Tuesday, 7 August 2018

PENGGUNA feri Sungai Igan, Mukah, gempar selepas melihat seekor buaya bersidai di tebing sungai berkenaan semalam.

Sang bedal buat 'show'

PENGGUNA feri Sungai Igan, Mukah, gempar selepas melihat seekor buaya bersidai di tebing sungai berkenaan semalam.

“Sang bedal” yang terkenal dengan jolokan 'Penunggu Sungai Igan' berukuran lebih lima meter itu dilihat jam 11 pagi sebelum gambar reptilia itu dirakam orang ramai seterusnya menjadi tular sejak petang semalam.

Pengguna feri, Faizul Salleh, 45, berkata, reptilia berkenaan dilihat kerap timbul berhampiran feri Igan terutama ketika air surut.

"Buaya itu memang sering muncul berhampiran feri, berenang dari hilir menuju ke hulu sungai.

"Dalam kejadian semalam, kami sempat merakam kelibat reptillia ini ketika sedang berjemur tetapi kali ini saiznya besar dan menggerunkan," katanya kepada NSTP, hari ini.

Seorang lagi pengguna feri, Abdul Mutalib Jemain, 30, berkata, kehadiran buaya bukan sesuatu yang pelik bagi pengguna pengangkutan air di kawasan berkebaan, namun kekerapan reptilia itu muncul sejak kebelakangam ini mengusarkan penduduk.

"Saya pernah melihat seekor buaya besar berjemur di atas jeti yang menjadi laluan utama kenderaan masuk ke dalam feri beberapa bulan lalu ketika air sungai pasang besar.

"Beberapa hari lalu, penumpang feri dikejutkan lagi dengan kemunculan seekor buaya gergasi yang dilihat cuba menghampiri feri sebelum hilang ke hulu sungai," katanya.

Katanya, Abdul Mutalib menggesa pihak berwajib melakukan pemantauan bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini dan lebih dibimbangkan sekiranya reptilia itu mengganas seterusnya ada penduduk yang akan menjadi mangsa.

Khalid Latip
cnews@nstp.com.my



No comments:

Post a Comment

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...