Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman@Hussaini berkata, mangsa, Muhammad Syafiq Akmal Amran dan Mohd Rafiuddin Fakhrullah ditemui di lombong Projek Perumahan Rakyat Muhibah kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
"Mayat Muhammad Syafiq ditemui pada jam 7.40 pagi dan mayat Mohd Rafiuddin pula pada jam 8.03 pagi.
"Dua mayat terbabit ditemui dalam keadaan telungkup di permukaan air dengan jarak lebih kurang 50 meter antara satu sama lain.
"Mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat dan pengecaman oleh keluarga masing-masing," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini
No comments:
Post a Comment