Thursday, 24 August 2017

Lelaki Terjun Tingkat 7 Mall Kerana Girlfriend Tidak Berhenti Shopping




Mungkin bagi wanita ditemani kekasih membeli-belah semasa tawaran hebat musim perayaan adalah saat yang ditunggu. TAPI bagi lelaki ia mungkin mimpi ngeri buat dompet dan kocek mereka.

Begitulah yang terjadi terhadap Tao Hsiao 38 tahun, semasa menemani teman wanitanya membeli-belah di Golden Eagle International Shopping Centre di Xuzhou, China.

Selepas 5 jam di dalam mall, kekasih Tao Hsiao masih tidak berhenti shopping dan merancang untuk pergi ke Bahagian Kasut di tingkat 7. Tao yang sudah hilang sabar mengajaknya keluar.

“Dia mendakwa kekasihnya sudah ada banyak kasut, malah cukup untuk dipakai seumur hidup. Tidak perlu membeli lagi,” ujar seorang saksi.

“Kekasihnya mula meninggikan suara mendakwa dia kedekut dan merosakkan suasana Krismas. Pertengkaran mereka penuh kebencian,” sambung saksi itu lagi.

CCTV menunjukkan Tao hilang kawalan lalu melontar beg-beg shopping yang dipegangnya sebelum melompat dari tingkat 7. Dia jatuh terhempas atas pagar beratur berdekatan Bahagian Kosmetik di tingkat paling bawah.

Menurut laporan, Tao yang mengalami kecederaan parah meninggal di tempat kejadian.

“Insiden ini sangat tragik, bagi sesetengah orang tahun ini penuh dengan tekanan,” kata jurucakap polis.

No comments:

Post a Comment

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...