tapi Allah aturkan agar keluarga mereka merupakan penerima pertama Projek Beg Sekolah untuk kegunaan 2018.

Senyumlah pengirim sumbangan sekalian, ada doa yang baik-baik dititipkan buat kalian dari si buta dan anak-anaknya ini. Dan pahala yang berterusan mula mengalir ke akaun simpanan pahala kalian.

Tenang dan yakinlah dengan janji Allah.

Kita mungkin tidak ditakdirkan untuk bersua di dunia, namun aku mohon pada Allah taala agar kita berjumpa di taman-taman syurga kelak. InsyaAllah, amin.

Sumber Info Mohd Fadli Salleh




Vida nafi hubungan istimewa dengan Iqbal


Sepang: Selepas 'dilaga-lagakan' di media sosial dan portal berita, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, hari ini mengesahkan beliau tiada hubungan istimewa dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23.

Pengakuan itu dibuat Vida dan Ahmad Iqbal selepas ditemui wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejurus melepaskan 15 pelajar dan tiga guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah menunaikan umrah di Tanah Suci, petang ini.

Vida berkata, beliau akui reputasinya serta emosi anaknya terganggu dengan penyebaran kisah cinta palsu antara beliau dan pembantu peribadinya itu sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, beliau juga memohon maaf di atas 'kekecohan' yang berlaku itu dan ia tercetus disebabkan sikapnya yang berdiam diri mengenai hal berkenaan.

"Saya harus hentikan perkara ini dan saya ingin jelaskan bahawa saya tiada sebarang hubungan dengan Iqbal.

"Malah, saya juga sudah tukarkan Iqbal ke jabatan lain dan buat ‘marketing’ (pemasaran) jadi, dia tidak perlu lagi menjadi PA saya lagi. Sebenarnya, saya ada empat pembantu yang menjaga pelbagai bahagian dan bahagian Iqbal ini saya kosongkan," katanya.

Sementara itu, Iqbal berkata, dia akui tidak memberi penjelasan secara tepat mengenai perkara itu sehingga wujud pelbagai cerita.

Menurutnya, dia pula tidak boleh memberikan jawapan sebenar memandangkan majikannya itu sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

"Pelbagai berita tersebar termasuk kononnya ibu saya, Maznuni Che Yusof, 49, merestui hubungan itu sedangkan ibu saya hanya menjawab jodoh itu ketentuan Allah.

"Soal jodoh itu ketentuan tuhan dan kita berusaha yang terbaik dan saya tidak kata saya miliki dia dan saya juga tidak kata dia jodoh saya jadi saya berserah pada takdir," katanya.

Katanya, dia sebenarnya tidak tertekan dengan isu berkenaan cuma marah apabila ada yang kata Datuk Seri Vida mahukan lelaki muda dan seorang yang gatal.

"Benda (kenyataan) itu sangat sensitif, salahkah dia ingin bahagia dan dia sangat cantik bukan tak (tidak) cantik, masih awet muda dan dia berusaha mengeluarkan produk terbaik.

"Saya meminta semua pihak menghentikan kecaman kepadanya. Saya pula macam terganggu dalam segi kerja, keluarga Datuk Seri Vida juga terganggu.

"Saya juga terkesan dengan isu berkenaan tapi saya ‘stay cool’ (tenang) walaupun orang kata saya nak harta," katanya.



"Apa Itu Hari Hol Bagi Johor..."


Fakta - Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. 
Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Pada hari tersebut, doa dan tahlil diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T.
Lazimnya, majlis tersebut diadakan di Makam DiRaja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor akan mengetuai kerabat lelaki Baginda yang terdekat untuk menabur bunga dan menyiram air wangian bunga ke atas makam selepas bacaan doa oleh Dato’ Mufti.

Pada kebiasaanya, Majlis Tahlil diadakan selepas menziarahi makam. Namun, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah menitahkan bahawa majlis ini diadakan di Masjid Pasir Pelangi (sementara Masjid Sultan Abu Bakar sedang diubahsuai) pada waktu petang sehari sebelum Majlis Istiadat Ziarah Makam DiRaja.

Semua pentadbir negeri Johor berbangsa Melayu yang bergelar Dato’, Pegawai Daerah, penjawat awam negeri Johor, Penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Ahli Parlimen dan Ketua - Ketua Jabatan yang beragama Islam wajib untuk menghadiri kedua-dua upacara tersebut.

Via Page Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.





Thursday, 26 October 2017

REMAJA lelaki berusia 15 tahun maut manakala adik perempuannya berusia tiga tahun parah ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mereka di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran, hari ini.

Anak pula menjadi mangsa sehingga terkorban

REMAJA lelaki berusia 15 tahun maut manakala adik perempuannya berusia tiga tahun parah ditetak dengan parang oleh rakan sekerja bapa mereka di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 petang , remaja itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya dibawa ke Hospital Tuaran untuk dirawat.

Difahamkan, suspek berusia 66 tahun turut parah selepas dibelasah pekerja pembuat jalan dan dirawat di hospital sama.

Sumber berkata, kejadian disebabkan suspek berselisih faham dengan bapa kanak-kanak terbabit sebelum suspek datang ke rumah lelaki terbabit.

"Lelaki itu yang melihat suspek datang ke rumahnya segera melarikan diri."Bagaimanapun, suspek menyerang dua anak lelaki itu dengan parang," katanya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.





Tuesday, 24 October 2017

Tempayan Misteri Berisi Tengkorak Manusia Ditemui

BATU GAJAH: Empat tempayan misteri berisi empat tengkorak manusia ditemui di atas bukit di sebuah kawasan peninggalan lombong bijih timah di Kampung Baru Nalla, Tronoh, Selasa.

Kejadian sekitar pukul 1.30 petang itu disedari seorang kontraktor rintis Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melakukan kerja penyelenggaraan pencawang di lokasi berhampiran.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati, tempayan berkenaan tersusun rapat dengan tiga daripadanya dalam keadaan tertutup.

“Kita dapati, tulang-tulang yang berada dalam tempayan itu bercampur, ada empat tengkorak dan beberapa tulang lagi bertaburan atas tanah.

“Semua tulang ini tidak diusik dan akan dirujuk ke pakar patologi esok bagi pengesahan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan penemuan tengkorak itu ada kaitan dengan aktiviti pemindahan tulang nenek moyang kaum Cina yang telah meninggal dunia.

Katanya, berdasarkan temubual orang kampung, dahulu terdapat aktiviti pemindahan tulang nenek moyang dan saudara yang telah lama meninggal dunia untuk ditempatkan di tempat yang mempunyai fengshui yang baik.

“Siasatan awal terhadap penduduk kampung juga tidak dapat mengaitkan dengan sebarang aktiviti pemujaan atau jenayah.”Siasatan akan diteruskan dari pelbagai sudut, buat masa ini siasatan dijalankan di bawah Kertas Enkuari Polis (KEP),” katanya.

Tinjauan ke lokasi mendapati, lokasi penemuan terletak lebih tiga kilometer dari pekan Tronoh dan dalam jarak 10 kilometer terdapat jirat Cina.

Penduduk kampung memaklumkan, lombong lama itu sudah lebih 17 tahun tidak beroperasi dan jarang dikunjungi orang kecuali jika ada projek pengambilan pasir.

Seorang penduduk dikenali Sulaiman, 35, berkata, sekitar tahun 90 an, kawasan itu memang terkenal sebagai lokasi penempatan tempayan menyimpan tulang nenek moyang masyarakat Cina yang meninggal dunia.

Bagaimanapun menurutnya, setelah projek pengambilan pasir dan kelapa sawit bermula,  tempayan berkenaan dibawa keluar.

“Aktiviti itu sudah lama dan kita tak pernah dengar lagi ada tempayan diletakkan di situ sehinggalah hari ini,” katanya.

Sumber : Sinar Online

#inforoadblock


Saturday, 21 October 2017

DITETAK GARA-GARA TEGUR MUZIK KUAT​


PASIR GUDANG: Gara-gara menegur dua lelaki memasang muzik kuat daripada pembesar suara kereta, seorang remaja parah di bahagian belakang dan kepala akibat ditetak dalam kejadian, di Flat Jalan Tasek 64, Bandar Seri Alam di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz, berkata kejadian berlaku pada jam 2.05 pagi apabila mangsa berusia 17 tahun diserang kira-kira 15 lelaki di kawasan perumahan itu.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa menegur dan menasihati dua suspek memasang lagu dan muzik dengan kuat menggunakan pembesar suara kereta mereka yang di parkir di kawasan flat.

"Teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan kecil sebelum sekumpulan suspek lain iaitu rakan kepada dua suspek yang awal datang menaiki sebuah kereta dan beberapa motosikal.

"Sekumpulan lelaki kira-kira 15 orang mengerumuni mangsa. Beberapa suspek membawa parang dan pisau menyerang mangsa menyebabkan kecederaan parah di bahagian belakang badan dan kepala," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Jokhiri berkata, semua suspek dipercayai bukan penghuni di kawasan flat berkenaan.

"Mangsa yang cedera parah dihantar dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dirawat di wad dan kini di bawah pengawasan rapi pihak hospital.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (merusuh dengan senjata) dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan senjata)," katanya.

Katanya, sehingga ini belum ada tangkapan dan pihak polis sedang giat memburu suspek.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.


OlehMohd Fahmi Mohd Yusofs



Friday, 20 October 2017

TIPS BILA ANAK SENTIASA MINTA DIDUKUNG

1. AJAR KONSEP “BYE- BYE”.

Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia. Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.

2. KENA SELALU BERCAKAP DENGAN BAYI WALAUPUN DIA TAK FAHAM

Bagitahu nak pergi toilet, nak pergi makan nak kemana-mana kena report bigboss. Nanti lama-lama dia faham, makan dekat dapur, toilet dekat mana dan sebagainya.

3. KALAU PERGI MANA-MANA, BAWA MAINAN YANG DIA BIASA MAIN UNTUK DIA RASA SELAMAT MACAM RUMAH.

4. KALAU PUNCA BERDUKUNG SEBAB BOSAN, BAGI DIA PEGANG APA-APA BARANG BARU YANG SELAMAT.

Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.

5. UNTUK YANG DAH PANDAI MERANGKAK ATAU BERJALAN, SELALU MAIN KEJAR KEJAR DENGAN DIA.

Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak .

6. CARA TERAKHIR, KALAU BAYI MINTA DUKUNG TAPI KITA CAKAP ADA KERJA NAK BUAT.

Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap “ok dah siap” sambil pandang anak. Masa ini baru boleh pergi ke anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak. Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.

Yang penting dalam semua diatas adalah emosi kita masa handle masalah anak nak berdukung. Kena relaks, muka pun tak boleh berkerut kena senyum je masa letak dekat bawah. Jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh kesan emosi dan reaksi kita berkerut yang kelam kabut itu.

Semoga bermanfaat. Terima kasih.
SILA SHARE

Kredit: Petua Orang Kampung

JOM LIKE Sirap Laici

Thursday, 19 October 2017

Benjy dihukum penjara 11 tahun,denda RM312,539


MEDAN: Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy, dihukum penjara 11 tahun hari ini selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera April lalu.

Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah jenis itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu.

Selain hukuman itu, aktor berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

  
Hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun dicadangkan pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati.

"Kami mengisytiharkan defendan, Benjy terbukti bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal narkotik," kata ketua hakim, Prasetyo Wibowo.

Benjy, anak sulung pelakon lagenda Malaysia, Allahyarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013. - AFP



Monday, 16 October 2017

SOTONG MASAK SAMBAL KARI



BAHAN

8 ekor sotong segar besar
4 sb cili kisar
2 sb rempah kari ikan
1 batang serai diketuk
Air asam jawa
Garam & gula
5 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
Sedikit minyak untuk menumis

CARA

1. Rebus sotong seketika tanpa air untuk mengeluarkan cecair sotong
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang dibancuh sedikit air serta daun kari
4. Tumis hingga pecah minyak. 
5. Tuangkan sedikit air asam jawa
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Masukkan sotong, gaul balikkan hingga sebati. Jangan terlalu lama takut sotong jadi liat

Like Page Aneka Resepi Masakan



Sunday, 15 October 2017

CARA MERAWAT PENYAKIT SOPAK GARAM

Saya kena ni time bujang2 dulu... slalu kena bila cuaca sejuk or wktu mlm....kyra dpt petua dri fb n cuba buat Alhamdulilah dgn izin Allah sya sembuh smpai skrg xda dh naik benda ni..
Nie sya share skit petua dia..

SOPAK GARAM :
Sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk. Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.

Sebenarnya sopak garam adalah penyakit dari gangguan jin. Orang-orang lama menyebutnya, kena "ludahan jin".
Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak. Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk.

CARA MERAWAT
1. sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.
2. mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul.
3. mulakan dengan mandian air garam. jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. biarkan kering seketika. selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.
4. mandian dengan air campuran sintok dan limau. jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.
5. kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.

Boleh share moga bermanfaat 🙂

Sumber Kredit Ayumi Kyra



Polis nafi berita haiwan aneh di hutan Pahang

KUANTAN: Polis Pahang menafikan dakwaan wujudnya makhluk aneh iaitu haiwan menyerupai manusia kononnya ditemui di hutan di negeri ini, seperti yang viral di media sosial, sejak semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, berdasarkan gambar dan keterangan yang viral itu pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mendapati ia bukan berlaku atau ditemui di Pahang.

"Hingga kini tiada apa-apa maklumat dan laporan polis diterima. Kita menafikan berita berkenaan dan minta semua pihak hentikan daripada viralkan berita sedemikian.

"Kemungkinan besar gambar berkenaan dimuat turun daripada Internet dan sengaja diviralkan kononnya berlaku di Pahang," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan catatan yang disiarkan dalam layan media sosial itu mendakwa makhluk aneh berkenaan ditemui di sempadan hutan dekat Pahang dan ketika ditemui makhluk itu masih bernyawa serta ditempatkan di makmal rahsia.

Rosli meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan cerita yang disebarkan tanpa asas yang kukuh itu. Difahamkan gambar dan video itu dimuat naik dari laman sesawang yang menjual barangan permainan kanak-kanak di luar negara.



Akibat tidak balik rumah suami maut ditikam isterinya itu

Dayah cinta hati Daus .. Akibat tidak balik rumah Daus maut ditikam isterinya itu
Muar : Pasangan Daus dan Dayah berkawan semenjak zaman remaja lagi, semasa berkawan itu Daus selalu meluahkan rasa sayang nya pada Dayah dan berhasrat mengambil kekasihnya itu menjadi isteri yang sah.

Sehingga lah Januari 2017 Daus menyuarakan hasrat nya untuk menikahi Dayah sehingga lah mereka diijabkabul pada April lalu dan sah menjadi suami isteri.

Saat-saat bahagia mereka selalu di kongsi Dayah melalui laman sosial nya berbagai luahan perasaan bahagia ditulis Dayah dilaman sosialnya tanda sayang nya dia pada Daus.

Begitulah reaksi kedua-dua mereka mengecapai kebahagian berumahtangga selama 6 bulan hidup sebagi suami isteri sehinggalah semalam 14.07.17.

Pertengkaran sepasang suami isteri yang baru enam bulan mendirikan rumah tangga bertukar tragedi apabila si suami ditikam sehingga mati oleh isterinya dalam kejadian di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, disini pada petang Sabtu.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, 28, maut ditikam isterinya yang berusia 18 tahun kerana tidak berpuas hati selepas mangsa dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Besar, Muar berada di lokasi kejadian yang merupakan rumah persinggahan dan stor penyimpanan barangan tempatnya bekerja sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek dan berlaku pertelingkahan.

Ibu mangsa, Rohani Sharif, 57, berkata, dia hanya dimaklumkan kejadian itu sekitar 2.30 petang oleh ibu dan bapa suspek wanita berkenaan yang datang yang datang ke rumahnya.

Katanya, sejak anak sulungnya itu mendirikan rumah tangga, mereka menetap di kediaman keluarga suspek (isteri) di Parit Bunga, Tangkak.

Jelas Rohani, pada tengah hari semalam, menantunya ada menghubunginya untuk bertanya tentang anaknya itu berikutan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka pertanyaan menantunya itu bertukar tragedi, hingga menyebabkan anaknya kehilangan nyawa akibat tikaman di bahagian dada.

Rohani memberitahu, kali terakhir bertemu anaknya itu pada Jumaat lepas.

“Setiap Jumaat saya pergi pasar beli barang dapur, tapi yang Jumaat (semalam) ini saya tengok dia tak ada. Jumaat lepas saya sempat tengok dia dan makan serta berbual dengan dia. Ayah dia pun sempat (bersama) dan bersalam-salaman,” ujar Rohani.

Rohani ditemui Astro AWANI di pekarangan Unit Forensik Hospital Muar sementara menunggu mayat mangsa selesai menjalani proses bedah siasat.

Katanya, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

Katanya, suspek wanita berkenaan telah ditahan di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semoga ibu arwah Daus tabah dengan dugaan yang menimpa anak nya cinta Daus pada Dayah sampai titisan darah terakhir akibat selisih faham Daus dan Dayah Daus maut tragis. Al fatihah.





Resepi Gulai Nenas Ikan Talang

Gulai Nenas Ikan Talang

Bahan:
Nenas dipotong nipis
Tulang ikan talang masin

Bhn masak:
Rempah kari
Santan cair

Bahan tumis:
Bwg merah
Bwg putih
Daun kari
Minyak utk tumis

Cara-cara boleh lihat video.

Kredit Video Dan Resepi : 📸IG Rosehayatie 
Kredit gambar:aleen aziz,ct payung

Like & Share 
Resepi Mama HQ



Saturday, 14 October 2017

Ular ini tak boleh dibunuh atau dicederakan oleh senjata malahan ia mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri. Huh.. mengejutkan?

Ular ini tak boleh mati!!
Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular spesis baru. Menurut Nat Geo Wild, ular tersebut akan bertambah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dengan sekali suapan setiap 30 saat atau kurang.

Ular ini tak boleh dibunuh atau dicederakan oleh senjata malahan ia mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri. Huh.. mengejutkan?

Saintis mendakwa bahawa hanya ada satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh.

Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia. Ular ini hanya boleh di dapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di bawah pilihan permainan, ular Xenzia. Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca ini. 

🤣🤣🤣😂



Thursday, 12 October 2017

Seorang warga emas berusia 60 tahun mengaku bersalah bertindak 'nakal' hari ini selepas ditangkap mencucuk pencungkil gigi dalam kerusi bas, kes yang menonjolkan pendekatan tegas negara itu, walaupun kepada kesalahan kecil.

SINGAPURA.
Warga tua 'nakal' mengaku salah

Seorang warga emas berusia 60 tahun mengaku bersalah bertindak 'nakal' hari ini selepas ditangkap mencucuk pencungkil gigi dalam kerusi bas, kes yang menonjolkan pendekatan tegas negara itu, walaupun kepada kesalahan kecil.

Lim Lye Seng mengaku melakukan kesalahan itu di mahkamah daerah dan meminta didenda, walaupun pendakwa raya mendesak dia dipenjarakan.

Kesalahan bertindak 'nakal' membawa hukuman maksimum setahun penjara.

Dia dijadualkan dijatuhi hukuman November ini.

"Saya merayu hukuman ringan," kata Lye Seng kepada mahkamah menerusi penterjemah, menambah dia menyara dua anak kecil dan ibu bapanya.

Lye Seng mencucuk pencungkil gigi dalam kerusi bas empat kali antara Julai dan Ogos dan memberitahu penyiasat dia sekadar berjenaka kerana bosan.

Kes itu diketahui ramai selepas pengguna Facebook menyiarkan gambar tiga pencungkil gigi pada kerusi bas, dan imej itu menjadi viral.

Republik itu, yang kadar jenayahnya antara paling rendah di dunia, mempunyai undang-undang tegas bagi kesalahan kecil seperti vandalisme, yang boleh dihukum sebat.

Import dan penjualan gula-gula getah diharamkan kecuali bagi tujuan perubatan.



Wednesday, 11 October 2017

Waspadailah Istri-istrimu


Sri adalah gadis desa yang anggun dan berwajah sedikit cantik dan sedikit manis, tapi dia seorang yang  teramat pintar. Sedangkan suaminya adalah seorang yang berwajah biasa tapi amat peramah dan sedikit don yuan. Dia suka menggoda gadis2 cantik di desanya.

Pada suatu hari Sri pergi ke sungai ingin mencuci baju. Ketika baru saja memulai mencuci, dilihatnya seekor ikan emas yg tersepit di antara bebatuan sdg meng-gelepar2.

Melihat ikan emas tsb,  Sri menghampirinya, namun terjadilah keajaiban si ikan emas bisa bicara: “Kalo kau menolongku, aku akan mengabulkan 3 permintaanmu. Tapi ingat, apa yg kamu minta akan membuat suamimu mendapatkan 10 x lipat dari apa yg kamu minta.”

Sri pun segera menolong ikan tsb dan langsung minta supaya wajahnya cantik. 
“Tapi ingat … suamimu akan menjadi 'paling tampan di dunia', yang akan membuat sifat don yuannya akan semakin menjadi-jadi” kata si ikan mengingatkan.

“tiada masalah,” jawab Sri.

"Abrakadabra . . . " dan jadilah Sri wanita yg amat cantik. Begitupun sang suami, menjadi amat-sangat tampan sekali.

Permintaan ke 2, Sri ingin menjadi kaya, “Ingat, suamimu akan 10x lebih kaya, apa kamu tdk takut?” kata   ikan emas tsb.

“Ah, tidak apa2. Kekayaan miliknya itu juga milikku,” jawab Sri  tenang.

"Abrakadabra . . " dan jadilah Sri orang yg kaya. Begitu juga suaminya, kekayaannya 10 x lipat kekayaan Sri.“

"Apa permintaanmu yg ke 3 Sri?” tanya si ikan emas.

“Aku ingin mendapatkan serangan jantung ringan2 saja.”
"Abrakadabra dan jadilah    Sri kena serangan jantung ringan sedangkan suaminya 10x lipat kena serangan jantung n meninggal

Dan jadilah Sri seorang janda cantik yang kaya raya, pewaris harta yang amat banyak.

☝Hati2 lah dengan wanita.

 Jika Anda para suami tidak  mau meninggal terkena serangan jantung mendadak, laranglah istri Anda mencuci di sungai. Belikan segera mesin basuh.

1. LG 10KG $490.00
2. Panasonic 10KG $560.00
3.Hitachi 10KG $470.00

Memberus di rumah juga boleh supaya tidak ketemu ikan seperti dalam kisah di atas. 

Waspadalah...!!! Waspadalah…!!! Waspadalah….!!!.

🤣🤣🤣🤣🤣🤣



Tuesday, 10 October 2017

Yusuf Azmi ditahan kerana membocorkan maklumat tentang polis dipayung oleh tokey pusat judi...


Ya Allah, Kau panjangkanla umur Yusuf Azmi , Kau murahkanlah rezeki beliau, Kau peliharalah beliau dari segala perkara negatif, dari segala keburukan baik dari manusia mahupun benda sekeliling beliau,

Kau kuatkanlah dia untuk dia sentiasa membantu masyarakat masyarakat di Malaysia, untuk terus kuat menabur bakti dan menghapus segala keharam yang berlaku dinegara Malaysia ini,

Kau wujudkan lebih ramai lagi orang orang yang bersifat seperti beliau supaya negara Islam ini terus kekal dilandasan yang benar, agar negara Islam ini menjauhi segala perkara perkara yang haram,

#support #PPIM #YusufAzmi #Islam


Friday, 6 October 2017

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI


Bahan2
1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Siapppp...!!!
.
Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato 😋😋😋
Pemilik Resepi - Salimah Olie (mahn)



Kes penderaan kanank-kanak..Kanak-kanak di mangga pada tong gas.

Kes Penderaan Kanak2

*1. Keterangan kes*
Pada jam lebih kurang 1000hrs 5/10/17 KPB Ktn telah maklum pada Asp Nayan terima maklumat drp orang awam bagi tau ada satu budak Melayu didera, diikat dan dikurung di alamat No:1,Lrg IM 1/13,Ktn .

*2.Tindakan:*

Pada jam lebih kurang 0945hrs 5/10/17 Asp Nayan smpai di lokasi di alamat No:9,Lrg 1/13 IM,Ktn dan telah ketuk pintu hadapan dapati tiada sesiapa yg membuka pintu.
Periksa drp tingkap belakang nampak satu budak (mangsa) terbaring di tepi satu tong gas warna hijau dengan leher diikat dgn rantai.
Asp Nayan telah pecah masuk ke dalam rumah trsebut dan dapati budak lelaki melayu tersebut tidak sedarkan diri setelah dikejutkan beberapa kali.
Asp Nayan telah memotong rantai yg dililit  pada bahagian tengkuk mangsa dan dikunci dengan mangga.

Setelah dikejut namun mangsa tidak sedarkan diri.
Ambulan dipanggil dan telah hantar mangsa ke Htaa utk rawatan.

* 3. Tangkapan*

Tangkapan (suspek) dalam kes ini telah dibuat ke atas bapa mangsa iaitu :

Nama : Mohd Farid Fikri B. Mohamad
Kp No : 850506×××××9
Kerja : Unit Amra, Tentera Kem Batu 10, Jln Gambang Ktn Pahang.

Pengakuan awal suspek telah beberapa kali perlakukan sebegini kerana anak degil/ ponteng sekolah.

Repot FIR masih dlm tindakan
Doktor masih dalam proses pemeriksaan di zon kritikal..







Baru 28 minggu, tapi rasa ada air keluar. Adakah air ketuban? Ada beberapa kemungkinan, jika terdapat cecair yang keluar dari bawah

Baru 28 minggu, tapi rasa ada air keluar. Adakah air ketuban?
Ada beberapa kemungkinan, jika terdapat cecair yang keluar dari bawah.

1. Air ketuban (Amniotic fluid)
2. Urine
3. Semen (air mani)

Sekiranya mommies tak pasti yang mana satu, lebh baik dapatkan pemeriksaan doktor. Doktor akan periksa dan tentukan.

Sekiranya disahkan air ketuban (amniotic fluid), apa nak buat?
Air ketuban yang pecah terlalu awal mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti

1. Ibu yang merokok
2. Jangkitan kuman
3. Mengandung kembar
4. Sejarah pernah berlaku pecah air ketuban awal pada kandungan sebelum ini.

Bahaya tak kalau air ketuban pecah?

Air ketuban yang pecah akan menyebabkan baby akan bersalin awal dan risiko jangkitan dalam rahim. Selain itu, pecah air ketuban awal juga berisiko menyebabkan cord prolapse/compression, iaitu tali pusat terkeluar atau tertekan. Ini adalah satu kecemasan yang mana pembedahan segera perlu dilakukan kerana risiko baby lemas akibat tidak cukup oksigen mungkin berlaku jika dibiarkan.

Jadi kebiasaannya, kalau air ketuban pecah pada peringkat awal ni, memang kena admit hospital untuk beberapa hari. Dr akan buat beberapa pemeriksaan, start antibiotic untuk prevent infection, bagi suntikan steroid untuk mematangkan paru2 baby dan pemantauan berkala akan dilakukan.

Kalau air ketuban pecah, segera ke hospital berdekatan.

Semoga bermanfaat. Sila share.

Poliklinik Az-Zaara
Pusat Penjagaan Antenatal Pilihan Anda
03-4263686/011-52300300



Thursday, 5 October 2017

Anak Sihat Susu Putih, Anak Demam Susu Kuning’ – Keajaiban Susu Ibu, Bertukar Warna Mengikut Kondisi Kesihatan Bayi

Anak Sihat Susu Putih, Anak Demam Susu Kuning’ – Keajaiban Susu Ibu, Bertukar Warna Mengikut Kondisi Kesihatan Bayi.

Susu dari badan ibu memang tidak dinafikan mempunyai banyak khasiat untuk bayi. Malah, para ibu di Malaysia dinasihatkan agar memberi bayi susu badan sehingga anaknya berusia 2 tahun.

Tapi, ada ‘sesuatu yang lebih ajaib dari khasiat’ yang dikesan oleh seorang ibu di Pennsylvania apabila mendapati air susunya bertukar warna berdasarkan tahap kesihatan bayi itu sendiri.

Ashlee Chase menulis di Facebook dengan niat untuk memberitahu orang ramai mengapa pentingnya menyusu dada dari menyusu botol.

“Kenapa kamu masih memberikan anak 7 bulan minum dari dada, bagi sajalah guna botol. Dia sudah terlalu tua. Kamu perlu letakkan dia diatas katil sendiri (dengan minum susu dari botol).” tulis Chase memulakan posting terbabit.

Menurut Chase, gambar di dalam plastik itu adalah susu dari badannya. Susu yang berada di bahagian atas adalah susu ketika anaknya, Elliot berada di dalam keadaan sihat.

Susu dibahagian bawah pula adalah warna susunya ketika anaknya itu sedang demam.

Jadi, ini bermakna susu berubah warna mengikut keadaan kesihatan anak? Wow, sangat Ajaib!

Tapi sudah tentu ada penjelasan disebalik ‘magis’ ini. Seorang pengguna Facebook menjelaskan bahawa susu bertukar warna (kandungan nutrisi didalamnya) mengikut air liur bayi ketika menyusu badan.

Menurut satu kajian dari Clinical and Translational Immunology pada 2013, apabila bayi sakit, bilangan leukosit dalam susu di payudara melonjak naik.

Seorang ahli biologi dan Professor Madya di Center for Evolution and Medicine di School of Human Evolution & Social Change at Arizona State University, Katie Hinde pernah menjelaskan kepada portal thestranger.com bahawa apabila bayi menghisap puting ibunya, satu vakum (ruang tanpa udara) vakum tercipta.

Dalam vakum itu, air liur bayi akan tersedut masuk ke dalam puting si ibu dimana di mana reseptor di kelenjar susunya akan membaca isyarat di dalam air liur itu.

Kata Hinde, dengan keadaan teruja, air liur bayi itu mempunyai maklumat tentang status sistem imun bayi tersebut. Ya, selepas itu badan si ibu akan mengubah isi kandungannya supaya dapat memberi nutrisi yang sesuai mengikut keadaan bayi. Jika reseptor di kalenjar susu mengesan kehadiran patogen (sejenis mikroorganisma yang boleh menyebabkan badan tak sihat), kalenjar itu akan ‘menyuruh’ badan ibu untuk menghasilkan antibodi bagi melawan patogen tersebut. Dan antibodi itu akan disalurkan masuk ke badan bayi menerusi susu ibu bagi melawan infeksi tersebut.

Ajaib, tapi saintifik! Tapi sudah tentu mekanisme pemprosesan susu di badan manusia jauh lebih kompleks dari itu.



Resepi Rempeyek


.....................
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Bersihkan dan toskan kacang tanah. Bancuh tepung beras bersama-sama bahan lain. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan tempeyek tadi.




Wednesday, 4 October 2017

Pesan kepada anak-anak kita jika ternampak van putih di kawasan rumah atau di sekolah mohon berhati-hati dan jauhi dari van tersebut

Dapat berita ni tadi dari Group flat tempat kak mai. 
Hati hatilah semua ye. Doa dan mintak Allah jauhkan benda bahaya camni berlaku dekat kita.

Allah nak selamatkan adik ni. Memang kena pesan dan ajar anak anak tentang bahaya yang tak diduga ni.

#IbuPrihatin






Tuesday, 3 October 2017

Assalamualaikum. Nak mohon viralkan isu baru-baru ini demi jaga keselamatan adik, kakak, mak, makcik dan semua perempuan diluar sana. Beberapa hari lepas terjadi dekat kawan baik saya sendiri (panggil dia S), dia dari Sarawak dan non-muslim. Selepas dikenakan gangguan seksual dari Uber driver, memandu kereta Bezza warna merah. Dia keseorangan waktu itu dan baru nak pulang dari pusat beli belah Subang. Terjadi dalam waktu tengah malam macam tu.

Dipetik dr fb Nur Damia Azlan :

Assalamualaikum. Nak mohon viralkan isu baru-baru ini demi jaga keselamatan adik, kakak, mak, makcik dan semua perempuan diluar sana.

Beberapa hari lepas terjadi dekat kawan baik saya sendiri (panggil dia S), dia dari Sarawak dan non-muslim. Selepas dikenakan gangguan seksual dari Uber driver, memandu kereta Bezza warna merah. Dia keseorangan waktu itu dan baru nak pulang dari pusat beli belah Subang. Terjadi dalam waktu tengah malam macam tu.

Ini dialog perbualan dalam kereta waktu mereka dalam perjalanan yang saya dapat ingat. Pada awal-awalnya perbualan tu masih normal lah bagi Uber driver nak buka topik kan.

Driver: Umur berapa? camna nak sebut nama awak. 
S: 24tahun. (pastu betulkan sebutan nama)

Dah beberapa minit dalam perjalanan, Uber driver ni macam saja-saja salah masuk jalan so perjalanan mereka lagi lama.
Sehinggalah driver ni mula tanya soalan bukan-bukan.

Driver: Awak dah makan ke? Kalau lapar, saya bawak awak makan sekarang. 
S: Takpe tak payah, saya nak balik. 
Driver: Awak duduk dengan siapa. Saya ikut awak balik boleh tak?
S: Tak payah. Saya tinggal dengan family. ABANG saya tengah tunggu saya sekarang. (S saja reka cerita sbb nak jaga maklumat peribadi)

Sudah nak sampai destinasi tu, S sengaja suruh driver drop-off jauh sikit dari apartment sebab tak mau driver tu tau mana dia tinggal. Alhamdulillah selamat sampai, itu yang paling penting.

Selepas S dah keluar dari kereta dan dia jalan balik ke apartment, mujurlah ada beberapa pak guard jaga area situ. 
S terima dalam 4 misscalls dari driver tu, dan perasan ada 1 mesej dari dia mengatakan "Saya bayar awak malam ni boleh?", dalam erti kata, dia ingin bayar S untuk 'tidur' dengan dia.

Apa lagi, S balas mesej driver tu bersertakan warning. S lekas report Uber dan report polis supaya lelaki seperti dia ni ditahan, diharamkan dari memandu dan menjadi driver untuk masa akan datang.

Pada mulanya nombor telefon S kena block oleh driver tu, sebab mesej tak dapat deliver. Keesokan harinya S terima satu lagi mesej dari dia merayu dan meminta maaf.

Tapi nasi sudah menjadi bubur, sebab report sudahpun dibuat. Katanya sudah berjaya ditahan. 
Terima kasih kepada pihak berkuasa atas kerjasama dan tindakan yang sangat cepat.

Perlu ingat, mungkin S bukan mangsa pertama driver ini, mungkin ada lagi ramai perempuan diluar sana dah jadi mangsa driver ni cuma mereka hanya mampu terdiam dan terpaku untuk berbuat apa-apa tindakan. Tolong pesan kat kenalan-kenalan perempuan kamu semua, tak kira lah, adik, kakak, kawan, awek ke. Jangan biarkan mereka naik Uber/Grab/Taxi keseorangan terutamanya tengah malam.

Ni pesanan saya untuk drivers di luar sana.
DRIVERS, YOU HAVE ONE JOB; DRIVE YOUR PASSENGERS SAFELY TO THEIR DESTINATION. KALAU NAK CARI JODOH, DATING APP BERSEPAH.

Pesan jugak kat kawan-kawan yang drive Uber/Grab/Taxi, tolong jangan buat onar, jangan menggatal, jangan nak mengorat. Be a professional driver, be a gentleman. Walaupun driver diam je pun tetap dapat 5 Stars, asalkan penumpang rasa selesa dalam perjalanan. Jangan sangka perempuan tak berani melawan.

Sekian. Terima kasih.

EDIT:
Pesanan ringkas untuk perempuan kalau ada situasi terpaksa naik uber sorang2, kalau boleh duduk seat belakang. Kalau driver mencurigakan, pastikan handphone tu on, or inform kawan/kenalan, kasi info driver, info kereta. Jangan provoke driver nanti makin keruh keadaan. Jangan panik dan haruslah bertenang.

EDIT2:
Sebelum ada yang dari kamu menyalahkan mangsa berpakaian seksi or freehair. Peringatan sekali lagi, S ialah non-muslim, dan bagi lelaki sangap di luar sana mereka dianggap 'easy target'. 
Sebabkan sikap dan mentaliti salahkan perempuan ni lah lelaki sangap diluar sana berkeliaran. Kes mangsa rogol pun ada yg perempuan yg berhijab dan berpakaian tutup ya. Jadi tolong terapkan ni, apa yang kita kata tu mencerminkan diri kita yg sebenar. Buangkan tabiat menyalahkan mangsa, buang mentaliti seksis.

Dan siapa yang duk tanya S pakai seksi tu. Jawapanya TIDAK. Dia berpakaian TUTUP.
Tolong bijak sikit, jangan memandai buat andaian dan buruk sangka. Kita sendiri yang mengutuk tu belum tentu sempurna. Saya pun tidak sempurna, saya tutup aurat pun kena kacau. Orang yang baik adalah orang yang sikapnya merendahkan pandangan.

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bahagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa mereka perbuat"
-Surah An-Nur ayat 30

EDIT 3:
Atas permintaan isteri kepada driver ni yang saya terima dalam inbox merayu untuk delete gambarnya. Maka gambar tersebut sudah saya delete. Anggap ini pengajaran masing2. Saya remove sebab saya kesiankan si isteri, bukan terhadap si suami. Moga driver tersebut mendapat hidayah. Allah itu Maha Adil dan Maha Pengampun. Moga kami semua terpelihara di bawah-Nya.

EDIT 4: (mak aih jenuh sis mengedit 😅)
Walaupun saya dikejutkan dengan isu kawan saya diganggu. Tapi sampai sekarang saya masih menggunakan perkhidmatan Uber/Grab sebab saya yakin ramai driver yang baik dan saya tidak mengecam semua driver dan saya tak pernah minta semua orang boikot servis mereka. Saya takde kenderaan jadi memang Uber/Grab je saya bergantung pada masa sekarang. Jangan kerana nila setitik rosak sebelanga. Teruskan guna perkhidmatan 
Uber/Grab sebab mungkin servis tersebut satu-satunya sumber pendapatan driver di luar sana. Saya hanya minta semua untuk berhati-hati.


KUIH LOMPAT TIKAM


KUIH LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN :-

Lapisan Hijau :
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan Putih : 
1 senduk leper tepung beras ( sukatan menggunung )
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah :
1 cawan beras pulut
Santan cair secukupnya

Air Gula Melaka :
1 keping gula melaka
Air secukupnya

CARA LAPISAN HIJAU:-
Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula2 saya kacau dengan whisk,lagi mudah. Lepas tu dah mengeras baru guna senduk kayu.
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.

CARA LAPISAN PUTIH:-
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
NOTA : Lapisan putih mesti rasa masin sedikit baru sedap

CARA PULUT MERAH :-
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10 - 15 minit
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak2 sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik2kan pulut supaya masak rata
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.

CARA AIR GULA MELAKA:-
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.

CARA MENGHIDANG:-
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalm pinggan. Masukkan juga sedikit pulut
Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka..

Selamat Mencuba :-)

Resepi : Kak Azie @ Azie Kitchen
Sumber : Yanashaiful





Assalamualaikum, Seperti yg semua sedia maklum hiro smlm spatutnya telah disurgery kaki tp selepas anesthesia induction,heart rate dia rendah dan keadaan tak stabil memaksa doc hentikan surgery demi nyawa dia dan perlu delay surgery hiro sampai keadaan dia kembali stabil..

UPDATE HIRO/NANAH,

Assalamualaikum,
Seperti yg semua sedia maklum hiro smlm spatutnya telah disurgery kaki tp selepas  anesthesia induction,heart rate dia rendah dan keadaan tak stabil memaksa doc hentikan surgery demi nyawa dia dan perlu delay surgery hiro sampai keadaan dia kembali stabil.. 

Semalam sy trus ke vet utk jumpa dgn hiro dan doc tggu smpi dia sedaq dr ubat bius.. Dia nmpk lemah😭😭 sy tau hiro kuat. Semua yg msg sy utk keadaan hiro trima ksh sama2 bg skongan dan bantu sy utk kes anak malang ni.. 

Dibawah sy ada beberapa keping pic rahang depan hiro yg ptah dua yg myebabkan dia xboleh makan sendri,bila buka mulut dia ada bengkak dan darah lama, mata kanan yg rosak dan perlu dibuang,luka reput di bahagian kaki..
Xbyk pic yg sy dpt ambik sbb dlm bilik surgery sepatutnya xda rakaman video atau pic yg dibenarkan.. 

Sama2 kita doakan hiro akan cepat stabil dan dapat teruskan surgery 2hari lagi..
Masih ada sahabat2 yg sudi bantu sy utk kumpulkan dana utk kes ni tak? 
Jika ada bulehlah salurkan sumbangan ikhlas kalian ke Acc Cimb Aifaa Furry Shelter 8600961579 atau ke Acc Maybank Nor Aifaa Syazny 157429080432 dgn nota Hiro/Nanah..

Mohon share dan upkan post utk sama2 bantu sy utk bantu 1 nyawa!!























Ya Allah..Ngerinya..!! [18+] Dibaham Buaya Ketika Memancing..Yang Lemah Semangat, JANGAN TENGOK..!!

Seorang pekerja lelaki sulle bin bariah yang memancing di tepi sungai berhampiran loji air jeragan bestari sabah terpaksa mengharungi detik cemas apabila tiba tiba seekor buaya datang cuba membahamnya dan menjatuhkannya kedalam sungai.

Bagai manapun dalam kejadian Yang berlaku lebih kurang 5:30 petang semalam sulle bin bariah berjaya menyelamatkan diri dengan kecederaan tangan kanan cedera sehingga nampak tulang, paha sebelah kiri ade kesan gigitan sehingga tembus kesebelah.

Nampaknya awal tahun 2016 ini adalah tahun kemunculan buaya,selain dari pada di sabah di serawak juga sudah beberapa kali kelibat buaya memunculkan diri di tempat tempat awam.

Seperti yang berlaku baru baru ini Seekor buaya telah ditemui sesat oleh penduduk kampung di atas jalan di Tr Mancha Tawang Hulu, Tanjung Bijat, Sri Aman.

Diminta kepada orang ramai yang tinggal di kawasan sungai yang berpenghuni buaya agar lebih berhati hati dalam menjalankan aktiviti seharian.







Bina Rumah Dengan Menggunakan Botol Plastik


Membina rumah dengan menggunakan botol plastik adalah memang tidak logik di fikir oleh akal.Tetapi lain pula jadinya masyarakat di luar negara mereka menggunakan botol plastik untuk membina sebuah rumah.

Ini idea yang sangat kreatif bila di lihat gambar di bawah rumah binaan mereka sangat menakjubkan seperti di bina dengan menggunakan batu bata.
Lihat gambar di bawah sehinnga habis mesti arkitek profesional geleng kepala seperti tidak percaya.

Hal ini dapat menjimatkan kos untuk mencari bahan-bahan binaan kerana botol plastik bukanlah benda yang susah untuk di dapati pada masa kini.
Serta dapat juga menjimatkan ruang pelupusan sampah serta mengelakkan pembebasan gas kimia dari pembakaran plastik tersebut.
























Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...