Sebelum kejadian, mangsa, seorang pelajar sebuah universiti di Bangi warga Yaman sedang minum di sebuah restoran mamak di SP2, Serdang Perdana, kira-kira jam 3.30 pagi dan didatangi suspek menunggang sebuah motosikal yang kemudian meragut beg miliknya.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa mengejarnya dengan menaiki sebuah kereta sejauh kira-kira tiga kilometer (km) sebelum melanggar motosikal ditungganginya ketika tiba di lampu isyarat belakang Pangsapuri Garden @One South.
"Hasil siasatan unit forensik di lokasi kejadian menemui beg mangsa bersama suspek.
"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah, menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah, " katanya dalam kenyataan, hari ini.
Megat Mohamad Aminuddin berkata, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Berikutan itu, katanya, lelaki Yaman berusia lingkungan 20-an itu turut ditahan dan perintah reman akan dipohon di mahkamah esok bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment