Monday, 3 July 2017
Lelaki Warga Emas Rebah Di Bilik Air
LELAKI warga emas ditemui maut di dalam bilik air rumahnya di Jalan Palma, Bandar Seri Botani, Ipoh, dipercayai akibat serangan jantung. Pesara polis, Allahyarham Jumaddin Ahmad, 68, dipercayai terjatuh di dalam bilik air sebelum disahkan meninggal dunia, pada 5.30 petang, Ahad. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.42 petang. “Enam anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri. Anggota bomba ambil kira-kira 20 minit untuk keluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, operasi tamat pada 6.30 petang, manakala arwah kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Info dari Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/241791/rebah-dalam-bilik-air
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi
8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...
-
GEODUCK clam (Panopea generosa) adalah spesies kerang laut yang berukuran besar. Geoduck bermaksud mengali da...
-
Sebut saja yogurt, pastinya ramai yang menggemarinya, kalau pergi pasaraya sudah pasti beli satu atau dua bekas, lagi-lagi kalau dapat...
-
06 Ogos 2018 NILAI - Polis mengesahkan menerima laporan dadah rampasan bernilai kira-kira RM30.4 juta yang disimpan di Cawangan Nark...
No comments:
Post a Comment