Monday, 31 July 2017

Perhatian buat pengguna AXIA



Perhatian buat pengguna AXIA

Lagi kejadian stereng-lock berlaku secara tiba-tiba

Nurse ni kata dia ikut belakang kereta lain kelajuan dalam 40km/j. Sampai di selekoh tiba-tiba stereng tak boleh dipusing seperti biasa. Terus menjunam ke laman rumah. Brek juga gagal berfungsi.

Pengguna Axia sila berhati-hati. Nak kata nurse nie ngantuk tak mungkin sebabnya dia baru jer keluar rumah dalam 100 meter tengok baby..
Kejadian berlaku di Felda Semenchu Tuan Haji, Jalan Kampung

Sumber : Abang Zali Semenchu




Video di Bawah Menerangkan Fungsi ABS



Di bawah adalah Ulasan oleh Mohd Syukri dari Jurutera Perodua Yg Saya ambil dari info kes-kes sebelum ini...

Saya terpanggil untuk menjelaskan tentang isu stereng Axia terkunci sehingga menyebabkan kemalangan. 

Saya ialah seorang pekerja Perodua dan saya selalu berurusan dengan perkara-perkara berkaitan teknikal. Dengan latar belakang kejuruteraan sedikit sebanyak saya faham konsep sistem keselamatan sesebuah kenderaan. 

Untuk kes yang viral baru-baru ini, boleh saya simpulkan kereta yang terlibat tidak memiliki ciri ABS atau anti-lock braking system (system brek anti-kunci). 

Apabila kereta yang tidak memiliki ABS membrek secara mengejut, secara automatik tayar hadapan akan terkunci lalu menyebabkan kereta mengelongsor ke hadapan tanpa boleh dikawal. 

Ini menyebabkan stereng seolah-olah terkunci disebabkan kedudukan tayar hadapan yang telah terkunci pergerakannya. 

Jika berada di selekoh boleh menyebabkan kereta terbabas ke pembahagi jalan. Tiada apa yang boleh dibuat oleh pemandu untuk mengawal kenderaan semula.




No comments:

Post a Comment

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...