Thursday, 31 August 2017

RESEPI PULUT KUNING



Fav saya musim raya ni buat pulut kuning dgn rendang and sambal ikan bilis. Honestly pulut ni saya da biasa buat..so saya just main campak2 je. Anyway saya bagi juga resepi..anggaran saya agak2 ye. Selamat mencuba. 

Bahan2: 

1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula 
Dlm 2 sdt garam ( agak2..uolls rasa la )
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas pengukus 

Cara : 

1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam. 

2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang. 

3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit. 

4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JGN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UTK KALI KE2. 

5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama x basi cepat. 

6. Gaulkan santan tadi  dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit. 

7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit...SIAP.

Kredit Resepi : Roszana Ismail

Like & Share
Senangnya Masak







Tuesday, 29 August 2017

RESEPI JERUK IKAN

RESEPI JERUK IKAN

BAHAN-BAHAN

Ikan goreng
Bawang putih 
Bawang besar 
Cili besar 
Cili padi 
Halia 
Halba
Biji sawi
Cuka
( Sukatan bahan-bahan mengikut kesukaan masing-masing )

CARA-CARA MEMBUATNYA

Bawang putih,bawang besar,halia potong nipis-nipis untuk menumis

Bawang putih,bawang besar,cili besar,cili padi potong untuk hiasan

Masukkan minyak kedalam kuali,tumiskan halia,bawang besar,bawang putih,halba dan biji sawi.. sehingga kekuningan kesemuanya..kemudian masukkan air berapa banyak yang kita nak jadikan kuah.. masukan cuka secukup rasa masukkan sedikit serbuk kunyit masak sampai mendidih..
Setelah semua mendidih masukkan ikan dan bahan-bahan hiasan tadi bawang besar,bawang putih, cili padi,cili besar ..masukkan bahan-bahan perasa perlahankan api dan masak sampai mendidih sekali lagi..setelah kuah agak kering sedikit dan masakkan dah secukup rasa boleh tutup api...siap!!..

P/s : jangan tudung masakkan semasa panas nanti cepat basi.
nak makan panaskan ja tak panas pun takpa.
Masak elok-elok In Shaa Allah tahan lama

Selamat mencuba
Kredit Resepi: Mazitah Ahmad Nur Solehah

Sumber : FB Kuali Panas 





Video Resepi Jeruk Ikan

Monday, 28 August 2017

Daging Rebus Air Asam



Ni antara resepi best yang korang boleh cuba untuk masak menu daging sempena Aidiladha nanti..:)

Daging rebus air asam,campur sekali senang nak makan,tak perlu mencicah😁

RESEPI :

Daging direbus sampai empuk.

Langkah 1

bahan yang perlu di kisar :

- 1 biji tomato
- 5 biji cili padi (ikut suka jika nak pedas blh masuk   
   lebih )
- 2 ulas bwg merah
- ais asam jawa
- sedikit air rebusan daging
- gula
- garam
- sedikit belacan (kalau x blh makan belacan x pyh  
   masuk )

semua bahan di blend separuh hancur je

Langkah 2

masukkan smua bahan yg telah diblend tadi dalam periuk kecik...jika nak kuah lebih boleh masukkan air lebihan rebus daging tadi...

panaskan lebih kurang 10minit bersama hirisan daging yg telah empuk tadi,perah air asam limau secukup rasa dan tutup api

Langkah 3

- potong dadu tomato
- mayang bawang merah
- potong dadu bawang besar
- hiris daun bawang jika suka

semua bahan diatas ni digaul bersama air asam bersama daging tadi πŸ™‚

bahan tu cuma anggaran,boleh olah ikut suka nak lebih atau kurangkan


kredit resepi kepada Atiekah Mustapha‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)




Sunday, 27 August 2017

AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP



Bahan-bahan:

Bahan A (dikisar):

Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

Bahan B:

Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung

* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

Cara-cara:

1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.

2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.

3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.

4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.

5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.

Kredit: Khumaira CAFE & Catering












Saturday, 26 August 2017

RESEPI KUIH CARA MANIS

sape suka kuih cara manis..? utk minum petang tadi..yang garing2 hangit tu akak punya taw..πŸ˜†πŸ˜†

RESEPI KUIH CARA MANIS
BAHAN A:
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1/2 cawan santan pekat
3. 1 biji telur
4. 3 sudu minyak masak
5. 1 1/2 cawan air daun pandan
6. sedikit garam
7. sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
gula putih(untuk inti )
BAHAN C:
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak

CARA-CARANYA:
campurkan semua BAHAN A dan blender sehingga sebati.
ambil acuan kuih cara dan panaskan di atas dapur gas.sapukan minyak..sapu sahaja ..bukan tuang yer..sapu guna BAHAN C (ikat elok2 daun pandan tu).
bila acuan panas,tuangkan bancuhan tadi ke dalam acuan ,jangan terlalu penuh sebab nanti jadi masalah bila nak isi gula kat tengah2..masukkan BAHAN B bila lapisan bawah telah masak/mengeras(boleh nampak perbezaannya bila buat)..
tutup dengan tudung periuk dan masak sehingga lapisan atas sudah tidak melekat bila disentuh..
ulang proses yang sama sehingga siap..tindihkan lapisan satu sama lain bila kuih telah sejuk..
nota :pastikan api kecil sahaja sebab acuan kuih cara cepat panas..

Kredit Resepi: ‎Rasidah Ahmad

Sumber :
Resepi Memikat Suami‎







Video πŸ‘‡

Friday, 25 August 2017

Resepi Ketupat Jagung

Beras pulut 1/2 kilo
jagung 3 batang
santan 1/2 kilo(tmbah lg rm2)
gula&garam nk masukkan boleh xnk pon boleh(depends)

cara2:
1)masak santan gula& garam(xnk letak pon boleh jer),(letak daun pandan),api kecil bila santan dh mendidih sikit masukkan beras kacau smpai kering(macam msk nasi)
2)masukkan jagung.biarkan jagung masak seketika bersama pulut.
3)dh kering boleh angkat.biarkan suam dah boleh balut.πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
4)lepas siap balut dh boleh rebus😘😘pastu boleh dah ngapppp!

credit : Anis Idayu‎

Sumber :
Senangnya Masak









Mini Popia

Mini popia memg sedap jdi kudapan depan tv..thu2 je sebalang habis ngap masuk mulut..jom kita cuba buat mini popia serunding daging
.
Bahan-Bahan:
1kg daging direbus hingga empuk dan disiat
1 liter santan
20 biji cili kering dikisar
2 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 cm lengkuas dikisar
2.5 cm halia dikisar
5 batang serai dikisar
100gm serbuk ketumbar
100gm serbuk jintan manis
Jus asam jawa secukupnya
50gm kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
.
Cara Membuat :
1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.
4. Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.
Cara gulung mini popia..
Sekeping kulit popia tu gunting jdi 4keping kecik..
Bubuh serunding gulung dan dihujung gulungan tu buh putih telur untuk lekatkannya..

Selamat mencuba


Sumber:
Resepi Memikat Suami










Thursday, 24 August 2017

RESEPI DAGING BLACK PEPPER


Bahan ²:
Daging
Bwg putih 5-6 ulas (mayang or tumbuk)
Bwg besar Bombay 2 biji 
Serai 1-2 btg (diketuk)
Serbuk kunyit 1 sudi kcik 
Sos tiram
Black pepper sauce
Serbuk lada hitam (yg kasar)
Sos cili (ieza guna brand Life)
Cili padi 2-3 biji (if xnk letak pun xpe)
Cili merah/hijau bsar 1 biji
Carrot (xnk letak pun xpe)
Garam, gula, maggi ckup rasa
Minyak masak

Cara Masak:
Rebus daging smpai empuk. Bila air dh kering masukkn minyak masak, serbuk kunyit 1 sudu kcik, kcau then msukkn bwg putih n serai. Lpas tu msukkn sos tiram 2 sudu bsar, blackpepper sauce (agak ² lah eh byk mna), sos cili & serbuk lada hitam. Pstu kacau.
.
Then masukkn garam, gula sckup rasa. Msukkn carrot. Dh masak carrot last skali msukkn bwg besar & cili. Ok done! πŸ˜‹










Kredit Resepi: Farieza Ariffin

Sumber dari :
Resepi Memikat Suami

Lelaki Terjun Tingkat 7 Mall Kerana Girlfriend Tidak Berhenti Shopping




Mungkin bagi wanita ditemani kekasih membeli-belah semasa tawaran hebat musim perayaan adalah saat yang ditunggu. TAPI bagi lelaki ia mungkin mimpi ngeri buat dompet dan kocek mereka.

Begitulah yang terjadi terhadap Tao Hsiao 38 tahun, semasa menemani teman wanitanya membeli-belah di Golden Eagle International Shopping Centre di Xuzhou, China.

Selepas 5 jam di dalam mall, kekasih Tao Hsiao masih tidak berhenti shopping dan merancang untuk pergi ke Bahagian Kasut di tingkat 7. Tao yang sudah hilang sabar mengajaknya keluar.

“Dia mendakwa kekasihnya sudah ada banyak kasut, malah cukup untuk dipakai seumur hidup. Tidak perlu membeli lagi,” ujar seorang saksi.

“Kekasihnya mula meninggikan suara mendakwa dia kedekut dan merosakkan suasana Krismas. Pertengkaran mereka penuh kebencian,” sambung saksi itu lagi.

CCTV menunjukkan Tao hilang kawalan lalu melontar beg-beg shopping yang dipegangnya sebelum melompat dari tingkat 7. Dia jatuh terhempas atas pagar beratur berdekatan Bahagian Kosmetik di tingkat paling bawah.

Menurut laporan, Tao yang mengalami kecederaan parah meninggal di tempat kejadian.

“Insiden ini sangat tragik, bagi sesetengah orang tahun ini penuh dengan tekanan,” kata jurucakap polis.

Saturday, 12 August 2017

Hanya Menggunakan Span Pencuci Pinggan Boleh Menghasilkan Dinding Secantik Ini..Jom Cuba..



Memang mudah hanya tekapkan sahaja span yg telah di celupkan dengan cat warna pilihan yang di minati ke dinding.

Siap!!..

Teknik ini jika kita minta tolong kepada anak-anak kita yang berumur di bawah antara 12-6 tahun pon boleh lakukan.Tapi jangan lupakan upahkan mereka dengan makanan yang sedap-sedap..πŸ˜„πŸ˜„











Sumber : FB siakap keli...

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU



Bahan-Bahan:

*1 ekor ikan cuci bersih2

Bahan2 hiris

2 inci Halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 batang karot
1 biji Cili besar
Cili padi 5-6 biji
2 keping Asam keping
2 biji limau nipis
3-4 biji asam boy
1-2 sudu sos tiram
1 biji tomato
Gula & garam secukup rasa

Cara masak:

1-Rebus saja bahan2 hiris kecuali cili padi, tomato dan limau nipis

2-kemudian masukkan ikan..perahan limau, sos tiram gula & garam secukupnya tutup periuk hingga ikan masak

3- keluarkan ikan sahaja asingkan dulu letak dlm bekas

4-teruskan masak kuah..masukkan tomato, cili padi dan daun sup..

5- kuah yg panas2 tadi tabur terus atas ikan..siapp


Kredit : FB Amy Huszainie

Sumber : Resepi Viral Terbaik


















Wednesday, 9 August 2017

Lagi Mangsa Di Serang Kutu Laut Pemakan Daging

Kaki seorang remaja telah dimakan oleh sesuatu ketika sedang mandi di sebuah pantai di Melbourne Australia... 
remaja ini terkejut apabila melihat kakinya berdarah dengan banyak.
Apabila dibawa ke hospital,pihak hospital tak dapat mengenal pasti punca kejadian terbabit.
Tak puas hati dengan penjelasan dari pihak hospital ayah kepada remaja lelaki terbabit telah pergi semula ke pantai tersebut dengan membawa  cebisan daging.dan hasilnya makhluk2 kecil ini datang dan memakan cebisan2 daging itu dengan rakus.
Si ayah telah mengambil haiwan tersebut dan menyerahkan pada pakar haiwan laut.Malangnya pakar tersebut menyatakan selama 20tahun beliau bekerja dalam bidang ini, ini adalah kali pertama beliau melihat makhluk tersebut.
Seramkan.













Video di bawah di katakan kutu laut tersebut..


Sumber info dari sehinggit..

Monday, 7 August 2017

Nampak Pelik Tapi Sedap Di Makan


























GEODUCK clam (Panopea generosa) adalah spesies kerang laut yang berukuran besar. Geoduck bermaksud mengali dalam (dig deep).

Kerang berbentuk unik ini dikenal juga dengan nama Mirugai, ada juga yang menyebutnya kerang belalai gajah. Kerang raksasa ini ditemukan di daerah pantai Pasifik, Kanada, dan Jepang. Berat rata-rata dari kerang segar geoduck dewasa adalah 2 pon.

Jenis kerang ini tercatat juga sebagai salah satu makhluk hidup berumur panjang di dunia, rata-rata 140 tahun. Hal ini disebabkan geoducks tidak memiliki musuh atau predator lainnya. Tapi setelah mengubur diri, geoduck akan tetap berada di tempat itu sampai mati.

Haiwan laut ini sangat unik. Dalam spesiesnya, hanya kerang ini yang memiliki leher panjang. Kerang laut ini sebenarnya jarang ditemukan dan oleh sebab itu harganya sangat mahal. Sebenarnya, yang menjulur keluar pada kerang ini adalah siphon atau lehernya.

Panjang leher kerang ini bisa mencapai 2 meter. Mereka hidup di pantai-pantai. Di Asia, kerang ini sangat disukai kerana rasanya yang sedap. Geoduck sering dijumpai pada kuliner khas Korea.


Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...