Wednesday, 8 August 2018

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar.

#Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu,  deretan kedai sementara yang menjadi ikon pekan Ayer Hitam sejak lebih 30 tahun lalu musnah 100 peratus dalam kejadian berkenaan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Othman Baher berkata, seramai 14 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam serta Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. 

"Tiga jentera termasuk sebuah tangki air dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran dan api berjaya dikawal jam 8.10 pagi tadi selepas 25 minit operasi dimulakan. 

"Tindakan pantas anggota mengawal kebakaran berjaya mengelakkan deretan kedai berhampiran turut terbakar. 

"Punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi.

Tuesday, 7 August 2018

PENGGUNA feri Sungai Igan, Mukah, gempar selepas melihat seekor buaya bersidai di tebing sungai berkenaan semalam.

Sang bedal buat 'show'

PENGGUNA feri Sungai Igan, Mukah, gempar selepas melihat seekor buaya bersidai di tebing sungai berkenaan semalam.

“Sang bedal” yang terkenal dengan jolokan 'Penunggu Sungai Igan' berukuran lebih lima meter itu dilihat jam 11 pagi sebelum gambar reptilia itu dirakam orang ramai seterusnya menjadi tular sejak petang semalam.

Pengguna feri, Faizul Salleh, 45, berkata, reptilia berkenaan dilihat kerap timbul berhampiran feri Igan terutama ketika air surut.

"Buaya itu memang sering muncul berhampiran feri, berenang dari hilir menuju ke hulu sungai.

"Dalam kejadian semalam, kami sempat merakam kelibat reptillia ini ketika sedang berjemur tetapi kali ini saiznya besar dan menggerunkan," katanya kepada NSTP, hari ini.

Seorang lagi pengguna feri, Abdul Mutalib Jemain, 30, berkata, kehadiran buaya bukan sesuatu yang pelik bagi pengguna pengangkutan air di kawasan berkebaan, namun kekerapan reptilia itu muncul sejak kebelakangam ini mengusarkan penduduk.

"Saya pernah melihat seekor buaya besar berjemur di atas jeti yang menjadi laluan utama kenderaan masuk ke dalam feri beberapa bulan lalu ketika air sungai pasang besar.

"Beberapa hari lalu, penumpang feri dikejutkan lagi dengan kemunculan seekor buaya gergasi yang dilihat cuba menghampiri feri sebelum hilang ke hulu sungai," katanya.

Katanya, Abdul Mutalib menggesa pihak berwajib melakukan pemantauan bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini dan lebih dibimbangkan sekiranya reptilia itu mengganas seterusnya ada penduduk yang akan menjadi mangsa.

Khalid Latip
cnews@nstp.com.my



Inilah jenis pemandu yang berada di Kuala Lumpur. Sudahlah merosakkan harta Datuk Bandar,malah cuba mencederakan anggota penguatkuasa

Dipetik dari CityCarpark :

Kereta telah membuat kesalahan parkir luar petak. Dengan kesalahan itu kereta ini disaman dan dikapit tayarnya.

Tidak lama selepas kereta itu dikunci, Pemilik kereta yang sedar kenderaannya dikapit memasuki kereta dan terus berundur sehingga langgar kereta pegawai kapit sebanyak 3 kali dan memecahkan plat nombor pendaftaraan kenderaan pegawai kapit.

Pada masa sama kenderaan itu dapat melonggarkan kapit yang dipasang diroda kenderaan putih. Selepas kali ketiga , pemilik kereta itu membuka kapit itu sehingga tercabut dari tayar dan membuangnya di tengah jalan.

Pemilik kenderaan masuk ke kereta dan cuba melanggar pegawai penguatkuasa yang sedang menjalankan tugasnya.

Inilah jenis pemandu yang berada di Kuala Lumpur. Sudahlah merosakkan harta Datuk Bandar,malah cuba mencederakan anggota penguatkuasa dengan melanggar anggota penguatkuasa berkenaan.

Laporan Polis akan disertakan untuk kes ini.

Lokasi / Masa : Jalan Kuchai Maju 11 / 2:06 pm

Date : 6 August 2018




                               

Monday, 6 August 2018

Dua pegawai kastam antara lima ditahan



LIMA individu termasuk dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes kehilangan dadah di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan, Nilai yang dianggarkan bernilai RM30.4 juta, semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, dua pegawai kastam terbabit ditahan bersama dua pengawal keselamatan yang bertugas ketika kejadian dan seorang orang awam.

Menurutnya, mereka ditahan polis susulan laporan yang dibuat JKDM selepas kejadian jam 3 pagi itu.

“Dalam kejadian itu, suspek memecahkan sebuah kontena yang dirampas kastam dalam serbuan di Pelabuhan Klang, baru-baru ini. Kontena berkenaan ditarik dan disimpan di Pejabat Cawangan Narkotik untuk tujuan siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, suspek disyaki melarikan tujuh kotak mengandungi dadah jenis ketamin dan heroin yang dianggarkan seberat 50 kilogram dari kontena berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Subromaniam berkata, semua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan di peringkat dalaman mengenai kemungkinan terdapat pembabitan pegawai kastam berhubung kejadian itu.

“Selain tindakan yang diambil polis, JKDM juga akan mengambil tindakan tegas termasuk membuang kerja terhadap pegawai yang disyaki terbabit.

“JKDM turut meningkatkan rondaan dan meletakkan Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA) untuk memperketatkan tahap kawalan keselamatan di lokasi kejadian dan semua stor simpanan barang rampasan di seluruh negara,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, sekumpulan 10 lelaki bertopeng yang menaiki dua pacuan empat roda dan sebuah kereta meluru masuk ke pondok pengawal keselamatan sebelum membelasah seorang daripada dua pengawal bertugas.

Pengawal keselamatan terbabit dipukul menggunakan kayu menyebabkan dia cedera di kepala, kaki dan tangan sebelum mangsa dan seorang lagi pengawal keselamatan diikat kaki, tangan dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Penjenayah dikatakan memecahkan satu daripada 10 kontena sebelum melarikan sejumlah kotak barangan dipercayai dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan memberitahu satu sidang media mengenai perkembangan siasatan akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, jam 11 pagi esok.

▶ Harian Metro 

#inforoadblock




Penjenayah larikan dadah rampasan kastam



06 Ogos 2018 
NILAI - Polis mengesahkan menerima laporan dadah rampasan bernilai kira-kira RM30.4 juta yang disimpan di Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Jijan di sini dilarikan penjenayah awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya telah menerima laporan kes itu dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam tempoh terdekat.

"Polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu. Ketua Polis Negeri Sembilan akan mengeluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, 10 lelaki bertopeng menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta memasuki premis itu.

Mereka kemudian bertindak memukul dan mengikat dua pengawal keselamatan bangunan berkenaan sambil memaklumkan mahu mengambil barang milik mereka.

Jelas sumber polis, sebanyak 80 kotak dipercayai mengandungi dadah bernilai RM30.4 juta yang disimpan dalam salah sebuah kontena di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan dilarikan penjenayah terbabit.



Seorang bekas penyampai berita TV3 dan anaknya nyaris maut apabila rumah mereka dijilat api

Seorang bekas penyampai berita TV3 dan anaknya nyaris maut apabila rumah mereka dijilat api pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada 4.06 petang di Jalan Landak Seksyen 20, mangsa, Nasharuddin Tajuddin, 57 dan anak lelakinya yang berusia 21 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan pintu belakang rumah.

Siasatan awal bomba mendapati kebakaran dipercayai bermula dari hadapan rumah, mungkin berpunca dari penyaman udara atau dari kenderaan mangsa.





                                   

Dari pada mengisap rokok mendingan HISAP PAYUDARA



1. Payudara wanita yg sering dihisap, keseimbangan sistem kardiovaskular kewanitaannya dpt terjaga ... Apabila lelaki menghisap Payudara wanita dalam waktu yg lama, maka degupan jantung wanita dpt meningkat hingga 110 detak/menit. Hal ini boleh menjadi latihan bagus bagi kesehatan jantung.

2. Hisap Payudara wanita juga dpt membuat berat badan wanita lebih stabil, bahkan berkurang. Hal ini disebabkan, Payudara wanita yg dihisap selama 3 menit dpt membakar lemak sekitar 12 kalori.

3. Ingin wajah lebih kencang? Kalau begitu jangan ragu utk lebih sering dihisap Payudaranya. Dgn dihisap Payudara, maka lebih dari 30 otot wajah wanita bergerak, sehingga berguna utk meningkatkan aliran darah di kulit wajah, dan menghaluskan kulit.

4. Selama ini hisap Payudara wanita dianggap sebagai hal yg kurang sopan/tabu. Tapi pada kenyataanya hisap Payudara wanita dpt membuat wanita lebih awet muda, merupakan obat alami yg merangsang sistem kekebalan tubuh, hasilnya adalah produksi antibodi yg mampu melindungi dari virus. Proses ini disebut cross-imunoterapi.

5. Pada saat Payudara wanita dihisap, biasanya nafas wanita jadi lebih cepat..Rata2 saat hisap Payudara, wanita akan menghirup dan membuang nafas 60 kali dlm satu menit. Padahal dlm keadaan normal hanya 20 kali tiap satu menit. Menghirup dan membuang nafas lebih sering akan mencegah berbagai gangguan diparu.

6. Payudara wanita yg dihisap lebih dari 5 menit akan membuat tubuh wanita lebih santai, dapat menghasilkan rantai kimiawi yg akan menghancurkan berbagai hormon penyebab stress.

7. Kebiasaan menghisap payudara diwaktu pagi saat bangun tidur selama 3 menit dan dilakukan rutin tiap pagi akan membantu mencegah timbulnya kanker payudara. 

----Dr.Boyke Dian Nugraha SpOG----

Nah, tunggu apalagi? mudah dan bermanfaat.

Ayo para laki-laki tidak perlu sungkan utk kebaikan, dari pada hisap rokok harganya mahal. Selamat Mencoba....

Creadit : mei tri hapsari




Saturday, 28 July 2018

SUAMI ISTERI MAUT MOTOR DILANGGAR DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT



KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut di persimpangan lampu isyarat selepas motosikal Yamaha Lagenda ditunggang mereka dilanggar dari belakang oleh kereta Toyota Hilux.

Kemalangan itu yang membabitkan mangsa masing-masing berusia 38 tahun berlaku di persimpangan itu di Jalan Kepong dan Jalan Jinjang Permai, di sni, pada jam 6.50 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata susulan kejadian itu, pemandu Toyota Hilux bertindak melarikan diri selepas meninggalkan keretanya di kawasan berkenaan.

Ketika ini, katanya, pihaknya memburu suspek yang juga lelaki tempatan berusia 24 tahun.

"Kita sudah pergi ke alamat pemilik kereta itu di Kepong, namun mendapati tiada penghuni.

"Lokasi kemalangan mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Akibat kemalangan itu, kereta dan motosikal terbabit mengalami kerosakan masing-masing di bahagian depan dan belakang.

"Pada masa sama, waris mangsa berkenaan sudah dihubungi berhubung isu berbangkit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BH ONLINE




Friday, 27 July 2018

Dirogol boyfriend dan kawan-kawan



PADAH mengikut teman lelaki menaiki motosikal, gadis berusia 14 tahun dirogol beramai-ramai oleh teman lelaki dan beberapa rakan suspek yang tidak dikenalinya, di rumah di Taman Seri Bayu, Kuala Besut, Jertih.

Dalam kejadian pada 20 Julai lalu, pelajar Tingkatan Dua yang berasal dari Tawang, Bachok, Kelantan, itu dihubungi teman lelakinya itu 2.15 pagi ketika berada di rumah di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, teman lelaki mangsa mengajaknya keluar bersiar-siar sebelum mangsa bersetuju dan mengikut suspek menaiki motosikal.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke rumah di Taman Seri Bayu, sebelum merogol mangsa bersama beberapa rakan lelaki lain di rumah itu.

"Selepas kejadian rogol itu, mangsa ditinggalkan di kawasan Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh dan pulang sendiri ke rumahnya di Kelantan, dalam keadaan lemah dan kesakitan," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Mohd Zamri berkata, susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku pada 3.30 petang 22 Julai, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Sehubungan itu, mangsa dibawa ke Hospital Perempuan Zainab, Kota Bharu, untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa," katanya.

Mohd Zamri berkata, bertindak di atas laporan, polis berjaya memberkas teman lelaki mangsa berusia 17 tahun di rumah di Kampung Telaga Papan, Semerak, Cherang Ruku, pada 2 pagi Isnin lalu.

"Siasatan mendapati, suspek turut memiliki rekod lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Besut," katanya.

Katanya suspek kedua iaitu pelajar Tingkatan Lima di Pasir Putih, ditahan di rumah di Jalan Tok Bali, Semerak, kira-kira 2 pagi Rabu lalu.

"Polis masih memburu dua lagi suspek yang kini dipercayai sedang menyembunyikan diri untuk membantu siasatan kes ini," katanya.




Monday, 14 May 2018

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak sebarang penyertaan dan kerjasama UMNO dalam Pakatan Harapan

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak sebarang penyertaan dan kerjasama UMNO dalam Pakatan Harapan (PH).
Dr Mahathir berkata, parti UMNO itu sendiri belum tentu sah atau tidak.
"Parti UMNO tidak boleh ada dalam PH," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.
Ditanya lanjut adakah UMNO kini berdepan isu pembatalan sekiranya siasatan dilakukan terhadap pendaftaran parti itu, Dr Mahathir berkata, proses itu terserah kepada mahkamah untuk memutuskannya.
"Malah, ia juga terserah kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menentukan status pendaftaran UMNO," katanya.




Friday, 6 April 2018

Mohon berhati-hati bila menerima makanan orang

Sedih sampai ke hari ini, saya adik kpd arwah yang meninggal kerana disantau kawan baik sendiri, dek kerana cemburu dan iri hati! kecewa sgt! sbb mereka tak ubah seperti adik beradik!

Arwah baik orgnya, sampaikan dia tak kisah berkongis apa shj dgn kwn2 dia! malah tunang dia pun dia suruh tlg ambik kawan dia balik kerja dll. Punya baik sampai orang lain jatuh hati kt tunang dia!

kisah bermula bila arwah bgi tahu nak kawin! kawan baik dia mula berperangai pelik! kadang mcm2 cara utk bgi arwah cemburu pd tunang dia! tp arwah ckp "kalau Razif dgn ko Fina, aku tak akan cemburu! kau kawan baik aku" razif tu tunang dia! 

bermulalah apisod makanan! hari2 si Fina ni bagi makanan kt akak, tiap kali rehat waktu kerja, fina dtg opis akak hantar makanan! baik gila! mcm mana akak tak syak dia apa2. sebab dia NAMPAK BAIK~ tp satu hari akak terjumpa paku karat dlm makanan! 

Dari situ akak mula sakit! sampailah perot akak membesar mcm org mengandung! Razif tetap setia! razif pergi membawa akak berubat walaupun si fina tu fitnah akak bersekedudukan dan bunting anak luar nikah! 

akhirnya jumpa seorang ustaz dan berjaya keluarkan segala benda dlm badan akak dan jumpa mcm2 benda bawah rumah! tapi sayang, akak meninggal kerana terseksa! sampai skrg kami tak dpt lupakan apa yang berlaku pd akak!

fina? entah hilang kemana, abg razif skrg dh jadi suami saya! kerana wasiat akak! aku kawin dgn abg razif! dan skrg kami dikurniakan seorang anak bernama SYARIFAH FATIMAH (Nama akak aku).

aku harap cerita aku ni blh dijadikan tauladan! share supaya kita semua berhati-hati

Ohya, dlm pada itu, ustaz yg ubat akak ajar kamu doa ni dan sya amalkan takot juga klu2 ada yg dengki dan busuk hati buat benda yg sama pada makanan kami :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma'as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad).

Sumber By  Syarifah Fatiha Karim

share dan tag keluarga anda!




Tuesday, 2 January 2018

Nama penyakit aku ni "Steven Johnson symptom"

Alhmdulillah..thn 2017 byk blaku perkara xterduga..Kakak sulung meninggal dunia,dan aku sendiri jatuh sakit yg x disangka2..
mulanya sakit gigi biase,dah banyak gigi cabut tapi still sakit yg sama blaku..lastly,buat ct scan di Mahkota Hosp dan dr diagnosed aku ade penyakit Saraf Trigemenal Neuralgia iaitu sakit saraf di bhg muka,bsambung pd gg ke otak..bila sakit tu memang x bole nak makan,bcakap apetah lg buka mulut smpai berat pun turun smpai 42kg..Then dr bg ubat utk tahan sakit n susutkan bengkak saraf..
bila makan ubat tu,smgu aku asik tido je..mybe efek ubat.so bila asik tido mata stat bengkak..nak msuk 2 mgu demam on n off.badan makin lemah.tapi dah bole stat makan mcm biasa.so bile next appointment dr kurgkn dos ubat.tgk mcmane.stat mgu ke3..asik demam.mata makin bengkak.smpaila mlm rabu mgu lepas,aku mgigil2..husbnd n parents bawa ke kpj.smpai sane suhu cecah 40°c..dr memg dh syak aku allergic ubat sbb muka stat merah2.then dr kata platlet aku rendah dr org normal biase..tu sgt bahaya.sebb bile platlet rendah tu yg bole mnyebabkn kulit merah2 n takut smpai bleeding..So dr decided nk hntar ke Hpsf naik ambulan..smpai Hpsf duduk Icu jap cek tekanan darah smua..n tolak ke wad..
Kat hpsf seminggu jgkla duduk sane..So aku direferkan ke pakar kulit,mata n bedah mulut.
Dah 2 ari kat HPsf badan,kaki tangan muka dah stat naik merah2..mcm tbakar pun ade..dengan ulser yg byk dlm mulut,mata merah bengkak..mmg mase tu down gila..nak makan pun x boleh..bila nurse anta pegi appointment pakar2 tiap2 pg msti smua mata pandang tgk muka..pelik gaknye bdk ni kene bakar ke cmne..then kdg2 aku rase mcm susah bnafas jgk..mcm dada sempit.bila nak telan air sempit n sakit sgt dada.dr kate maybe ulser tu dh smpai ke dlm..
So smgu kat wad mmg mcabar..Thnks pd mak abah kakak2 ku sbb hire private nurse,Lala utk jage aku kat wad..tlg mandikan,sapu krim,titik ubat mata,bersihkan mulut smua..(love u Lala,xsmpat tgkap pic)..Lala ni mulut becok,asik melawak jek..so aku xdela down duduk wad..
Tiap2 pg ade appointment jmpe pakar mata,kulit n bedah mulut..yg paling ngeri jmpe pakar bedah mulut sbb kat sane Dr akan siat n bersihkat kulit2 mati kat bibir smpai darah2 so senang kulit bibir pulih cepat..ko bygkan ko nk siat kulit bibir sdri pon pedih apetah lg org lain yg buatkan..
Genap smgu dr benarkan kuar wad..happy x happy la kan..dok tperap kat wad..pastu bile org lalu kat kat katil msti tnye sakit ape..dr2 manipal yg tgh blaja lg pun slalu dtg tanye2 soalan..sbb kes mcm ni rare..jrg blaku..so bile kua wad dh xpayah hadap smua tu..Alhmdulillah..
So,kesimpulannye aku alahan ubat saraf yg aku mkn tu..nama penyakit aku ni "Steven Johnson symptom" ..sakit aku ni dr kata x smua org mcm aku.ade yg serasi mkn ubat tu..n ade yg mcm aku.nasib baik aku cpt gi hosp sbb bnde ni kdg2 bole mengancam nyawa.Kita x terpikir pun kan alahan ubat bole smpai mcm ni..dah kena batang hidung sdri bru tau.tp tulah mslhnye,kita xkan tau kite allergic ubat smpai kite try mkn ubat tu.then baru tau.
Ape pun,aku redha dgn aturan Allah swt..Allah bg ujian besar utk hambaNya spy hambaNya lbh ingt pd Nya..N InshaAllah aku pcaya good things gonna happen someday to me,n my family..
Kat sni,aku nk smua org tau..Aku syg sgt family aku..my husband,anak2,mak,abah,kakak2 aku,abg,mertua,ipar duai, n esp kawan aku dunia akhirat...bg moral support,ptlgn wang ringgit dsbgnya utk aku..n kwn2 baik ku..u all know who u are..thanks korg..lawat aku,mandikan aku time aku tgh lemah..syg korg sgt2.....Hanya Allah swt yg dpt bls jasa u all..n semua sahabat2 n saudara mara yg dtg melawat..smga smuanya diberkati Allah sWt. Thanks Allah,di saat aku tgh tlantar sakit dan x bdaya,Kau hadirkan insan2 yg baik hati utk membantuku..😔
And to my husband, thn ni kita celebrate anniversary ke6 kita dlm keadaan syg tgh sakit..Allah bg ujian btimpa2 thn ni kat kita supaye kite lbh kuat and ingt kat dia..Dia yg Maha Berkuasa melebihi segalanya..Yg pnting kita redha n lalui smua rintangan bsama..InshaAllah.
p/s:antara gmbr smpat diambil..bhg badan paling byk tp xbole nak upload ye.sory if x selesa tgk..just nk share a kind of allergic yg rmai org xtau..





Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...