Sunday, 9 July 2017

Otak bayi membengkak akibat campur air dalam susu




“Sy betul-betul tak tahu susu ibu tak boleh campur dgn air biasa..kalau sy tahu dari awal, Marie mesti masih hidup..sy menyesal..ibu bapa di luar, tolong sebarkan..jgn jadi seperti sy, syg anak-anak anda..mereka bayi, mereka tak mampu bercakap tapi anda mampu bertindak..tolong viralkan secepat mungkin..”

   Bayi yang hanya berumur 10-minggu Nevaeh Marie Landell meninggal dunia selepas ibu bapanya berulang kali memberi susu badan bercampur dengan air. Susu ibu yang dicampurkan dengan air telah mengakibatkan penurunan dalam tahap elektrolit dan natrium Nevaeh dan menyebabkan otaknya membengkak..

   Menurut pendakwa raya, Herbert George Landell dan Lauren Heather Fristed didakwa enggan memberi rawatan perubatan apabila anak mereka jatuh sakit, alasan yang diberikan adalah kerana kepercayaan agama mereka. Apabila mereka akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah terlambat.

   Landell telah didakwa dengan jenayah pembunuhan dan penyeksaan. Fristed didakwa dengan jenyah penyeksaan yang teruk dan kekejaman terhadap anak-anak. Laporan berita US menyatakan bahawa kedua-duanya berada dalam penjara tanpa diikat jamin.


Nasihat dari Pakar

   Pakar-pakar laktasi daripada organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan La Leche League International (LLLI) bersetuju bahawa bayi yang disusui ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Ini kerana susu ibu terdiri daripada 88% air – terutamanya “susu hadapan” yang datang dengan setiap makanan – oleh itu ia memenuhi semua keperluan penghidratan bayi anda.

Rujukan dari :




No comments:

Post a Comment

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...