Wednesday, 8 August 2018

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar.

#Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu,  deretan kedai sementara yang menjadi ikon pekan Ayer Hitam sejak lebih 30 tahun lalu musnah 100 peratus dalam kejadian berkenaan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Othman Baher berkata, seramai 14 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam serta Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. 

"Tiga jentera termasuk sebuah tangki air dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran dan api berjaya dikawal jam 8.10 pagi tadi selepas 25 minit operasi dimulakan. 

"Tindakan pantas anggota mengawal kebakaran berjaya mengelakkan deretan kedai berhampiran turut terbakar. 

"Punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...