Wednesday, 27 December 2017

Fungsi plate atau besi tambahan pada tong gas.


Tong Gas tanpa plate bermakna 
Tong Gas baru belum sampai tarik luput RQ (REPAIRING QUALIFICATION) selama 9 tahun. Jika sudah sampai tarikh luput 9 tahun, tong tersebut akan dihantar RQ.

A19- BULAN 1 HINGGA BULAN 3
B19-BULAN 3 HINGGA BULAN 6
C19-BULAN 6 HINGGA BULAN 9
C19-BULAN 9 HINGGA BULAN 12

Bila sampai tarik yang dinyatakan (dicop), tong tersebut akan dihantar untuk di cek semula sama ada tong tersebut ada bocor atau kekurangan berat.

Bila didapati ada kekurangan berat standard silinder kosong iaitu 16.5 disini lah akan ditambah plate untuk dapatkan berat silinder kosong iaitu 16.5 (BERAT SILINDER TANPA GAS). Dalam masa yang sama tahun boleh digunakan akan dianjak selama 6 tahun sahaja.

Kenapa ditambah plate untuk dapatkan berat standard silinder 16.5kg?

Gas di isi adalah 14kg (GAS SAHAJA TIDAK BERSAMA SEILINDER) berat gas + berat silinder = 30.5kg.

Jika berat seilinder TIDAK SAMPAI STANDARD IAITU 16.5kg bermakna machine tidak akan dapat buat pengisian. machine semua automatik dan tiada maaf kecuali dapatkan berat STANDARD.



Tuesday, 26 December 2017

16 Lagi Aduan Susu Tiruan Diterima KPDNKK Johor. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menerima 16 lagi aduan susu tiruan.

IBUBAPA PERLU BACA👇

16 Lagi Aduan Susu Tiruan Diterima KPDNKK Johor.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menerima 16 lagi aduan susu tiruan.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, pemeriksaan dilakukan berdasarkan aduan di sekitar Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian.

Beliau ditemui selepas meninjau Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Krismas 2017 di Johor Bahru, siang tadi.Ujarnya, sampel susu berkenaan telah diambil bagi tujuan siasatan.
Aduan diterima dari 13 sehingga 21 Disember lalu.

Aduan diterima daripada beberapa pengadu yang mendakwa anak mereka mengalami muntah-muntah selepas mengambil susu tersebut.Khairul Anwar menambah laporan ujian makmal sampel susu tiruan yang dirampas akan diketahui minggu hadapan.

Pada 10 Disember lalu, KPDNKK berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi tiruan bernilai RM42,000.
Rampasan itu hasil pemeriksaan di lima buah kedai ubat-ubatan sekitar Johor Bahru.Ia susulan aduan seorang bayi mengalami muntah teruk selepas menggunakan produk itu.



Sunday, 24 December 2017

BOTA: Seorang buruh kampung ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu di Kampung Bakong, Lambor Kiri, di sini, Jumaat lalu.


Buruh dicekup hantar bahan lucah kepada janda

BOTA: Seorang buruh kampung ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu di Kampung Bakong, Lambor Kiri, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun terbabit telah menghantar surat dan CD lucah ke rumah wanita berusia 52 tahun berkenaan.

Kata beliau, kesemua barangan itu telah diletak dalam sampul berwarna putih dan diselit di bawah pintu rumah mangsa.

“Mangsa hanya menyedari bungkusan itu ketika dia membuka pintu rumahnya sekitar jam 7.15 pagi.

“Suspek telah mengumpan pengadu dengan CD dan tulisan lucah yang dihantarnya dalam sampul ke rumah mangsa dengan tujuan mengajak DTr wanita itu melakukan hubungan seks dengannya.

“Dalam surat yang dihantar itu juga, lelaki terbabit memberitahu mahu datang ke rumah wanita itu pada jam 12 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh mangsa, pihaknya telah berjaya menahan lelaki berkenaan dan ujian urin yang dijalankan DTr mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan," katanya.

Mangsa merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal seorang diri di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu.



Saturday, 23 December 2017

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa keselamatan Pakistan hari ini menahan seorang lelaki dari Kuching, Sarawak kerana cuba menyeludup empat laras pistol di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi, Pakistan.

Lelaki dari Kuching, Sarawak ditahan kerana bawa empat pistol di Karachi

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa keselamatan Pakistan hari ini menahan seorang lelaki dari Kuching, Sarawak kerana cuba menyeludup empat laras pistol di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi, Pakistan.

Memetik portal Pakistan Today, lelaki Melayu berusia 20 tahun itu ditahan di lokap oleh pasukan keselamatan lapangan terbang kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) atau Daeish.

“Kita telah menemui senjata dan peluru daripada bagasi yang dirampas.

“Bagasi tersebut diperiksa ketika suspek tiba dengan pesawat syarikat penerbangan bebas dari Bangkok,” kata sumber keselamatan, yang dipetik portal tersebut.

Empat pistol, lapan magazin dan 70 butir peluru dirampas daripada suspek, kata sumber lagi.

Suspek telah menyembunyikan senjata di dalam bagasi dan kasutnya.

Kata portal itu lagi, sejurus menjumpai senjata tersebut, suspek ditahan untuk disoal siasat, terutama hubung kaitnya dengan IS. – Sarawakvoice

Sumber : Pakistan Breaking News



KOTA BAHRU : Akibat perselisihan faham dan kecewa selepas isteri minta cerai, seorang lelaki nekad menggantung diri di kawasan berdekatan sebuah rumah di Kampung Surau Pendek, Kota Bharu, hari ini.

[ Isteri minta cerai, gantung diri ]

KOTA BAHRU : Akibat perselisihan faham dan kecewa selepas isteri minta cerai, seorang lelaki nekad menggantung diri di kawasan berdekatan sebuah rumah di Kampung Surau Pendek, Kota Bharu, hari ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditemui pada 7.20 pagi oleh saudaranya yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis. Mangsa menggunakan tali nilon yang diikat pada sebatang kayu untuk menggantung diri.

Dia tinggal di rumah berdekatan lokasi kejadian bersama isteri, seorang anak perempuan berusia setahun, ibu mentua dan empat adik ipar. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebaik mendapat laporan, polis ke lokasi kejadian dan menemui lelaki itu yang sudah meninggal dunia.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di bahagian leher dipercayai kesan ikatan tali dan tiada kecederaan lain.

Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.



Kepala Terpisah dari badan

WANITA, 22, maut akibat putus kepala selepas Perodua Myvi dipandu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 46.4 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), arah selatan berhampiran Nilai, hari ini.

Dalam kejadian pada 9 pagi, mangsa turut tercampak keluar dari kenderaan dan terlanggar besi penunjuk arah jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu kereta dari arah Sepang menuju ke Nilai.

Katanya, kenderaan dipandu di lorong paling kanan terbabas sebelum merempuh pembahagi di tengah jalan.

"Akibat rempuhan, wanita itu tercampak keluar dari kenderaan dan terlanggar besi penunjuk arah jalan mengakibatkan kepala mangsa terputus (dari badan)," katanya.

Katanya, mangsa maut di lokasi serta merta dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan awam.

"Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

#HarianMetro



Thursday, 21 December 2017

Bapa murid ditampar Cikgu Azizan tidak muncul

SEREMBAN 20 Dis. - Bapa kepada seorang murid yang ditampar Cikgu Azizan sehingga menyebabkannya didakwa di mahkamah, tidak muncul untuk membuat penjelasan berhubung insiden itu hari ini seperti yang dijanjikan.

Sekumpulan wartawan dan jurugambar menunggu hampir enam jam di hadapan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak di Nilai di sini, lokasi lelaki tersebut dijadualkan mengadakan sidang akhbar.

Lelaki yang enggan identitinya didedahkan semalam berjanji untuk membuat penjelasan pada pukul 10 pagi ini.

Bapa kanak-kanak itu ketika dihubungi wartawan mendakwa dia berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai bagi satu urusan dan berjanji untuk bertemu wartawan selepas menyelesaikan urusan tersebut.

Bagaimanapun kelibat lelaki tersebut tidak kelihatan dan beberapa panggilan telefon yang dibuat wartawan kepada lelaki itu juga tidak dijawab.

Mahkamah Majistret Seremban di sini semalam melepas tanpa membebaskan Cikgu Azizan atau nama sebenarnya Azizan Manap, 44, atas pertuduhan mencederakan murid lelaki berusia 11 tahun semasa perhimpunan pada 6 April lalu.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak itu didakwa bertindak menampar murid tersebut kerana kesalahan menghidu gam.

Keluarga murid itu semalam bagaimanapun mendakwa mempunyai bukti berhubung kecederaan anak mereka termasuk gambar dan laporan perubatan serta berjanji mendedahkan perkara itu hari ini.


Wednesday, 20 December 2017

PARKING MOTOR KAT TEMPAT OKU NAK LALU...

Kemunculan kisah kali ini bukan sekadar perkongsian, tapi perlukan penjelasan dan tindakan.. 

Setelah lama terpaksa berdiam diri, kini terluah juga.. Laluan yang setiap hari pagi dan petang dilalui kini terhalang dengan longgokan motor dan terkadang kereta juga turut ada.. Di atas laluan pejalan kaki Orang Buta bukan tempat pakir kenderaan atau menjadi tempat memacak tiang gerai jualan.. 

Mana perginya selogan MASYARAKAT PRIHATIN, mana dia SANTUNI OKU, kemana hilang BADAN_BADAN DAN NGO-NGO yang hebat bertempek untuk membela kebajikan oku?
.
Mana dia segerombolan PIHAK YANG BERKUASA mengenai masalah ini??? Adakah menanti CEDERA, atau ada yang TERKORBAN baru kita nak bergerak.. Pengawal keselamatan dan "penghuni reflesia kondo" seolah-olah menafikan kewujudan kami anak beranak yang lalu setiap hari ulang alik pagi dan petang..

Via: Firdaus Hairi





Monday, 18 December 2017

Bapa rogol anak kandung dijel 10 tahun



KOTA BHARU - Nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang sering menjadi hamba seks bapa kandungnya sendiri terbela Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadapnya.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menetapkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 50 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol anak kandungnya yang ketika itu berusia 10 tahun empat bulan di sebuah rumah di Bachok antara pukul 9.30 malam hingga 11.15 malam pada 22 September lalu.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang duda didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias yang memohon tertuduh dikenakan hukuman berat kerana kesalahan sumbang mahram adalah perbuatan keji hingga menyebabkan mangsa menjadi trauma sehingga kini.

Tertuduh yang bekerja sebagai peniaga itu tidak diwakili peguam dan merayu agar hukumannya dikurangkan.

Duda yang mempunyai lapan orang anak itu berpisah dengan bekas isterinya sejak Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah ke rumah bekas isterinya untuk mengajak mangsa tidur di rumahnya namun mangsa berkeras tidak mahu mengikut bapanya.

Bagaimanapun setelah dipujuk, mangsa telah mengikut bapanya dan dihantar pulang oleh seorang lagi anak tertuduh.

Mangsa telah menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya dan turut memaklumkan ia bukanlah kejadian yang pertama tetapi terpaksa merahsiakan kerana telah diugut oleh bapa sendiri.


Sunday, 17 December 2017

Wanita warga Ukraine terlepas tali gantung


GEORGE TOWN - Seorang wanita warga Ukraine berusia 23 tahun dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan mengedar 1.54kg dadah  jenis kokain, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh Lopatkina Klavdiia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Ruang Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11 pagi, 31 Disember 2015.

Klavdiia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ketika ditahan, wanita itu sedang mengandung sebulan dan dia melahirkan seorang bayi perempuan pada Ogos tahun lepas ketika dalam tahanan reman sebelum anaknya itu dibawa pulang ke Ukraine oleh ibu tertuduh.

Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata terdapat percanggahan keterangan daripada saksi berhubung identiti dadah itu.

Beliau berkata saksi yang terdiri daripada pegawai penyiasat, pegawai polis dan ahli kimia memberikan keterangan yang berbeza berhubung bungkusan dadah yang ditemui bersama tertuduh.

Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azrul Abdul Rahman dan tertuduh diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan Low Huey Theng.

Sementara itu, Klavdiia kemudiannya ditahan semula oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang kerana memiliki visa tamat tempoh. - Bernama



Friday, 15 December 2017

Tahukah anda bahawa Bale sedang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk

#KetahuankahAnda

“Saya rasa anda dah tahu bahawa Bale sedang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.”

“Ia bukanlah satu masalah. Ramai lelaki yang menghadapi masalah ini pada usia yang muda.”

“Tapi sejak kebelakangan ini, usahanya untuk menyorok tempat botak di kepalanya membuatkan beliau mengambil masa lebih lama untuk membetulkan rambutnya, sehingga kadang kala, beliau terpaksa berhenti bermain sekejap.” luahan seorang peminat pasukan kebangsaan Wales terhadap Bale yang menghidapi masalah kebotakan di tengah kepala. 

Hal ini sama juga seperti Wayne Rooney. Siapakah lagi pemain yang anda kenal terkena penyakit yang sama seperti mereka berdua?



Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Spesifikasi wang kertas peringatan ini adalah seperti berikut:

Wang Kertas Sekeping RM600
Nilai muka wang kertas bersaiz besar ini ialah RM600 dan harga jualannya RM1,700 sekeping.  Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60
Nilai muka wang kertas bercantum ini ialah RM180 dan harga jualannya RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

Wang Kertas Sekeping RM60
Nilai muka wang kertas sekeping ini ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping. Sebanyak 60,000 keping sahaja dicetak.

Nota: Kesemua harga yang dinyatakan di atas sudah termasuk GST.

Butiran terperinci berkenaan spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan utama kesemua wang kertas peringatan ini terdapat dalam Lampiran I.

Reka Bentuk Wang Kertas

Reka bentuk wang kertas peringatan ini berdasarkan tema “Raja Payung Kedaulatan Negara”. Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang.  Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut. 

Reka Bentuk Hadapan

Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja.

Reka Bentuk Belakang

Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan kemerdekaan. Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini: Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman yang  masing-masing mencerminkan empat tonggak negara: Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.

Reka bentuk terperinci wang kertas peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.

Pameran untuk Orang Ramai dan Jualan

Contoh wang kertas ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Khamis, 21 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Bagi memastikan peluang yang sama rata untuk semua orang membeli wang kertas edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (setiap pembeli boleh membeli sekeping wang kertas RM600, satu set wang kertas bercantum 3 dalam 1 RM60 dan lima keping wang kertas RM60). Untuk memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan dalam talian mulai 5 Januari 2018. Sekiranya jumlah tempahan melebihi jumlah yang ditawarkan, tempahan akan dilaksanakan melalui undian. Wang kertas peringatan yang bernombor siri istimewa akan dijual melalui lelongan awam pada 10 Mac 2018.. Maklumat lanjut tentang tempahan, lelongan, pembayaran dan tempoh pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.



Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar

KUALA LANGAT - Sepasang suami isteri termasuk dua orang cucu yang ditemui mati dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat dekat sini pagi tadi dipercayai dibunuh sebelum rumah tersebut dibakar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Chia Tee Nang, isterinya, Lim Mai Shak masing-masing berumur 73 dan 68 tahun serta cucu mereka Chua Yuan Bin, 3 dan Ryan Chia, 9.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihak bomba yang berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 7.00 pagi menjumpai empat tubuh manusia telah rentung dan hasil siasatan awal bomba mendapati ada unsur khianat.

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis mendapati tiga daripada empat mayat tersebut mempunyai kesan tetakan pada beberapa bahagian badan.

"Tiga mayat yang ditemui mempunyai kesan tetakan dan mereka ini dipercayai dibunuh terlebih dahulu sebelum mayat mereka dibakar.

"Bagaimanapun, kita perlu menunggu proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebenar," katanya dalam satu kenyataa di sini hari ini.



Wednesday, 13 December 2017

TRAGEDI di SPA!!! Pengajaran untuk SEMUA Pembaca

TRAGEDI di SPA!!! 
Pengajaran untuk SEMUA Pembaca

Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan (...) Sektor Kerajaan.

Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam Orang kampung Gitu. Hehe

Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M.

Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS! 

"Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak". 

Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi!

Antara kesalahan yang saya REKODKAN!

LELAKI

1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi
2. Terlupa bawa Tie
3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee
4. Seluar Slack+Kasut Futsal
5. Rambut Tak Kemas
6. Tak Pakai Stokin
7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK
8. Susunan Sijil yang salah
9. Tali pinggang tak pakai
10. Jam Getah

PEREMPUAN

1. Kaca Mata Honeymoon
2. Tudung singkat
3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga
4. Tumit kasut tinggi sangat. hehe
5. Baju Kurung pergi kenduri
6. Mekap Tebal
7. Susunan sijil salah

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah? 

Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?
Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? "Mustahil"
Adakah mereka buat tak endah semasa diuniversiti?
Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?

Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon...

Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya "First Impression" anda sudah menang.

Saya ucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon TEMUDUGA 2018...

Kredit Muhammad Al Fatihee



BEIJING: Media tempatan di negara ini mengeluarkan amaran mengenai larangan penstriman secara langsung susulan insiden seorang pendaki maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan ketika menghasilkan swafoto

China pantau aktiviti swafoto 'berani mati'

BEIJING: Media tempatan di negara ini mengeluarkan amaran mengenai larangan penstriman secara langsung susulan insiden seorang pendaki maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan ketika menghasilkan swafoto.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika sedang mengambil swafoto 'berani mati' dan dilaporkan mampu menjana pendapatan sehingga AS$15,110 (RM61,200) bagi setiap video yang berjaya dirakamkan.

Wu Yongning dikatakan terjatuh dari bumbung bangunan setinggi 62 tingkat di tengah China pada 8 November lalu, iaitu sehari selepas dia berhenti menyiarkan video eksploitasi bangunan itu dalam laman sosial Weibo miliknya.

Sebulan kemudian, teman wanitanya mengesahkan kematian Wu yang berusia 26 tahun dalam akaun Weibo miliknya.

Media berkata, Yongning yang mempunyai lebih 60,000 pengikut dalam akaun Weibo miliknya berhasrat untuk memenangi hadiah sebanyak AS$15,110 (RM61,200) untuk filem lagak ngeri yang difilemkan di Pusat Huayuan Hua di Changsha, iaitu ibu kota wilayah Hunan.

Menurut pegawai China Daily hari ini, kematian Yongning dianggap sebagai satu amaran supaya pemantauan terhadap penstriman secara langsung perlu dipertingkatkan.

"Segelintir daripada mereka cuba menunjuk-nunjuk dengan melakukan perkara berbahaya dengan tujuan untuk menarik perhatian orang ramai serta menjana pendapatan.," katanya.

Sementara itu, Changsha Evening News melaporkan, Yongning yang menyiarkan video mengenai dirinya yang memanjat bangunan bumbung tinggi tanpa peralatan keselamatan, berharap untuk menggunakan wang hadiah kemenangan itu bagi membiayai kos perubatan ibunya. - Reuters



Keunikan pekasam bidayuh yang lain dari yang lain.Cepat masak dan boleh dimakan begitu saja.Tidak terlalu masin kerana garam digaul secukup rasa. Amat digemari makan bersama Pulut/ Pangkang.

Keunikan pekasam bidayuh yang lain dari yang lain.Cepat masak dan boleh dimakan begitu saja.Tidak terlalu masin kerana garam digaul secukup rasa. Amat digemari makan bersama Pulut/ Pangkang.

1. Ikan/daging  2kg
Cuci bersih2..toskan sehingga kering.

2..gaulkan ikan/daging bersama garam kasar/halus sama rata.
Garam kasar/halus di anggarkan 5 sudu besar/sudu sup.

3.biarkan atau perap ikan/daging tadi selama sekurang- kurangnya 5/6 jam.
Tujuan memerap daging agar tidak busuk jika di simpan terlalu awal

4. Sediakan nasi yg telah di masak seperti biasa dan di biar sejuk.(Elakkan guna nasi yang masih panas).

5.jika nasi sudah sejuk tambah garam 3 sudu biasa dlm nasi tadi gaulkan sebati.

6.Campurkan nasi dgn ikan/daging tadi gaulkan sama rata..

7.Sediakan bekas yg kedap udara yg telah di bersihkan lalu masukkan ikan/daging ke dalam bekas dan tutup rapat.
*** pastikan bekas ikan/daging betul2 tertutup rapat.

8. Tunggu hingga seminggu atau lebih baru boleh buka dan mkn mengikut selera anda..Goreng ataupun terus dimakan.


Ikan yang di perap dan di gaulkan dengan nasi sejuk

Nasi yang di biarkan sejuk



Ikan di di tos kan


Ikan di perap di dalam bekas kedap udara dan diperap selama seminggu 

Monday, 11 December 2017

BUTTERWORTH: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh pencuri yang memecah masuk warung milik kakaknya di Seberang Jaya, di sini, petang semalam.

Lelaki ditahan bunuh pencuri

BUTTERWORTH: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh pencuri yang memecah masuk warung milik kakaknya di Seberang Jaya, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang tadi, mangsa berusia 30 tahun bersama seorang rakannya dikatakan sedang memasukkan peralatan dapur ke dalam kenderaan sebelum suspek mengampiri mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata suspek kemudian cuba menghalang perbuatan mangsa dan rakannya menyebabkan berlakunya pergelutan antara mereka.

"Mangsa melarikan diri sebelum mayatnya ditemui di dalam parit berdekatan stesen minyak berhampiran Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) pada jam 6.35 petang oleh orang ramai.

"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala dan badan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ)," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Nik Ros berkata, suspek berusia 33 tahun kemudian tampil membuat laporan dan dia ditahan untuk siasatan lanjut.

"Siasatan di lokasi mangsa ditemui maut, kita menemui pemotong besi, dompet dan telefon bimbit.

"Rakan mangsa dipercayai melarikan diri selepas kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Berita Harian Online





KUALA LUMPUR: Angkatan Bersenjata Malaysia sentiasa bersedia menunggu perintah Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V berkaitan isu Jerusalem atau Baitulmaqdis.

Isu Baitulmaqdis: Tentera Malaysia siap sedia…

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersenjata Malaysia sentiasa bersedia menunggu perintah Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V berkaitan isu Jerusalem atau Baitulmaqdis.

Memetik Channel News Asia pada Isnin, Menteri Pertahanan Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia harus sedia dengan segala kemungkinan dan mampu melaksana tugas yang diamanahkan.

Bagaimanapun, menurut laporan tersebut Hishammudin tidak menjelaskan lanjut bentuk “kesediaan” yang dilibatkan berkaitan isu Jerusalem.

Hishammudin mungkin bermaksud, Malaysia sedia menghantar pasukan keselamatan ke Jerusalem bagi tujuan misi keamanan dan mengawasi keselamatan awam di rantau tersebut.

Sebelum ini tentera Malaysia terlibat dalam beberapa misi keamanan di bawah panji PBB di negara bergolak di dunia.

Hishammudin menyifatkan pengesahan Amerika Syarikat menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lepas, menjadi tamparan keras bagi seluruh masyarakat Islam.

Malaysia meluahkan rasa bimbang pengumuman tersebut mampu mengakhiri segala usaha perdamaian menyelesaikan konflik di Timur Tengah.

Malaysia menganggap pengakuan AS itu melanggar hak warga Palestin serta sejumlah resolusi Dewan Keselamatan PBB selama ini.



BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki yang merupakan penjual air ketum ditahan polis dalam serbuan di sebuah kedai makan di Taman Alma Jaya, Machang Bubok di sini semalam

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki yang merupakan penjual air ketum ditahan polis dalam serbuan di sebuah kedai makan di Taman Alma Jaya, Machang Bubok di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis yang menjalankan Ops Cegah Jenayah membuat pemeriksaan di gerai makan itu kira-kira pukul 6.40 petang.

“Dalam serbuan itu, polis menahan dua lelaki berusia 21 dan 26 tahun berkenaan dan pemeriksaan yang dibuat dalam sebuah kotak bersama mereka mendapati terdapat 32 bungkusan air ketum,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan dua lelaki itu berada di gerai makan berkenaan untuk menjual air ketum yang diproses mereka kepada pelanggan di sekitar kawasan tersebut.

Beliau berkata mereka dipercayai mendapatkan bekalan daun ketum dari negeri jiran sebelum memprosesnya menjadi air ketum dan menjual dengan harga RM10 bagi setiap bungkus.

“Mereka menjadikan sebuah rumah di kawasan Machang Bubok untuk memproses air ketum itu dan mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata berdasarkan siasatan juga mendapati dua lelaki itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak lima bulan lepas dan menjadikan beberapa gerai makan di sekitar daerah SPT untuk menjual air ketum tersebut.

Katanya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual air ketum bersama dua suspek yang ditahan itu.

Dua lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, katanya. – BERNAMA



Friday, 8 December 2017

LELAKI warga asing maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di leher dalam kejadian di tepi jalan Kampung Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai, pagi tadi.

Winchester makan tuan

LELAKI warga asing maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di leher dalam kejadian di tepi jalan Kampung Lepan Anjung, Dabong, Kuala Krai, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi, mayat yang belum dikenal pasti identitinya, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah bersama motosikal Honda Wave dan senapang patah jenis winchester.

Turut ditemui beg hitam berisi lima peluru hidup dan tiga peluru di dalam poket seluar mangsa.

Orang awam yang menemui mangsa berusia 20-an itu, menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa dipercayai tertembak diri sendiri ketika turun dari bukit dengan menunggang motosikal.

"Bagaimanapun, senapang patah yang dibawa mangsa terhempas ke tanah sebelum meletup dan terkena leher kiri menyebabkannya terjatuh dari motosikal

"Hasil pemeriksaan di badan mangsa terdapat kesan lubang berukuran 6 sentimeter (cm) x 4cm di leher kiri namun tidak tembus kepala," katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

"Kita percaya mangsa bukan warga Malaysia kerana tiada kesan suntikan imunasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960," katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Zuhaili Zubir, 27, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Gua Musang ke Rantau Panjang sebelum ternampak mangsa berlumuran darah dengan keadaan motosikal terbalik

"Pada mulanya saya ingatkan berlaku kemalangan. Kebetulan ketika itu, seorang pemandu lori yang sudah berada di situ memaklumkan mangsa maut ditembak.

"Saya kemudian meneruskan perjalanan untuk mencari liputan telefon sebelum dapat hubungi polis setengah jam kemudian untuk tindakan lanjut," katanya.





Thursday, 7 December 2017

KUALA LUMPUR: Baitulmaqdis kini bukan lagi milik Palestin, tetapi menjadi ibu kota Israel." Itu yang akan diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

[ Kesan iktiraf Baitulmaqdis ibu kota Israel ]

KUALA LUMPUR: Baitulmaqdis kini bukan lagi milik Palestin, tetapi menjadi ibu kota Israel."

Itu yang akan diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Seorang pegawai kanan pentadbiran White House berkata pengumuman itu akan dibuat Trump semasa ucapannya di White House pada 1 tengah hari waktu tempatan atau 1 pagi waktu Malaysia.

“Beliau akan mengumumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Beliau juga akan menyifatkan pengumuman kontroversi ini sebagai realiti sejarah dan kemodenan,’’ kata pegawai berkenaan yang enggan dikenali kepada BBC News.

Sementara itu, penganalisis melihat pengiktirafan ini sekali gus menamatkan dasar berhati-hati Washington berhubung isu Asia Barat.

“Selain itu, ia dilihat sebagai tidak mengendahkan amaran mengenai kesilapan yang mencetuskan keganasan di rantau itu.

“Tetapi bukan itu sahaja, pengiktirafan ini akan menyukarkan usaha damai Palestin-Israel yang tersangkut sekian lama disebabkan beberapa isu, termasuk soal Baitulmaqdis, ’’ kata penganalisis Asia Barat dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM, Profesor Dr Kamaruzaman Yusoff ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Menurutnya, beliau menjangkakan pengumuman Trump itu mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pemimpin dan warga Palestin.

Lebih akan mendapat kecaman kata Kamaruzaman, tindakan Trump di mana selepas ini beliau akan akan turut sama mengarahkan perpindahan Kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitumaqdis.

“Walaupun ia akan mengambil masa mencari lokasi bersesuaian, menangani soal keselamatan, mereka kemudahan baharu, membiayai kemudahan baharu dan membinanya, ia sudah pasti akan mencetuskan kontroversi susulan,’’ ujar beliau.

Menyusuli perkembangan ini, pegawai kerajaan AS diarah menjauhi Kota Lama Baitulmaqdis dan Tebing Barat disebabkan sifatnya yang akan mencetuskan bantahan besar-besaran.

Sebelum ini, menjelang pengumuman berkenaaan, pemimpin Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Kesatuan Eropah (EU) selain Perancis dan Jerman memberi amaran kepada Trump mengenai impak kepada tindakannya itu.

Malah, awal-awal lagi Konsulat AS di Baitulmaqdis telah mengarahkan kakitangan dan ahli keluarga mereka supaya tidak melakukan perjalanan peribadi ke Kota Lama Baitulmaqdis atau Tebing Barat.

Ini kerana bimbang berlakunya rusuhan ke atas keputusan mengejut AS berkenaan Baitulmaqdis.

Kumpulan warga Palestin sebelum ini mengancam akan melakukan protes besar-besaran jika Trump mengakui Baitulmaqdis adalah ibu negara Israel.

Untuk rekod Israel sering kali menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya, manakala Palestin turut mendakwa Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota bagi masa depan sebuah negara Palestin berdaulat.

Apabila Baitulmaqdis diangkat atau diiktiraf sebagai ibu kota Israel, AS menjadi negara pertama berbuat demikian pasca perang pada 1948.

Isu Baitulmaqdis antara duri dalam daging dalam isu damai Israel-Palestin selain pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah milik Palestin.

Berdasarkan perjanjian Palestin-Israel 1993, status akhir berhubung Baitulmaqdis perlu dibincangkan dalam siri rundingan damai seterusnya.

Bagaimanapun malangnya, rundingan damai Israel-Palestin sudah menemui jalan buntu sejak sekian lama.

“Justeru, tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel ini akan menyebabkan proses menggerakkan usaha damai lebih terjejas,’’ jelasnya.



Resepi Paprik Ayam Ala Thai



Ayam (potong kecik2)
Bwg besar 
3ulas bwg putih
Serai (ketuk2 je) 
Daun limau purut
3cili merah 
Lobak
Bunga kubis
Kacang pnjg
Timun (yg ni sy tmbah..)
 Ketiak jagung
1sdb cili kering (yg dikisar)
Sos cili thai
Sos tiram
Pes tomyam (yg ni sy tambah)
Gula n garam sckup rasa
1sdb tpung jagung 

Cara2..
*panaskan minyak..tumiskan bwg putih..halia..n cili yg diketuk/tmbuk brsama hirisan bwg besar..dh garing ckit.. msukkan cili kering n sdikit pes tomyam..daun limau purut n serai yg diketuk td..tumis smpai pecah minyak..
*kemudian masukkan sdkit sos cili thai n sos tiram..
*masukkan ayam yg dptong kecil..kalau nk brkuah mcm sy buat ni..tmbahkan sdikit air ye .. 
*biarkan ayam btul2 masak.. 
*untuk pekatkan kuah..sy msukkan sdikit tpung jagung n kacau bersama air..kalau xnk letak pn xpe..hee..😁
*Kmudian baru masukkan semua sayur campuran td.. Masukkan garam n gula secukup rasa..masak skjap je ye..kalau lama sgt nt sayur jd layu..x sdap..hehe..😁

Ok Selamat Mencuba ye..

Kredit :  HasnieZa Norl



Tuesday, 5 December 2017

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


Resepi : rosehayati

BAHAN-BAHAN

1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Bunga kantan
Secekak daun kesum
Sedikit garam

CARA-CARA

1. Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
2. Blend cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
3. Masukkan ikan, smua bahan blend dalam kuali, masukkan bunga kantan dan dajn kesum.
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
3. Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.





GARA GARA CHAT DI FACEBOOK


Berhati-hati Chat dengan Wanita Di Facebook Kerana Malang Tak Berbau.!

Seorang Lelaki Selalu Chat Mesej Call Seorang perempuan yang mengaku (Single) Ternyata adalah istri orang.

Isteri Lupa Padam Mesej dan Suami pada wanita itu melihat mesej mangsah bersayang-sayang dengan isteri nya di Hp Jadi si suami menyamar mengajak mangsa berjumpa Deting Lalu Mangsah Di Tatak 3 kali menggunakan Samurai.

Lokasi: dirahsiakan kata nya memalukan bangsa.!


Monday, 4 December 2017

Tiga beradik yatim piatu..

Tiga beradik yatim piatu Muhammad Daris Wafiy (10 thn)  dan dua adiknya Muhammad Daris Rayyan (9) dan Muhammad Daris Amsyar (5) merenung sayu jenazah kedua ibu bapa serta adik bongsu mereka ketika disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 9, Lekir, Manjung Perak. 

Dalam kemalangan awal pagi semalam, tiga beranak iaitu Azilina Abdul Aziz  dan suami Sairul Azuan Nadzim serta anak ke 4 mereka, Mohd Daris Iffat (3 bulan)  maut selepas kereta yang dipandu terbabas dalam kemalangan di KM 21, Jalan Sitiawan-Teluk Intan berhampiran Kampung Kayan.

Alfatihah...



Penemuan satu mayat lelaki mati tergantung dekat Kg Pulau Pisang Bota Kiri Perak



Lebih kurang jam 4.20pm 3/12/2017.satu kejadian bunuh diri di kg.pulau pisang bota kiri 32600 bota perak .seorang lelaki berbangsa melayu yang dikenali penduduk kg pulau pisang  telah megantung dirinya dikediamanya. mangsa tersebut bernama En.Hafizul.pihak polis menerima maklumat lebih kurang jam 4.30pm.ketika kejadian isteri dan anak- anak nya tiada dirumah.kejadian disedari seorang penduduk kg.pulau pisang yang bernama En.mad isa pada pukul 4.15pm.ketika itu beliau sedang pulang dari kebun yang terletak sebelah kadiaman mangsa.kes ini telah diselesaikan oleh pihak polis pada pukul 6.40pm.sekian untuk laporan jkkkg pulau pisang .


WARGA NEPAL MAUT DIHUMBAN DARI TINGKAT 3



SITIAWAN - Seorang lelaki warga Nepal maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan sebelum dia dihumban rakannya dari tingkat tiga Hostel Green Prospect yang terletak dalam sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kampung Acheh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa yang berumur lingkungan 30-an itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung kira-kira 10.30 pagi semalam.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 2.09 awal pagi, semalam.

"Mangsa yang juga pekerja di kilang tersebut difahamkan bergaduh dengan seorang lagi pekerja di kilang itu dalam keadaan mabuk sebelum mangsa diangkat dan dihumban dari koridor di tingkat tiga hostel tersebut.

"Mangsa yang cedera parah kemudiannya dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia. Bagaimanapun, suspek yang juga warga Nepal yang turut tinggal di hostel tersebut telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Muhammad Hanif berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.

Seekor haiwan yang tidak diketahui susur galur taksonominya telah dijumpai di perairan wilayah Zhejiang, China.

Haiwan pelik berwarna kelabu yang kelihatan seperti hibrid ikan lumba-lumba dan buaya itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan.

Disifatkan sebagai haiwan ‘comel’, nelayan yang tidak didedahkan namanya itu turut merakam video aksi haiwan tersebut yang kelihatan jinak dan tidak berbahaya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai teori apakah spesis sebenar haiwan tersebut.

Ada segelintir netizen beranggapan haiwan pelik itu adalah hasil pensenyawaan ikan lumba-lumba dan ikan todak, manakala ada juga yang berpendapat bahawa haiwan itu mungkin mengalami mutasi akibat kadar pencemaran yang terlalu tinggi di China.

Seorang pengguna Weibo dari wilayah Shandong berkata: “Minum air tercemar, makan makanan yang tercemar, wanita melahirkan bayi-bayi yang cacat anggota.

“Bagaimana anda boleh menepis kebarangkalian makhluk ini turut menjadi mangsa kepada pencemaran? Haiwan itu hidup di perairan yang tercemar, jadi sudah pasti keadaan itu mempengaruhi kecacatan fizikalnya.”

Video berdurasi 1 minit 12 saat itu telah menjadi viral setelah ianya tersebar secara meluas di republik tersebut, sehingga meraih perhatian sebuah jurnal sains di negara itu.

Berdasarkan sifat fizikal, para pengkaji merumuskan kemungkinan besar haiwan tersebut merupakan spesis ikan paus berparuh yang mempunyai dua bonggol kecil pada bahagian bawah rahangnya.

Mereka turut menambah bahawa ikan paus spesis ini biasanya hidup di lautan sedalam 1000 meter, dan jarang sekali dilihat. 

p/s: skrg dunia makin pelik.. bnyk benda pelik muncul... jgn kan haiwan... manusia pun ada...





Sunday, 3 December 2017

KAMPAR: Seorang wanita dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kesan jerutan di leher dan cedera di kepala di dalam ladang kelapa sawit Taman Permai, dekat Mambang Diawan, di sini petang tadi

Mayat wanita dengan kesan jerutan

KAMPAR: Seorang wanita dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kesan jerutan di leher dan cedera di kepala di dalam ladang kelapa sawit Taman Permai, dekat Mambang Diawan, di sini petang tadi.

Mangsa, S Letchumi, 28, ditemui terbaring di ladang berkenaan oleh seorang lelaki berusia 60-an yang mencari cendawan di kawasan terbabit kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata mangsa dipercayai dibunuh kurang dari tempoh 24 jam.

"Terdapat kesan jerutan di bahagian leher mangsa dan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian turut menemui kunci motosikal dan topi keledar dipercayai milik mangsa.

"Siasatan lanjut menemui motosikal mangsa ditinggalkan di sebuah restoran di Bandar Baru Kampar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kong Soon berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di ladang itu.

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif kejadian tetapi siasatan awal mendapati tidak mempunyai unsur samun kerana barang kemas mangsa masih ada pada badannya.

"Polis sudah menghubungi waris mangsa dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat.

"Unit Anjing Pengesan (K9) turut dipanggil ke lokasi kejadian untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

#BeritaHarian




Friday, 1 December 2017

AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP


Bahan-bahan

Bahan A (dikisar)

Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

Bahan B:

Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung
* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

Cara-cara:

1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.
2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.
3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.
4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.
5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.



Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...