Wednesday 8 August 2018

Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar.

#Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu,  deretan kedai sementara yang menjadi ikon pekan Ayer Hitam sejak lebih 30 tahun lalu musnah 100 peratus dalam kejadian berkenaan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Othman Baher berkata, seramai 14 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam serta Yong Peng dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. 

"Tiga jentera termasuk sebuah tangki air dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran dan api berjaya dikawal jam 8.10 pagi tadi selepas 25 minit operasi dimulakan. 

"Tindakan pantas anggota mengawal kebakaran berjaya mengelakkan deretan kedai berhampiran turut terbakar. 

"Punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi.

Tuesday 7 August 2018

PENGGUNA feri Sungai Igan, Mukah, gempar selepas melihat seekor buaya bersidai di tebing sungai berkenaan semalam.

Sang bedal buat 'show'

PENGGUNA feri Sungai Igan, Mukah, gempar selepas melihat seekor buaya bersidai di tebing sungai berkenaan semalam.

“Sang bedal” yang terkenal dengan jolokan 'Penunggu Sungai Igan' berukuran lebih lima meter itu dilihat jam 11 pagi sebelum gambar reptilia itu dirakam orang ramai seterusnya menjadi tular sejak petang semalam.

Pengguna feri, Faizul Salleh, 45, berkata, reptilia berkenaan dilihat kerap timbul berhampiran feri Igan terutama ketika air surut.

"Buaya itu memang sering muncul berhampiran feri, berenang dari hilir menuju ke hulu sungai.

"Dalam kejadian semalam, kami sempat merakam kelibat reptillia ini ketika sedang berjemur tetapi kali ini saiznya besar dan menggerunkan," katanya kepada NSTP, hari ini.

Seorang lagi pengguna feri, Abdul Mutalib Jemain, 30, berkata, kehadiran buaya bukan sesuatu yang pelik bagi pengguna pengangkutan air di kawasan berkebaan, namun kekerapan reptilia itu muncul sejak kebelakangam ini mengusarkan penduduk.

"Saya pernah melihat seekor buaya besar berjemur di atas jeti yang menjadi laluan utama kenderaan masuk ke dalam feri beberapa bulan lalu ketika air sungai pasang besar.

"Beberapa hari lalu, penumpang feri dikejutkan lagi dengan kemunculan seekor buaya gergasi yang dilihat cuba menghampiri feri sebelum hilang ke hulu sungai," katanya.

Katanya, Abdul Mutalib menggesa pihak berwajib melakukan pemantauan bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini dan lebih dibimbangkan sekiranya reptilia itu mengganas seterusnya ada penduduk yang akan menjadi mangsa.

Khalid Latip
cnews@nstp.com.my



Inilah jenis pemandu yang berada di Kuala Lumpur. Sudahlah merosakkan harta Datuk Bandar,malah cuba mencederakan anggota penguatkuasa

Dipetik dari CityCarpark :

Kereta telah membuat kesalahan parkir luar petak. Dengan kesalahan itu kereta ini disaman dan dikapit tayarnya.

Tidak lama selepas kereta itu dikunci, Pemilik kereta yang sedar kenderaannya dikapit memasuki kereta dan terus berundur sehingga langgar kereta pegawai kapit sebanyak 3 kali dan memecahkan plat nombor pendaftaraan kenderaan pegawai kapit.

Pada masa sama kenderaan itu dapat melonggarkan kapit yang dipasang diroda kenderaan putih. Selepas kali ketiga , pemilik kereta itu membuka kapit itu sehingga tercabut dari tayar dan membuangnya di tengah jalan.

Pemilik kenderaan masuk ke kereta dan cuba melanggar pegawai penguatkuasa yang sedang menjalankan tugasnya.

Inilah jenis pemandu yang berada di Kuala Lumpur. Sudahlah merosakkan harta Datuk Bandar,malah cuba mencederakan anggota penguatkuasa dengan melanggar anggota penguatkuasa berkenaan.

Laporan Polis akan disertakan untuk kes ini.

Lokasi / Masa : Jalan Kuchai Maju 11 / 2:06 pm

Date : 6 August 2018




                               

Monday 6 August 2018

Dua pegawai kastam antara lima ditahan



LIMA individu termasuk dua pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes kehilangan dadah di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan, Nilai yang dianggarkan bernilai RM30.4 juta, semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, dua pegawai kastam terbabit ditahan bersama dua pengawal keselamatan yang bertugas ketika kejadian dan seorang orang awam.

Menurutnya, mereka ditahan polis susulan laporan yang dibuat JKDM selepas kejadian jam 3 pagi itu.

“Dalam kejadian itu, suspek memecahkan sebuah kontena yang dirampas kastam dalam serbuan di Pelabuhan Klang, baru-baru ini. Kontena berkenaan ditarik dan disimpan di Pejabat Cawangan Narkotik untuk tujuan siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, suspek disyaki melarikan tujuh kotak mengandungi dadah jenis ketamin dan heroin yang dianggarkan seberat 50 kilogram dari kontena berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Subromaniam berkata, semua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan di peringkat dalaman mengenai kemungkinan terdapat pembabitan pegawai kastam berhubung kejadian itu.

“Selain tindakan yang diambil polis, JKDM juga akan mengambil tindakan tegas termasuk membuang kerja terhadap pegawai yang disyaki terbabit.

“JKDM turut meningkatkan rondaan dan meletakkan Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (COBRA) untuk memperketatkan tahap kawalan keselamatan di lokasi kejadian dan semua stor simpanan barang rampasan di seluruh negara,” katanya.

Akhbar hari ini melaporkan, sekumpulan 10 lelaki bertopeng yang menaiki dua pacuan empat roda dan sebuah kereta meluru masuk ke pondok pengawal keselamatan sebelum membelasah seorang daripada dua pengawal bertugas.

Pengawal keselamatan terbabit dipukul menggunakan kayu menyebabkan dia cedera di kepala, kaki dan tangan sebelum mangsa dan seorang lagi pengawal keselamatan diikat kaki, tangan dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Penjenayah dikatakan memecahkan satu daripada 10 kontena sebelum melarikan sejumlah kotak barangan dipercayai dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan memberitahu satu sidang media mengenai perkembangan siasatan akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, jam 11 pagi esok.

▶ Harian Metro 

#inforoadblock




Penjenayah larikan dadah rampasan kastam



06 Ogos 2018 
NILAI - Polis mengesahkan menerima laporan dadah rampasan bernilai kira-kira RM30.4 juta yang disimpan di Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Jijan di sini dilarikan penjenayah awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya telah menerima laporan kes itu dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin akan mengeluarkan kenyataan mengenainya dalam tempoh terdekat.

"Polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu. Ketua Polis Negeri Sembilan akan mengeluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurut sumber polis, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi semalam, 10 lelaki bertopeng menaiki dua buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta memasuki premis itu.

Mereka kemudian bertindak memukul dan mengikat dua pengawal keselamatan bangunan berkenaan sambil memaklumkan mahu mengambil barang milik mereka.

Jelas sumber polis, sebanyak 80 kotak dipercayai mengandungi dadah bernilai RM30.4 juta yang disimpan dalam salah sebuah kontena di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan dilarikan penjenayah terbabit.



Seorang bekas penyampai berita TV3 dan anaknya nyaris maut apabila rumah mereka dijilat api

Seorang bekas penyampai berita TV3 dan anaknya nyaris maut apabila rumah mereka dijilat api pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharuddin Mat Taib berkata, dalam kejadian pada 4.06 petang di Jalan Landak Seksyen 20, mangsa, Nasharuddin Tajuddin, 57 dan anak lelakinya yang berusia 21 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan pintu belakang rumah.

Siasatan awal bomba mendapati kebakaran dipercayai bermula dari hadapan rumah, mungkin berpunca dari penyaman udara atau dari kenderaan mangsa.





                                   

Dari pada mengisap rokok mendingan HISAP PAYUDARA



1. Payudara wanita yg sering dihisap, keseimbangan sistem kardiovaskular kewanitaannya dpt terjaga ... Apabila lelaki menghisap Payudara wanita dalam waktu yg lama, maka degupan jantung wanita dpt meningkat hingga 110 detak/menit. Hal ini boleh menjadi latihan bagus bagi kesehatan jantung.

2. Hisap Payudara wanita juga dpt membuat berat badan wanita lebih stabil, bahkan berkurang. Hal ini disebabkan, Payudara wanita yg dihisap selama 3 menit dpt membakar lemak sekitar 12 kalori.

3. Ingin wajah lebih kencang? Kalau begitu jangan ragu utk lebih sering dihisap Payudaranya. Dgn dihisap Payudara, maka lebih dari 30 otot wajah wanita bergerak, sehingga berguna utk meningkatkan aliran darah di kulit wajah, dan menghaluskan kulit.

4. Selama ini hisap Payudara wanita dianggap sebagai hal yg kurang sopan/tabu. Tapi pada kenyataanya hisap Payudara wanita dpt membuat wanita lebih awet muda, merupakan obat alami yg merangsang sistem kekebalan tubuh, hasilnya adalah produksi antibodi yg mampu melindungi dari virus. Proses ini disebut cross-imunoterapi.

5. Pada saat Payudara wanita dihisap, biasanya nafas wanita jadi lebih cepat..Rata2 saat hisap Payudara, wanita akan menghirup dan membuang nafas 60 kali dlm satu menit. Padahal dlm keadaan normal hanya 20 kali tiap satu menit. Menghirup dan membuang nafas lebih sering akan mencegah berbagai gangguan diparu.

6. Payudara wanita yg dihisap lebih dari 5 menit akan membuat tubuh wanita lebih santai, dapat menghasilkan rantai kimiawi yg akan menghancurkan berbagai hormon penyebab stress.

7. Kebiasaan menghisap payudara diwaktu pagi saat bangun tidur selama 3 menit dan dilakukan rutin tiap pagi akan membantu mencegah timbulnya kanker payudara. 

----Dr.Boyke Dian Nugraha SpOG----

Nah, tunggu apalagi? mudah dan bermanfaat.

Ayo para laki-laki tidak perlu sungkan utk kebaikan, dari pada hisap rokok harganya mahal. Selamat Mencoba....

Creadit : mei tri hapsari




Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi

8 kedai kerepek terbakar. #Nasional Lapan kedai kerepek serta pasu di Jalan Ayer Hitam-Johor, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi ...